[kredit] |
-BISMILLAH-
Arif
melihat jam tangannya. Kedua- dua jarum telahpun menunjuk ke arah nombor 12.
Semenjak pulang dari bersembahyang isyak berjemaah di masjid tadi, tangannya
tidak terlepas daripada memegang buku Ekonomi nya. Dengan dahi yang sedikit
berkerut dan kopi secawan di atas meja, dia meneruskan lagi pembacaannya.
“hmm,
lagi setengah jam lagi la kot , pastu boleh dah rasenye tidur” Arif bermonolog
sendirian.
Esok
dia ada exam di Universiti. 2 subjek pulak tu, Ekonomi dan Add math. Disebabkan
itu, menjadi pantang larang semenjak zaman berzaman buat dirinya untuk tidak
menggunakan masa ‘last2 minute’ begini untuk dimanfaatkan sebaik mungkin.
Keadaan
menjadi lebih getir dan mencuakkan laksana tatkala itu guruh dan kilat berdentum
beserta angin puting beliung sebagai sound effect background apabila exam kali
ini merupakan final exam sebelum dia melangkah ke tahun akhir pengajian. Tidak
boleh tidak, dia harus mengoptimakan pencapaiannya dalam peperiksaan.
Oh,
lupa plak nak taaruf si Arif ni. Dia merupakan seorang pelajar yang sangat
pintar di Stamford Bridge University. Pergi je kat mana- mana, mulut rakan-
rakannya pasti tidak terlepas daripada memuji beliau dek kepintarannya dalam
akademik. Ada yang memanggil beliau dengan gelaran ‘Scorer si Torres’, ‘Striker
de Oscar’, bahkan ‘Exam Maker bak Mata’ pon ada nak bagitaunya.
Antara
rahsia kejayaannya dalam exam yang telah berjaya dibocorkan oleh dia sendiri
adalah persediaan yang rapi. Ya, bersedia. Jangan salah sangka, beliau telahpun
bersengkang mata dengan buku ekonomi dan berpeluh tangan membuat latihan-
latihan Add math beserta subjek2 lain hingga ke lewat malam semenjak sebulan
yang lalu. Kiranya malam ini hanyalah pelengkap dan pemanis mata buat dirinya
bagi menghadapi hari esok.
Jesteru
itu, tidak hairanlah buat dirinya apabila sering sahaja mendapat anugerah yang
pelbagai daripada pihak Stamford Bridge University mahupun pihak penaja, Chelsea
Academic Institution (CAI). Tu tak campur lagi dengan anugerah2 yang dia
peroleh daripada komuniti Pelajar melayu di sana. Banyak kot!
Dan
, seperti biasa, sebelum memasuki dewan peperiksaan, berbekalkan bekalan doa
dan harapan tinggi umpama semut yang melihat bangunan KLCC, dia dengan bajet
tenang dan selambanya membelek nota- nota terakhir. Langsung tiada kedut
mahupun kerutan di dahinya menandakan bahawa everything will gonna be fine
inshaAllah.
Di
dalam dewan peperiksaan, segalanya berjalan dengan lancar dan bergaiya
sehinggalah satu ketika, kira-kira setelah 30 minit peperiksaan bermula, tiba-tiba Arif berasa kepalanya umpama
dihempap dengan batu sebesar kereta Lamborghini(eh betul ke eja camni). Sakitnya
bukan kepalang. Entah kenapa secara tiba2 sahaja sakit itu datang seolah –olah ada
racun yang menyusup masuk melalui saraf-saraf anggota badan hingga ke otaknya.
Pergh. Tidak cukup dengan itu, hidungnya tiba2 sahaja keluar darah . Pekat
merah tu. Dia apa lagi, meraunglah! Sakit kot. Tidak sempat dia nak habiskan
raungannya itu, dia telahpun pengsan terlebih dahulu.
Melihatkan
keadaan itu, pengawas peperiksaan mengambil tindakan untuk segera ke meja Arif.
Suasana menjadi sedikit kecoh. Iyalah, top student tiba- tiba sahaja meraung.
Dah buang tebiat ke hape dia ni. Kemudiannya datang beberapa pegawai petugas
dari Unit Keselamatan dan Kesihatan Stamford Bridge University tidak lama
selepas itu.
Bagi
nisbah pelajar lain, ada yang memandang Arif dengan muka nak nanges, sedih. hotstapp
kot si Arif tu, kesian diaaaa.
Ada
juga yang turut bersimpati dengan Arif tapi takdela sampai nak buat muka nak
nanges bagai. Come on lah, laki kot mana boleh nanges- nanges ni! Eheh.
