Pages

Tuesday 25 March 2014

Izinkan Aku Menjadi Yang ke 530

Tenang sahaja melihat mereka, Allah2. [kredit]


Izinkan aku menjadi yang ke 530,
Kerna rasa cemburuku pada kalian benar2 tak terkata,
Siang malam sama sahaja,
Berjuang tak kenal masa,
Siang malam kalian bekerja,
Meninggalkan harta dan keluarga,
Menyerahkan mereka hanya pada Allah dan RasulNya,

Pada Kesabaran Ada Keajaiban

Jelez, tak tipu


Malam itu indah. Nyaman sahaja suhunya lah, tak terlalu sejuk macam biasa. Dengan bunyi sedikit riuh hon kereta di jalanan, sedikit sebanyak menghidupkan malam itu agar tidak terlalu sunyi. Terlalu sunyi pun tak best jugak kan? Ke best? What so everlahkan.

Friday 21 March 2014

Intec

One Day InshaAllah, Ehheh


-BISMILLAH-

Haritu ada senior dari INTEC pm fb. Dia sembang2 macam tu la, entah la tak ingat. Pastu tetibe rasa nak stalk fb dia(tak semua stalk ni jahat, ok?) .Mungkin dah lama x tengok ‘gambar’ dia kot, makanya nak tengoklah apa dia perkembangan dia itu dan ini.

Tuesday 18 March 2014

Seakan Aku Rasa

[kredit]


-BISMILLAH-

Tuhan seakan aku rasa,
Aku ini adalah hambamu yang tidak berguna,
Hanya mengharapkan kesenangan semata,
Bila dah ‘berjaya’,
Tanpa bersyukur walau sepatah kata,
Namun bila kegagalan menerpa,
Merajuk macam apa,
Gaya anak manja pon ada,
Tak fikir langsung hikmah segala,
Argh, aku ini manusia ke apa?

Sunday 16 March 2014

Sepucuk Surat buat Engkau

[kredit]


-BISMILLAH-

“Let us goooo, to the mosque..

We praaaaay, together..~”

Terngiang2 lagu itu di benak fikiran aku. Begitulah setiap pagi sebelum subuh, engkau akan menyanyikan lagu itu. Dari aku kecik sampailah aku besar, lagu itu sahaja yang dimainkan.

Friday 14 March 2014

Geleng Kepala


Tidak sampai seminggu selepas insiden misteri kehilangan pesawat MH370 hilang dan masih lagi tidak dapat dikesan (sehingga waktu artikel ini ditulis) yang membawa kepada kejutan dan menjadi fenomena diseluruh media antarabangsa bukan setakat di Malaysia sahaja, Negara kita Malaysia sekali lagi menjadi tarikan dunia sesuai dengan tahun lawat Malaysia 2014 apabila hadir sekumpulan bomoh yang membuat pelbagai ramalan dan wasilah untuk mengesan balik keberadaan pesawat itu. Pengsan.

Rare


“Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, saya minta maaf, saya tahu tindakan ini adalah tidak tepat”

Suasana di dalam dewan itu senyap, memberi sepenuh perhatian kepada apa yang ingin disampaikan olehnya.

Sunday 9 March 2014

Doa dan Istighfarlah!

[kredit]


-BISMILLAH-

Hujung minggu ini rakyat Malaysia umumnya menerima 2 berita yang sungguh mengejutkan. Yang bukan sahaja mendapat liputan daripada media di Malaysia malahan di peringkat global.

Thursday 6 March 2014

Semoga. Bukan Mesej Terakhir.

[kredit]


-BISMILLAH-

“Salam, sori kacau dah tidoq blom?” Muawizz memulakan konversasi.


“Wassalam tengah tidoq ni, lena lagi. Ohhoi!”


“-_-”

Dakwah Qabla Qudwah. EH

[kredit]
*diskleimer, nama yang digunakan untuk watak dalam cerita tiada kaitan antara hidup dan mati. sekiranya ada, maka itu hanya kebetulan semata. kenyit mata.

-BISMILLAH-

Jari jemari Hafiz laju sahaja menari pada keyboard. Matanya fokus pada setiap bait patah kata yang ditaip . Tetap, tegap, dia duduk atas kerusinya. Sambil ditemani secawan kopi mocha expresso, dia mengambil buku Dakwah Fardiah karangan Mustafa Masyhur sebagai rujukan. Juga buku Bagaimana menyentuh hati karangan Abbas As-sisi sebagai penambah perisa.

Waktu itu sudah pun menunjukkan 11.30 malam, dah dia masih belum tidur lagi. Sebentar tadi dia baru pulang dari liqa(perjumpaan) bersama rakan usrahnya, tidak jauh dari kediamannya.

Tuesday 4 March 2014

Tangguh

[kredit]


-BISMILLAH-

Disuatu pelusuk tempat di cairo, di sebuah rumah, dari jauh kelihatan seakan-akan ada cahaya yang menerangi. Oh, bukan. Bukan cahaya lampu spotlight, tapi itulah cahaya majlis ilmu yang dikatakan umpama satu daripada taman- taman syurga itu.

Di situ, di dalam rumah itu, kelihatan pemuda- pemuda yang sangat dahagakan ilmu, hati mereka bersih, jiwa mereka tulus, semuanya demi ilmu. Nyata mereka benar-benar mengimani seruan tuhan agar benar-benar bersungguh dalam menuntut ilmu, serta mentatbiqkan dalam kehidupan seharian. Dan mereka dipimpin oleh seorang lelaki yang cukup dihormati oleh mereka.

Sunday 2 March 2014

Instwibook :3

[kredit]


-BISMILLAH-

Raiyan menutup kemas pintu biliknya. Dia baru sahaja naik tangga dari tingkat bawah setelah usai breakfast sandwich buatan sendirinya. Dia terus meluru ke laptop nya, Macbook Pro yang berada di hujung sudut kanan biliknya.

Hari ini merupakan cuti hujung minggu. Ibu bapanya tiada. Ada daurah kalau dia tak silap.

Dan seperti biasalah dia akan menghabiskan masa dihadapan laptop. Dia tak suka tidur lepas subuh, tak tahu kenapa. Lain benar dengan sikap adik beradiknya yang lain, pantang pabila hujung minggu tiba, pasti sahaja akan menghabiskan masa di katil sahaja, berdengkur sepanjang hari.