Pages

Thursday, 12 December 2013

Kisah Anda dan Teksi

[kredit]


-BISMILLAH-

Anda sudah lewat untuk pulang ke rumah. Kedua- dua jarum sudah pun menunjukkan ke arah angka 12 menandakan waktu itu sudah pun lewat malam. Dan sekarang, anda mengalami masalah besar. Anda tidak mempunyai kenderaan untuk pulang ke rumah. Untuk berjalan kaki adalah satu perkara yang amat mustahil memandangkan jarak dari tempat anda berpijak itu dengan rumah anda amatlah jauh sekali. 6 kilometer mungkin. Lebih- lebih lagi waktu ini sangatlah gelap, memungkinkan pencuri untuk meragut anda bila- bila masa sahaja sekiranya anda berjalan kaki bersendirian ke rumah.

Wednesday, 11 December 2013

Apabila kasut dan stoking basah. Speechless

[kredit]
-BISMILLAH-

Adoiyai! Cmne nih!” Muaz mencebik.

Panas, hati dia panas. Walaupun suhu pada waktu itu mencecah 7 darjah celcius, nyata tidak mampu menyejukkan hatinya yang sedang panas membara. Ditambah pula dengan hujan renyai- renyai yang kalau sedikit sahaja air hujan terkena pada anggota tubuh badan pasti sahaja meraung kesejukan, itu pun tidak mampu menyejukkan hatinya.

Monday, 9 December 2013

Kalau saya cakap saya dapat Dean List hang nak cakap apa?!

[kredit]

-BISMILLAH-

Arif melihat jam tangannya. Kedua- dua jarum telahpun menunjuk ke arah nombor 12. Semenjak pulang dari bersembahyang isyak berjemaah di masjid tadi, tangannya tidak terlepas daripada memegang buku Ekonomi nya. Dengan dahi yang sedikit berkerut dan kopi secawan di atas meja, dia meneruskan lagi pembacaannya.

“hmm, lagi setengah jam lagi la kot , pastu boleh dah rasenye tidur” Arif bermonolog sendirian.