Pages

Thursday 20 February 2014

Hanya Kerana Kamera, Dia Memeluk Islam

[kredit]


-BISMILLAH-

Suatu ketika dahulu, yang tak berapa nak dulu sangat sebenarnya, lebih kurang 7-8 tahun yang lalu lebih kurang, seorang pakar dalam bidang photographer telah mengejutkan dunia dengan pengumumannya kembali kepada islam. Dia yang sebelum itu sangat terkenal dengan pelbagai skill dan pengalaman dalam mengambil gambar dan juga merakam video, telah mengumumkan pengisyhtiharan keislamannya di dalam biliknya melalui video yang dirakam menggunakan kamera DSLR kesayangannya, Kanun EOS 5D Mark III lantas diupload ke youtube dan mendapat hampir 700,000 ‘views’ dalam masa 1 hari sahaja! Whoa.

Ok tutup mulut.


Pada usia 47 tahun, beliau telahpun mempunyai pelbagai pengalaman dalam dunia fotographer selama lebih kurang 34 tahun. Ini bermakna dia telah melibatkan diri dalam arena ini seawal usia 13 tahun! Dan dalam tempoh itu juga, pelbagai anugerah telah beliau kecapi baik dalam peringkat nasional mahupun di persada Antarabangsa. Antara anugerah yang paling gempak adalah kejayaan beliau mendapat tempat pertama dalam “Kanun Travel Video Contest 2003 : Overall category” lalu melayakkan beliau untuk menjadi first cameraman dalam sebuah filem holywood terkenal, The Rise of Caliph. Beliau menerima anugerah itu di dalam dewan yang paling berprestij di dunia, iaitu Baitul Hikmah Arena bertempat di Cordoba, Spain di hadapan lebih kurang 2500 orang dari seluruh Negara.

Ok hebat bukan beliau nih?

Arakian bukanlah kejayaan beliau hingga ke tahap ini yang menjadi kekaguman saya lantas mendorong saya untuk menulis artikel pasalnya, tetapi keputusan beliau untuk memeluk agama islam itulah yang sebenarnya ingin diketengahkan. Bayangkan bagaimana seorang yang dikelilingi dengan kemewahan dan kekayaan, ditambah dengan berlatarbelakangkan keluarga Kristian, seolah- seolah Cahaya hidayah tidak akan pernah memasuki ruang hatinya(baca: Siapa kita untuk menidakkan hidayah Allah kan?), mampu memeluk agama islam.

Dan untuk mengetahui bagaimana hidayah Allah mampu menyusup masuk mengetuk pintu hati lelaki itu, jom kita ikuti kisahnya! Dah bersedia?

Alkisahnya bermula pada suatu ketika itu dia ditaklifkan untuk menjadi Cameraman untuk sebuah filem yang agak boleh tahanlah gempaknya. Filem aksi kot. Dan seperti yang diketahui umum, cameraman adalah antara elemen yang paling penting dalam membikin sebuah filem lebih- lebih lagi filem itu bertemakan aksi. Jadi untuk menerima amanah menggalas tugas sebagai cameraman adalah suatu yang sangat membanggakan bagi dirinya. Amanah bhhai.

Lalu sepanjang sesi pengambaraan yang berlangsung dari hari demi hari itu, semuanya berjalan dengan lancar dan smooth…..

Sehinggalah satu ketika, entahlah kenapa dia rasa macam susah sangat nak ambil angle untuk satu scene itu. Pelbagai jenis aksesori telah digunakan bagi memastikan kualiti video yang dirakam itu memenuhi kehendak Tuan director. Itu tidak termasuk lagi berapa banyak camera yang ditukarnya. Namun semuanya menjadi serba tidak kena. Semuanya shoot yang diambilnya seakan tidak menjadi walhal sebelum ini ok jer. Bayangkan, untuk setting satu scene itu sahaja mengambil masa hampir sejam setengah. Wahai..lama kot.

Dia menjadi semakin stress, dan agak tension. Beberapa kali jugalah dia menjerit tak puas hati. Berpeluh habis dibuatnya. Akhirnya, atas arahan tuan direktor, scene pada hari itu terpaksa ditangguhkan.

Sementara itu dari kejauhan, rakannya, Ahmed seorang muslim dari Sweden yang bertugas sebagai Assistant Cameraman memerhatikan sahaja gelagatnya. Dia tersenyum melihat rakannya menjerit tak tentu hala. Lalu, sambil orang lain sedang berkemas- kemas menyimpan peralatan shooting, Ahmed datang menghampiri dirinya.


*Ini adalah versi translation sahaja. Dialog sebenar adalah didalam Bahasa inggeris


“Whatsapp (baca:whats up!) bro. kenapa doe kau Nampak macam marah2 je ni?”

“hmm. Semua mende tak menjadi la harini Ahmed” Dia membalas, sambil memuncungkan mulutnya.

