Pages

Monday 29 April 2013

Alangkah ~

Oh indahnya


-BISMILLAH-


Saban hari aku melihat dunia dari sudut pandang kaca mata aku. Tiada apa yang indah lagi. Semuanya benar- benar menganggu gugah perasaan dan jiwaku. Detik demi detik, hari demi hari, bulan demi bulan, terus berlalu. Berlalu tanpa seri lagi cahaya indah sang pelangi. Jika ada pun, hanya pada zahirnya sahaja, pada pokok pangkalnya..tidak.

Aku merenung dan terus merenung. Memerhatikan awan berlalu gerak meninggalkan sempadan kawasan halaman rumahku. Melihat burung- burung berkicauan nan merdu dan indah, mempesonakan. Lantas, terbang ke serata arah bagi mencari makanan, seperti biasa. Tidak hilang juga dari tatap pandanganku kanak- kanak riang ceria bermain jongkang jongket di Taman permainan, hanya lebih kurang 250 meter daripada kerusi yang ku duduki ini.

Monday 22 April 2013

Bas itu - Bahagian II


Langit suram.

-BISMILLAH-

Kali ni aku hendak bawakan anda anda semua sambungan bagi Post Sebelum ni . Boleh jadi post ni merupakan episode terakhir daripada keseluruhan cerita, dan boleh jadi juga post ni hanyalah merupakan episode 2 daripada 15 episod keseluruhannya! (cewah, beriya).

Apa apa pun, sungguh bukanlah jalan cerita yang menarik dan “whoooaaaa!” yang ingin aku tunjukkan dan zahirkan kepada anda semua, kerna aku ini hanyalah siapa jika hendak dibandingkan dengan penulis2 hebat di luar sana. Bagai langit dengan bumi, eh tak tak, bagai bulan dengan matahari, kerna langit masih boleh disampai dan dikecapi dengan menaiki kapal terbang, manakala matahari mustahil untuk tercapai. Haaa~ camtu.

Sunday 14 April 2013

Bas itu - Bahagian I

Bas bergaiya. 


-BISMILLAH-

Bas itu sungguh cantik. Meskipun syarikat yang memiliki bas tersebut tidaklah sebegitu popular sepopular dan seglamour Bas transnasionalisasi dan Sanie Expresso misalnya, Fasiliti didalam bas itu tidak kurang hebat dan maju nya juga.

Dengan dilengkapi kerusi dan tempat duduk yang selesa, turut dimuatkan tv bersaiz separuh screen tv biasa, perkhidmatan internet tanpa bayaran (untuk mereka yang gune 3G jela..mne ade wifi dalam bas), air cond yang sejuk( adeke aircond panas? ergh) pemandangan luar tingkap yang menarik dan lain- lain.

Friday 12 April 2013

Apa yang anda tidak tahu tentang Cokelat

Ini sungguh cokelat!


-BISMILLAH-

Haritu, aku ada terbaca sebuah kisah seorang pemuda berasa sungguh dan teramat- amat malu. Dan aku, sekiranya berada bagi pihak pemuda tersebut, pastinya aku akan duduk berkurung di dalam rumah tanpa menjenguk ke luar rumah apatah lagi pergi keluar rumah (kecuali untuk ke masjid, itu sudah pasti) dek tidak sanggup menahan malu yang teramat sangat. Ataupun aku akan membalut penuh kepala ku dengan kain pembalut sehingga orang lain tidak akan perasaan yang aku ini adalah aku, agar mudah untuk aku keluar rumah, bermuayashah bersama2 rakan- rakan dan pergi usrah,eh.

Thursday 11 April 2013

Burung pon pandai bercakap- cakap, tahu?




Qasry si burung



-BISMILLAH-

Angin di pagi hari itu sungguh mendamaikan. Burung- burung berkicauan dan menyanyi dengan penuh semangat yang membara . Dengan tidak memikirkan lagi masalah dan penyakit umat manusia, sekumpulan burung itu membuat satu barisan, lantas membuat mini concert ala- ala Bustin Jieber, dan syok sama- sama sendiri. Dalam keriuhan yang sangat riuh rendah dan kacau bilau Bitu, kedapatan seekor burung yang berasa bosan dengan sikap dan perangai family dan kawan- kawan sespeciesnya itu.

Namanya Qasry. Baginya, segala apa yang berlaku hanyalah sia2 sahaja. Menyanyi, ber"tweet-tweet", menari, dan segala macam lagi. Ape dah xde kerja lain yang boleh mereka buat? dalam keadaan umat yang penuh dengan masalah gejala- gejala sosial yang melanda, masih ada waktu kah untuk mereka bersuka dan bergelak ketawa di pagi hari yang ceria ini? (pergh! mantap gile burung ni~)Dari sudut pandangan nya sebagai seekor burung, ini semua sesungguhnya amatlah tidak cool. "POYO je ini semua!" Begitulah hati nya seringkali berdesas desus.