Pages

Friday 14 March 2014

Rare


“Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, saya minta maaf, saya tahu tindakan ini adalah tidak tepat”

Suasana di dalam dewan itu senyap, memberi sepenuh perhatian kepada apa yang ingin disampaikan olehnya.

“Saya ada membuat permohonan untuk berjumpa dengan anda(Permaisuri Belanda) namun permintaan saya tidak diendahkan” Dia menyambung. Intro mungkin.

Sebentar sahaja tadi, permaisuri Belanda baru sahaja memasuki dewan itu, dan mengambil tempat duduk di kawasan belakang yang agak tinggi. Turut hadir dalam dewan itu adalah ratusan penonton yang kelihatannya sangat kemas dengan pakaian yang rapi. Majlis yang sungguh eksekutif pada malam itu.

“Dia menjawab: Sesungguhnya aku(Isa Alaihissalam) ini hamba Allah; Dia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil) dan Dia telah menjadikan daku seorang Nabi. Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku dan Dia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.”
[Maryam : 30-32]

Dia memulakan bicaranya dengan memetik sepotong ayat quran dari surah Maryam. Katanya, berdasarkan ayat quran yang dibacakan tadi, itulah sifat2 yang ada pada nabi Isa ataupun yg dipanggil oleh orang Kristian sebagai Jesus.

Dia kemudiannya dengan penuh keberanian mengajak hadirin yang berada disitu untuk memasuki islam, mengambil islam sebagai cara hidup.

“Berdirinya saya disini adalah untuk mengajak anda semua untuk kembali kepada jalan yang benar. Oh ya, jangan risau saya datang dengan aman, tanpa senjata tanpa bom, selepas ini saya ingin turun”

Dewan ketika itu sedikit berbunyi, terkejut mungkin dengan apa yang disampaikan olehnya.

“Saya adalah hamba Allah, dan saya menjemput kamu semua kepada aqidah yang benar, Maka percayalah kepada Allah. Maka sembahlah Dia. Percayalah ini adalah jalan yang benar.”

Dia mendapat tepukan gemuruh. Dihadapan ratusan hadirin yang majoritinya bukan islam itu, lebih-lebih lagi dihadapan permaisuri Belanda, dia berjaya melakukannya. Dia berjaya menyampaikan kebenaran hakiki. Menyampaikan risalah islam. Nyata dia begitu meyakini tugas syahadatul haqnya!

***

“Apa yang awak buat selepas bersara dari dunia boxing?”

Soalan itu ditujukan kepadanya. Dia dengan muka selamba dan cool tenang sahaja mendengar soalan itu. Kemudian, dihadapan ratusan hadirin yang memenuhi dewan itu, dia memulakan ucapannya,

“Saya nk cakap sesuatu yang mungkin kamu semua tak percaya, bahawasanya hidup ini sekejap sahaja. Ya, sangat sekejap. Kalau umur kamu sekarang 30 tahun, maka saya berani kata kamu sebenarnya baru sahaja berumur 7 tahun”

Hadirin kesemuanya diam, tanda fokus pada setiap butir yang terkeluar dari mulutnya.

“Dalam kehidupan seharian kita, berapa banyak masa kita dihabiskan untuk tidur? Berapa banyak masa kita dihabiskan untuk pergi ke sekolah, supermarket, pergi naik kapal terbang ke sini, naik bas ke sana, pergi ke Bandar sini, pergi ke kampung sana, masa dihabiskan untuk menonton TV? Bermain bola sepak bersama kawan- kawan, masa untuk berseronok, berhibur? Berapa banyak masa?”

“Jadi berani saya cakap, by the time kamu berumur 30 tahun, sebenarnya hanya 7-8 tahun sahaja yang benar- benar produktif, yang melayakkan kamu untuk memaknai erti kehidupan. Jadiknya, apa yang saya nak cakap kat sini adalah hidup kita ini adalah sangat pendek. Sangat sekejap”

“Dan sekarang, umur saya lebih kurang 30 tahun. Jadi untuk menjawab soalan yang ditujukan pada saya itu tadi, saya akan menjawab, saya akan mempersiapkan diri saya untuk berjumpa dengan tuhan.

Dewan masih lagi senyap. Semua hadirin yang majoritinya not-yet muslim itu kelihatan semakin memberikan perhatian.

“Ya, berjumpa dengan tuhan. Nah, nyata setelah kita meniliti kerangka perjalanan hidup kita yang sebenarnya sangat pendek ini, dapat kita lihat bahawa dengan memperoleh pencapaian yang mengagumkan, menceburi dalam bidang business, mengajar dan melatih orang boxing, nyata semuanya itu tidak mampu membawa kita ke syurga ”

“Suka untuk saya tanyakan soalan, dalam dewan ini, siapa yang percayakan tuhan? Siapa yang percaya bahawa tuhan itu wujud?”

Sebahagian mengangkat tangan. Sebahagian tidak.

“Kalau saya katakan bahawa gelas ini diciptakan sendiri, baju yang korang semua pakai itu tercipta secara sendiri tanpa ada pembuatnya, pasti sahaja kamu akan kata kan saya gila bukan?”