“Larh, kenapa pulak”

“Tak tahulah bro, aku dah cuba macam2 nak kasik scene yang dirakam tu nampak gempak, tapi…tak jadi ah. adoiiii”

“Kau dah try tukar camera lain blom?”

“Bukan setakat camera, segala macam aksesori dah aku guna, semuanya useless. ”

“Hmm” Ahmed hanya mendiamkan diri. Dia melihat seolah-olah rakannya itu ada sesuatu yang ingin diperkatakan.

“Ahmed..”

“ye saya” Ahmed sedikit mengangkat muka, tandanya benarlah apa yang dianggapnya tadi.

“Aku sebenarnya ada mende nak cakap kat kau ni”

“Hmm, apa dia?” Ahmed menjawab dengan muka selamba, padahal dalam hatinya berbunga-bunga untuk mendengar setiap kata- kata rakannya itu. Peluang bro, peluang.

“Aku rasa semacam semakin lama aku bergiat aktif dalam arena fotografi ni semakin aku menjadi tak keruan lah”

“lorh, kenapa pulak macam tuh?” Ahmed sedikit beriya.

“Takdelah, kau tahu kan aku ni fotografer terkenal. Seluruh dunia kenal aku. Cuma masalahnya, terkadang aku tak boleh menafikan yang masih terdapat gamba yang aku ambil tak berapa nak jadi. Video pulak kadang2 masih tak perfect. Kau tengok jelah time shooting tadi, berapa lama aku setting lightning baek punya, last- last tak jadi jugak. Habis kene postpone. Malu aku mad, malu. Mana nak letak muka”

Belum pun sempat Ahmed mencelah, dia menyambung lagi,

“Kadang- kadang tu, sampai aku tak sanggup nak tunjuk kat orang hasil gamba yang dah aku amek, sebab hodoh, buruk. Aku bukan ape mad, orang bayar aku beribu-ribu. Kadang berjuta-juta tapi bila tengok hasil yang tak berapa nak jadi ni, aku jadi bersalah gila kot.”

“Fuhhh, oh okaaaaay. Jadi, konklusinya?” Ahmed bertanya sekadar ingin mendapatkan kepastian.

“Konklusinya aku rasa, dalam dunia yang serba moden ini, takkan ada satu camera pun yang perfect. Aku yang dah berpengalaman hidup berpuluh- puluh tahun dengan kamera pun masih tak mampu mengambil gambar dengan kualiti perfectly. Habis semua kamera aku dah try, kanun, Nikun, Sidma, Tamrun dan macam- macam lagilah, semuanya bagi aku semacam ada yang tak kena

“Kadang tu aku rasa macam tak best tau hidup macam ni. Ya, orang lain pandang aku sangat hebat. Semua orang kagum dengan aku, tapi aku lebih tahu pasal diri aku. Aku tahu akan kelemahan aku, membuatkan aku rasa semacam aku hidup dalam kepura-puraan.”

“Hmm” Ahmed menghembuskan nafas, tanda ingin memulakan bicara.

“Kau nak tahu something tak? Dah lama aku simpan rahsia ni. Sekarang aku rasa sudah tiba masanya untuk aku bagitau kau.” Ahmed mulakan bicaranya.

“okaaay. Ape mende tuh?”

“Sebenarnya kat dunia ni ada satu jenis kamera yang sangat- sangat canggih. Dengan berat hanya sekitar 7 atau 8 gram sahaja, ia mampu memproses gambar dengan resolusi hampir 571 Megapixels!”

“ok ni lawak -_- . Aku dah hidup dengan kamera 34 tahun bro! tak pernah aku jumpa kamera sedahsyat tuh..ak ”

“Eh kasi aku habis cerita boleh?” Tak sempat dia menghabiskan kata-katanya, Ahmed telahpun memintasnya.

“Ok2 sori2” Dia mintak maaf dengan Ahmed.

“Ok aku sambung balik. Satu lagi perkara yang dahsyat pasal kamera ni adalah kapasiti bateri nya yang sangat- sangatlah tinggi. Kau tak perlu nak charge nak guna tenaga ke apa. Cukup kau on kamera ni, ianya akan berfungsi selagimana kau tak off. Kemudian tak cukup dengan itu, kamera tu jugak ade special pada super wide angle views. Setakat ni aku tak pernah jumpa sensor kamera yang mampu menandingi keluasan angle views kamera ni. Serius tak tipu aku cakap kat kau. Pastu kamera ni jugak mampu menghasilkan autofocus paling cekap di dunia. Kat mana bahagian kau rasa nak fokus, kat situ kamera tu akan fokus dengan pantas, kualiti dan tepat. Nyata tak ada yang mampu tanding nak khabaq kat hang”

Mulut dia ternganga. Tak pernah dia dengar cerita sebegini hebat.

“Kau…kau..biar betul Ahmed?”