Dan
yang tak bolehla nya boleh plak ada yang buat donno je. Pandang pon tak, rasa
annoying lagi adelah. Heyy si Arif ni nak ganggu konsentrasi aku ke hape, panas
ni..panassss. ssss
Namun,
disebalik semua perkara yang berlaku, di suatu sudut yang lain iaitu di hujung
kanan dewan, terdapat satu pasang mata memandang kejadian yang berlaku tadi
dengan wajah tersenyum sinis. Puas. Misinya telah berjaya. Sepanjang 30 minit
yang berlalu sebelum itu wajahnya sering menunjukkan raut muka yang tidak
tenang. Risau jugak kalau- kalau perancangannya tidak menjadi. Namun, peristiwa
tadi merubah segalanya, dia berjaya menjatuhkan lawannya. Dia berjaya juga mencapai
kegembiraan setelah semejak sekian lama dia tidak merasakan itu. Hua hua
huargghh! Gelak keji. Sekarang dia hanya perlu menunggu masa sahaja.
Sebulan
kemudian, kira- kira seminggu sebelum semesta pertama bagi tahun terakhir
pengajian Arif bermula, keputusan peperiksaan bagi final exam dikeluarkan. Tika
itu, Arif telahpun pulih daripada kesakitan dan kecederaan. Nasib baik waktu
dimana dia pengsan haritu merupakan last papernya untuk final exam, kalau tidak
jenuh dia nak isi borang itu dan ini bagi mengambil exam tangguh.
Dan,
seperti biasalah, belumpun sempat pegawai petugas selesai menstepler semua
kertas keputusan peperiksaan, ramai pelajar yang telahpun berbondong- bondong memenuhi
ruangan papan kenyataan itu. Dan dia merupakan salah seorang daripada mereka.
Khusyu’ dia mencari nama, dan……..
“
#%@%#%$@ lah! Arif dapat full mark lagi! Arrrrrgggggggggggh. Ini..ini sungguh
gila!”
Hatinya
membentak keras. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia mengoyakkan semua kertas
keputusan peperiksaan itu. Dia menjadi tidak keruan, panas. Mungkin lebih panas
daripada terik matahari di tengah- tengah stadium Stamford bridge waktu itu.
Mana tidaknya, harapan untuk dia melihat Arif gagal dalam peperiksaan hanyalah
tinggal harapan. Harapan yang kini layu. Ingin ku bahgia, bersama…ok merepek.
Misinya terbukti gagal segagal-gagalnya.
Dan
bukan dia seorang sahaja yang berasa hairan, pelajar2 disitu turut berasa
hairan mengapa dia mampu memperoleh full mark sedangkan dia menghadapi
malapetaka besar waktu peperiksaan haritu.
Belumpun
sempat orang ramai merungkaikan persoalan itu, Arif hadir ke situ tepat pada
masanya dengan wajah selamba (macam biasa) bersama 2 orang rakannya. Semua
orang memandangnya dengan muka kagum dan excited giler.
“Arep,
belanja aku kfc jom lps ni”
“woi
gempak gile doeh kau, tak sangka aku”
“hey,
gratz bro..gratz. =D”
Dan
seketika selepas itu…
“Weyh
camne ko boleh dapat full mark ah?”
“Haah,
bukanke waktu tu ko pengsan ke?”
“haah
ye tak ye jugak, ko pengsan kan waktu tu. Ko buat ape seyh sampai dapat result
gempak cenggini??!”
(Dan
banyak lagi soalan yang tidak dapat ditulis oleh penulis. Penat kot. Ceh bajet.
Nak katanya keadaan kat situ agak riuh. bolehla)
Arif
tersenyum sahaja. Lantas dia mengangkat tangan kanannya menandakan arahan
supaya diam dan bertenang. Dan keadaan menjadi tenang. Sunyi sepi. (Mantap kot
si Arep ni).
“Begini
kisahnya. Untuk makluman semua, saya telah pun menjawab kesemua soalan dalam
tempoh 25 minit sahaja daripada 1 jam 45 minit yang diperuntukkan. Jadinya,
kepengsanan saya haritu langsung tidak menjejaskan markah saya haritu. Harapnya
semua dapat bertenang ya! Senyum sajaaaa.”
***
Begitulah. Hanya manusia yang benar- benar bersedia sahaja yang akan mampu menghadapi mati dalam keadaan tenang dan bahagia. Hanya manusia yang bersedia sahaja yang akan ditapis oleh Allah dalam kalangan jutaan trillionan manusia di muka bumi ini untuk ditempatkan dalam syurga Allah yang indah lagi bahagia.
Jesteru, pilihan di tangan kita, samada hendak bermalas- malasan lagi ataupun cukupkan persediaan kita dengan menjadi Abid dan khalifah yang superdupersaiya! Allahumusta'an.
"(Ingatlah) hari (Kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah di kerjakan, sedia (di bentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (Ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaanya diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya." [Ali Imran : 30]
"(Ingatlah) hari (Kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah di kerjakan, sedia (di bentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (Ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaanya diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya." [Ali Imran : 30]
P/s: Post kali ini ditulis khas sempena ulangtahun kelahiran yang ke 16 adek terchenta. Moga terus thabat dan istiqamah ya. ^^
2 comments:
sape azri?
Thumbs up!
Post a Comment