Pages

Wednesday, 11 December 2013

Apabila kasut dan stoking basah. Speechless

[kredit]
-BISMILLAH-

Adoiyai! Cmne nih!” Muaz mencebik.

Panas, hati dia panas. Walaupun suhu pada waktu itu mencecah 7 darjah celcius, nyata tidak mampu menyejukkan hatinya yang sedang panas membara. Ditambah pula dengan hujan renyai- renyai yang kalau sedikit sahaja air hujan terkena pada anggota tubuh badan pasti sahaja meraung kesejukan, itu pun tidak mampu menyejukkan hatinya.

Dah sekarang ni nak buat apa ni? Takkanla nak balik ke rumah balik. Adoiiilaaaa! Penatla kalau cenggini. Maaaak tolong muaz ni ...plizzzz!”

Sekali lagi dia mengeluh. Kali ini menjerit sekuat hati. Nasib baik tiada orang di situ, kalau tak malu dia dibuatnya.

“Drebar kereta ni pun satu, dah tau ade orang, reti kan bawak kereta perlahan- perlahan. Arghh. Sekarang tengok apa dah jadi??!” Tak puas Muaz menjerit. Seakan- akan drebar kereta itu dengar sahaja apa yang dijeritnya itu.

Sebentar tadi, sebuah kereta Kia Forte bergerak menuju dari arah bertentangan Muaz. Sangkanya, drebar kereta itu akan memperlahankan keretanya sebaik sahaja bergerak melepasi Muaz. Namun, ternyata sangkaannya meleset. Kereta itu bergerak laju sahaja seolah- olah tiada orang yang lalu lalang di situ.

Akibatnya, dek kerana lopak air yang terlalu banyak pada waktu itu, tayar kereta itu telah memercik kuat air, tepat kena pada kasut Muaz. Nasib baik tak kena seluar ataupun bajunya, kalau tak, mahu dia kejar kereta tu. Baling batu biar kasi pecah itu tingkap kereta. heh

Sekelip mata sahaja peristiwa itu berlaku, tidak sempat dia berbuat apa- apa. Hal menjadi lebih rumit apabila dia telah pun lewat untuk sampai ke kelas, dan dia pun telah bergerak jauh dari rumahnya membuatkan dia berfikir berkali- kali samada pulang ke rumah untuk tukar kasut dan stoking ataupun terus sahaja menuju ke kelas.

Setelah puas berfikir, dia menelefon rakan baiknya untuk menanyakan pendapat. Di bawah payung hitam sambil mulut yang tidak putus- putus keluarkan wap, Dia mencari nama Aiman pada contact telefon pintar miliknya, dan terus menekan button ‘call’.

Salam, ha muaz ada ape call ni?” Laju sahaja Aiman mengangkat telefon.

Wassalam. Nii, xde. Aku sekarang tengah on the way ke jamiah ni. Tapi ade satu masalah besar, kasut ngan stoking aku basahlah

Laa, macam mana boleh basah plak ni? Ko ade rentas tasik ke hape *koff koff

ish dia ni, aku seriusla

ok ok sori, aku memain je. Haa, nape kasut kau basah ni?” Aiman mulai serius. Konon.

Camni, tadi ade kereta lalu tepi aku, dia pegi percikkan air kau tahu. Habis basah kasut aku dibuatnya. Sekarang aku tengah buntu ni, nak pi kelas ke nak balik rumah amek kasut and tukar stoking lain.

Alahai, itu pun nak pening ke. Small matter mann. Ko pegi jela kelas, habis kelas, basuhla kasut tu balik. Boleh kan camtuh?

Adoi man. Aku tak boleh la stoking ngan kasut basah ni. Tak selesa gila kot. Takut nanti jadi busuk. Kau pun bukan tak tahu aku ni jenis pembersih orangnya

Yela, betul lah tu. Tapi kau kene fikirkan kelas kau jugak. Kalau kau pi balik rumah mana sempat dah nya nak pergi kelas.”

Ye ye itu aku tahu. Tapi cuba kau bayangkan. Masa aku masuk kelas nanti semua orang tgk kasut basah aku. Dengan gelinya kaki yang dipenuhi dengan air kotor di jalan. Tu pun kalau xde bau, kalau ade bau, mahu pengsan sahaja semua student kat lecturer hall. Pastu, dengan bunyi kasut yang basah * knyet knyet, pergh tak tahan aku. Mana nak letak muka ni man.? Malu man, malu.

Haha, suka hati kaula muazz, asal kan kau bahagia. Mcm biasala, untuk kauuu semmmmmua boleh.

oklah gerak dulu, salam

Wassalam

Muaz segera pulang ke rumah. Dengan tidak membuang masa dia terus menuju ke tandas dan membasuh kasut dan stoking nya yang kotor itu tadi. Sumpah dia rasa sangat serabut dan tidak selesa sepanjang dia memakai kasutnya yang basah itu tadi. Nak bawa kasut ngan stoking itu ke tandas pon pakai plastik sambil kain tutup hidung. Dia jijik dengan semua mende alah tu.

