Friday, 30 May 2014

Ayah, Seriouslah? - Bahagian V (Akhir)

Aminah bangun dari tidur dalam keadaan sedikit terkejut.

“Allahuakbar, dah 6.00 pagi”

Sudah 15 minit waktu subuh berlalu. Biasanya pada waktu pagi begini dia akan pastikan anak- anaknya bangun 30 minit sebelum subuh agar dia dan anak- anaknya bisa bertahajjud dahulu. Tapi hari ini dia terlewat sedikit untuk bangun.

Wednesday, 28 May 2014

Ayah, Seriouslah? - Bahagian IV

Malam itu, mereka mulai bergerak dari Shah Alam menuju ke destinasi sebenar mereka untuk menghantar Saifuddin ke kolejnya di Perlis. Kenapa malam, bukan pagi esoknya sahaja? Haa, sebab Encik Azhar hendak pulang terus ke Pahang sejurus selepas menghantar Saifuddin ke kolej nanti memandangkan hari isnin dia sudah mulai bekerja.

Tuesday, 27 May 2014

Ayah, Seriouslah? - Bahagian III

“So, apa kaitannya cerita yang ayah cerita pasal Pak ngah tu dengan sai?” Saifuddin terkebil2, semangat untuk mendengar penjelasan.

“Haa, kamu ingat tak dulu..”

Monday, 26 May 2014

Ayah, Seriouslah? - Bahagian II

Hari itu dibuka tirai dengan pagi yang sungguh indah dan nyaman. Cuacanya sejuk, tapi tak keterlaluan. Just nice orang kata. Dengan burung- burung menyanyi syok sendiri, ditambah dengan angin yang mendayu- dayu, insan mana yang masih mampu mengukir wajah kedukaan melihat nikmat dan rezeki Allah yang sangat dahsyat ini..kan? Lebih- lebih lagi di tengah- tengah kemegahan bangunan pencakar awan dan langit. Mungkin inilah antara keberkatan waktu dhuha.

Ayah, Seriouslah? - Bahagian I

Aminah mengangkat beg, membawanya ke belakang pintu. Turut ada di tangannya adalah sehelai kemeja beserta seluar yang kemas digosok digantung bersama hanger, lalu dia letakkan beg dan sangkutkan hanger pada tombol pintu, perlahan sahaja.

Aisyah, anak kecil Aminah turut mengekori ibunya menuju ke pintu sambil memeluk teddy bear yang besar gedabak, melitupi separuh badannya! Biasa, lumrah ana kecil lah kan. Satu lagi tangannya memegang botol susu yang dalamnya masih lagi berbaki suku sahaja air susu.

Friday, 2 May 2014

Korban Putus Tangan

[kredit]


-BISMILLAH-

Cuba kita tanya sesiapa sahaja manusia kat dunia ni samada mereka pernah berkorban atau tak, makanya kita akan dapati kesemuanya akan jawab jawapan yang sama,

‘Ya, pernah’

Tak kiralah orang itu tua ke muda ke kaya ke miskin ke melayu ke arab ke, semuanya punya kisah ‘pengorbanan’ yang tersendiri. Tak kisahlah pengorbanan yang bagaimana rupa bentuknya. Kerna hakikat manusia itu mempunyai latar belakang kisah hidup yang berbeza, dan masing2 punya dugaan dan style musibah yang tersendiri.

Intro.