“Yelah, aku cakap betul lah ni”

“Ke..ke…kenapa tak cakap kat aku awal2 pasal kamera ni? Tak payah la aku susah susah nak bersusah payah nak setting angle berpeluh bagai. Apa nama kamera tuh? Dari company mana? Release bila? Aku nak beli sekarang jugak nih!”

“Ahah! Kau dah masuk jerat aku. Kuang kuang. Sebenarnya kalau kau nak tahulah kan, semua orang dah ada ‘kamera’ nih. Itulah mata kita. Ye mata aku, mata kau, mata dia, mata semua orang. Dalam agama kami, kami diajar untuk menggunakan mata bukan sekadar pada pandangan biasa. Mata adalah organ yang sangat istimewa. Kami diajar untuk melihat akan kebesaran tuhan kami. Sebagai contoh kamera tadilah, kau susah payah nak adjust setting kamera kanun kau tuh untuk shoot scene dalam filem, tanpa kau sedar mata kau tak perlu pun setting semua benda, cukup mampu menghasilkan kualiti ‘video’ yang sangat berkualiti dan sharp. Nah, cuba bagitahu saya bagaimana mungkin akan adanya ‘kamera’ ini melainkan datangnya dari tuhan?

Pada wahyu pertama dalam agama kami juga menyuruh kami untuk menggunakan organ yang bernama mata ini. Kami diperintahkan untuk membaca. Kalau nak baca mesti kena guna mata kan? Tak tahulah kalau ada orang baca guna telinga. Eh

“(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk)"
[Al-'Alaq : 1]

Tidak cukup dengan itu, dalam kitab yang diturunkan pada kami iaitu kitab Al-Quran, sangat banyak seruan untuk kami menggunakan mata untuk meningkatkan tahap kepercayaan kami kepada tuhan kami.

Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mata air-mata air di bumi; kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Dia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.
[Az-Zumar : 21]

Namun awas, sekiranya kami tidak menggunakan mata kami dengan hikmah dan sebaiknya, kami akan dipertanggungjawabkan atas segala apa yang kami lakukan itu. Bisa sahaja kami dikenakan azab yang tak terperi sakitnya. Mohon agar tuhan kami jauhkan dari itu.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
[Al-A'raaf : 179]

Haa, mungkin ada tertimbul persoalan dalam benak fikiran engkau berkenaan agama kami, bagaimana mungkin dengan mata sahaja boleh kenal tuhan? Yelah mata je kot. Kau jugak mesti tertanya-tanya habestu macam mana dengan orang buta dalam agama kami? dorang kan buta macam mana nak tengok? 

Jawapan nya mudah. Sebenarnya ada sebuah lagi mata yang mengawal mata-mata kami. Itulah mata hati. Mata yang selalu kita nampak ni kalau takde takpepon sebenarnya, tapi kalau mata hati tuh, kalau hilang fungsinya, kami akan menjadi sesat, segala kebesaran tuhan kami akan dihijab serta merta, kami tidak akan nampak. Sebab itulah adalah penting bagi kami menjaga mata hati itu instead of jaga mata kita ini.

"Sesungguhnya di dalam setiap jasad anak adam itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruhnya. Jika jahat daging itu, maka jahatlah seluruhnya. Ketahuilah daging itu adalah hati."
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


Dan kalau kau nak tahu jugak....."

"Dah dah cukup cukup.." Dia sudah tidak mampu menahan air matanya lagi. Apa yang didengarnya dari mulut Ahmed itu benar-benar menyentuh hatinya. Benar, selama ini dia tidak pernah tahu bahawa hanya dengan sebuah organ yang bernama mata itu mampu membawa kepada kehidupan yang bahagia, lebih bahagia daripada menerima anugerah dari seluruh dunia! Setiap tutur kata yang didengar itu mendatangkan berbagai perasaan pada dirinya, takjub, sedih, gembira, sentap, kesemuanya. Kali ini, dia benar- benar tekad untuk...

"Ahmed, tolong aku boleh, datang rumah aku malam ni, tolong recordkan video untuk aku. Aku nak masuk islam Ahmed, ajarkan aku tentang Islam. Ok?"

***

Cerita hanyalah rekaan semata-mata. Yang baik amek, yang tak baek bagitau. tahu?

4 comments:

Anonymous said...

"Mata yang selalu kita nampak ni kalau takde takpepon sebenarnya"..
mohon eksplen..xbrape nk dpt statement ni..

Ammar Hanapiah said...

Anonymous, maksudnya kalau kita buta mata itu tak menghalang kita untuk melihat kebesaran Allah. Yang bahaya itulah buta mata hati, terhijab dari melihat dan mensyukuri nikmat Allah. Wallahua'lam.

Anonymous said...

Serious ke reka ae? Mantap gile cerite nih kut.. Terkedu den..

Ammar Hanapiah said...

Reka je =D