“Begitulah juga dengan matahari, bulan, bintang, segala keajaiban dunia, semuanya telah dicipta oleh suatu kuasa. Itulah kuasa dari tuhan. Bagaimana mungkin segala macam perkara yang ada dunia ini termasuk diri kita ini mampu tercipta dengan sendiri bukan?”

“Jadi, adalah penting bagi saya untuk hidup ber’tuhan’, dengan itu saya akan sentiasa merasakan bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh tuhan, Dia mahu melihat sejauh mana saya berbakti kepada orang lain, menjaga adab dan tatsusila dapat memastikan diri saya tidak menuju ke neraka. Bayangkan saja diri saya dibakar oleh kepanasan api yang sangat dahsyat di neraka.”

“Dalam dunia sekarang terlalu banyak kemusnahan, peperangan, ketidakadilan, keganasan. Jadi, kita mahu sesorang untuk membawa keamanan kepada dunia yang sedak nazak ini. Dan saya akan menyerahkan diri saya untuk mengajak dan menyeru manusia ke arah kebenaran. Agar, apabila selepas saya mati nanti, saya mampu tersenyum sahaja di syurga”

“Kerna macam saya katakan tadi, hidup kita tak lama. Seriously tak lama. Saya berani kata bahawa dalam dewan ini, ada yang akan mati dalam tempoh 20 tahun, 10 tahun, bahkan kita tak boleh jamin akan hidup untuk keesokan hari. Jadi, semuanya akan mati ”

“Jadi secara konklusinya, apa yang akan saya buat sekarang, saya akan bersedia, bersedia dan bersedia untuk bertemu dengan tuhan, agar saya mampu meraih syurgaNYA”

Dia mendapat tepukan gemuruh. Dihadapan ratusan hadirin yang majoritinya bukan islam itu, dia berjaya melakukannya. Dia berjaya menyampaikan kebenaran hakiki. Menyampaikan risalah islam. Nyata dia begitu meyakini tugas syahadatul haqnya!

***

“Insiden yang telah berlaku, telah menjadi sebuah tragedy. Dan sekarang, telah menjadi fenomena. Maka, sebagai orang beriman, orang islam(baca: i kecik), kita kena percaya bahawa ini adalah ketentuan. ”

“Mengikut apa yang kita lihat, melalui press- release dan dokumen, selepas mereka berada 35000 kaki, kapal tiba-tiba hilang terus daripada radar skrin, dan tiada kesan langsung padanya. Dan ini telah menjadi satu perkara ajaib yang kita perlu terima dan dunia perlu terima.”

Kemudian, dia menyambung lagi,

“Kita orang beriman, Allah Taala telah menetukan segala- galanya, dan dunia ini adalah milikNYA sahaja. Dia telah memberi kita segala cara dan kunci untuk menemui apa sahaja. Jadi kita hendaklah menggunakan kelebihan, kepakaran, pengetahuan orang2 tertentu dan cara terbaik untuk mencari pesawat ini”

“Dan cara terbaik yang kita perlu lakukan adalah doa daripada orang2 soleh yang dekat dengan Allah Taala. Dan juga keluarga, sebab mereka sedang beremosi dan Allah sedang menguji dan mendengar rintitahn mereka.”

“Dan inshaAllah. Dengan kuasa Allah, kapal terbang itu, akan ditemui.”

Ya, dia berani dan berjaya melakukannya. Dihadapan seluruh masyarakat Malaysia, di kesemua television yang ada di Malaysia, termasuk laman web social, dia mengingatkan bahawa apa2 yang berlaku haruslah disandarkan kepada Allah Taala semata. Tatkala pakar- pakar lain dari seluruh Negara mengaitkan insiden kehilangan pesawat MH370 ini dengan segala macam teori, ideology dan spekulasi, dia dengan yakin dan berani, hadir bagi membuka mata rakyat Malaysia apabila berdepan dengan isu ini.

***

Satu sahaja perkataan untuk mereka bertiga yang diambil daripada kisah benar ini.


Rare.

2 comments:

curious said...

brkenaan Kisah kedua : bgaimna dgn golongan yg prcaya kwujudn tuhan ( yg mngangkat tgn )? cane nk yakinkn diorg psl Islam? Contoh yg diberi x relevant dgn org yg prcayakn tuhan

Ammar Hanapiah said...

Curious: Dalam talk yang disampaikan olehnya dihadapan ratusan org itu, dia tekankan bahawa perlunya hidup bertuhan. Bahawa kehidupan lebih sekadar makan minum tidur kerja dsb. Secara umum sahaja. tidak pula disentuh mengenai islam. agar membuatkan hadirin disitu terfikir dan muhasabah dgn kehidupan sebelumnya. Sebab majoriti yang hadir disitu adalah dari kalangan bkn islam. lebih 95% jugaklah . Mungkin dia ingin membuka mata hadirin yang sudah percaya akan adanya tuhan ini untuk pergi pula kepada kepercayaan kepada tuhan yang bagaimana. Tapi betullah, apa yg disampaikan oleh beliau itu tidaklah secara zahirnya membawa kepada islam. Cuma nk bagi masyarakat 'bukak mata' dan mencari ajaran yg sebenar, iaitu ajaran islam itu sendiri.