Pages

Friday 27 June 2014

Last Minute

[Kredit]


Tika jari jemari ini menaip di atas keyboard, hanya tinggal kurang 24 jam sahaja lagi sya’ban akan melabuhkan tirainya. Ini sekaligus bermakna ramadhan akan mengambil alih tempat pula untuk bertemu dengan kita, inshaAllah. Sekejap je kan masa berlalu? Sangat bercampur baur perasaan sejujurnya. Seronok, sedih, teruja, insaf, berdebar- debar, takut, cuak, semuanyaa.

Wednesday 25 June 2014

Persepsifikasi

[kredit]


Hidup kita sehari- hari tak boleh dipisahkan dengan persepsi. Boleh dikatakan hampir setiap masa jugaklah kita akan bermain dengan persepsi, atau dengan kata yang lebih simple pandangan/tanggapan. Iyalah, mana tidaknya, setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan ini memerlukan pilihan daripada kita. Dan pilihan itu pasti saja membutuhkan idea dan fikiran yang perlu diperah. Dan nak perah idea kita perlu membuat andaian itu dan ini, dan kita akan membuat sedikit hipotesis macam mana kalau terjadi itu dan macam mana kalau terjadi ini.

Monday 23 June 2014

Baina Ramadhan Wal Costa Rica

[kredit]


Kali pertama saya mendengar negara yang bernama Costa Rica adalah ketika FIFA World Cup 2006 Germany lebih kurang lapan tahun yang lepas. Waktu itu team bola feveret saya sepanjang zaman sampai mati(eh) jerman, membuka tirai piala dunia dengan menentang Costa Rica. Waktu itu tertanya- tanya juga, Costa Rica? pasukan noob mana ni? Tak pernah dengar pon. Ok jahat.

Thursday 19 June 2014

Berdosa As Easy As ABC

[Kredit]


Mudahnya aku berbuat dosa,
Tika mana  tuhan tak pernah terlepas pandanganNya,
Memerhati akan aku setiap langkah dan ketika,
Tidak kira ketika bersendirian mahupun bersama rakan sebaya,

Sunday 15 June 2014

Cuti- Cuti Jordaniaa

[kredit]


Cuti. Siapa manusia di alam semesta ini yang tak sukakan percutian? Hakikatnya memang menjadi fitrah seorang manusia untuk menikmati nikmat cuti, walau sesiapapun manusia itu, merentasi semua peringkat umur. Agak tak kena dengan psikologi manusia sekiranya ada manusia yang membenci cuti (faktor- faktor luaran dikecualikan la kan)