Setelah 30 minit non-stop(pergh lama tuh) menggosok dan memberus kasut menggunakan sabun pencuci terwangi didunia, dia membilas kasut dan stokingnya lalu membawanya ke ampaian untuk dijemur. Menyedari bahawa cuaca tika itu tidak mengizinkannya untuk menjemur kasut, dia menjemur didalam bilik sahaja, dia bawah angin kipas yang agak kuat.

Detik terus berlalu pergi...

Akhirnya, tiba masanya untuk muaz mengambil kasutnya kembali untuk dipakai. Bukan main riang hatinya apabila melihat kasut dan stokingnya begitu bersih, seolah-olah ada cahaya yang bergemerlapan menerangi biliknya itu (ok over kauu). Tidak cukup dengan itu, baunya amatlah wangi sehingga seluruh rumah dapat menikmati bau wangi itu. Ternyata keadaan kasut dan stoking sebelum dan selepas dicuci amatlah berbeza sama sekali.

Muaz lalu merapatkannya pada hidungnya untuk menikmati aroma bau yang sangat wangi itu. Macam orang tak betul pun ada, tapi muaz kisah apa, asalkan dia dapat bau. Sungguh, dia sangat berpuas hati dengan keadaan sekarang stokingnya itu. Teheee.

***

Ok, selesai sudah sesi bercerita. Bagaimana? tergantung? epic? Layan jelah ye, orang dah ngantuk ni nye pun. =D 


Agak- agaknya lah kan, cerita si Muaz tu berkait rapat tak dengan kita ya? Tak tak, bukan soal stoking ataupun kasut ataupun Kia Forte tu, tapi sesuatu yang lebih mendalam daripada itu.


Begini, dalam konteks kita sebagai seorang muslim, kita memang tidak dapat melarikan diri daripada berbuat kesalahan. Bukanlah seorang manusia itu dipanggil manusia sekiranya dia tidak pernah berbuat kesalahan. Orang kata apa, iman itu menaik dan menurun kan? Cenggitu haa. 

Hatta Rasulullah Sallallau 'Alaihi Wasallam sendiri pun tidak terlepas daripada berbuat kesilapan.  Jadinya, apa yang membezakan orang yang beriman dan sebaliknya kalau dah semua orang ada tendency untuk berbuat kesalahan dan dosa? 

Itulah tahap reaction kita. Tahap reaction kita terhadap dosa kita iaitu sejauh mana kita mengambil berat dengan dosa kita. Sejauh mana kita berusaha untuk membuang sisa dan karat dosa dalam diri kita.

Orang beriman itu, dia tidak akan membenarkan waktu berlalu tanpa memohon ampun atas segala dosa yang dilakukan terhadap Allah Taala. Sedar sahaja dia telah melakukan suatu dosa, terus sahaja dia beristighfar dan beristighfar dan beristighfar. Tiada istilah tangguh ataupun ‘lek lu sap kok lu’ dalam membiarkan masa berlalu sambil dosa masih penuh di bahunya. Seperti dalam cerita tadi, Muaz laju sahaja bertindak balas terhadap kasutnya yang basah itu. Dia segera mengambil tindakan untuk membasuh dan mencuci secuci cucinya kasutnya itu kerana dia tahu sekiranya dia tidak berbuat demikian ataupun menangguh kerja itu, lama kelamaan kasutnya akan menjadi kotor dan susah untuk dibersihkan.

Kita boleh melihat banyak kisah para sahabat yang terus sahaja mengakui kesalahan dan meminta pengampunan daripada Allah selepas membuat dosa sehingga kisah mereka diselitkan dalam Al- Quran!(Lihat Kisah Kaab Bin Malik bertaubat) Tak perlu nak terhegeh- hegeh tunggu waktu tua datang dulu baru nak bertaubat Mak Jah ya. 

Orang beriman juga dia akan memandang dosa dan maksiat itu dengan pandangan yang sangat jijik dan keji. Sebut sahaja perkataan ‘maksiat’, dia akan berasa seolah- olah nak muntah. Alergic gituuh. Hal ini kerana dia sedar bahawa Allah itu 24 jam sehari memerhatikan gerak- gerinya, dari bangun tidur hingga tidur balik. Sekali dia buat maksiat, terasa seolah- olah segunung beban terhempap pada bahunya. Pergh lejen. Berdasarkan kisah Muaz dan kasutnya, dapat kita lihat betapa dia berasa jijik dan geli dengan kasut dan stokingnya yang basah itu. Perkara ini sangat memotivasikan dirinya untuk membasuh kasutnya. Tanpa perasaan jijik ini, pasti sahaja sukar bagi dirinya untuk mencuci kasutnya itu. 

Jadi kesimpulannya, semua orang pernah buat dosa. Namun, yang membezakan kita adalah bagaimana kita meng'handle' dosa kita itu. Kalaulah stoking dan kasut yang busuk lagi kotor itu mampu dibersihkan menjadi bersinar dan wangi semerbak haruman minyak wangi, inikan pula amalan kita yang dilakukan ikhlas kerna Allah Taala, inshaAllah. Semoga setiap taubat kita menjadi saksi kepada amalan ikhlas kita. Dan moga Allah redha.

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?......" [Al- Hadid, 57:16]







No comments: