Pages

Tuesday 29 March 2016

Entah



Just keep going like crazy and look back when it's over. Otherwise you just get confused. Cliff Burton

Haa, ini lah apa yang saya rasa semenjak dua ni kalau engkorang nak tahu. Kalau tak nak tahu pun, okaaaaay je lel.




Saya mengambil masa yang sangat lama untuk habiskan intro ini. Ya, ayat yang anda sedang baca ini, entah berapa lama jari saya menaip dan tekan button backspace, type lagi, backspace lagi, type lagi dan ulang lah kau haha.  Entah apa yang susah sangat nak menaip pon takde orang tahu . Maka, ha siaplah pon intro. Hoyeaah akhirnyaaaaa.

Style en ? :3

Entahlah, sekarang jam hampir memasuki jam 3 pagi dan saya masih di sini depan pc sambil menyiapkan kerja multimedia yang memang dah jadi darah daging semenjak azali(why must me why??) dengan mata yang sedikit berair mengenangkan ummi di Malaysia jauh sana, kiranya mood sekarang agak sedikit touching ditambah dengan suasana sunyi sejuk2 syita angin mendayu- dayu ohoiii.

Ok apa cerita ni? Tidak mengapa, teruskan pembacaan.

Kemudian, ditambah dengan bunyi titisan air jatuh dalam baldi di tandas sebelah acah2 creepy, saya menulis lagi, kali ini dengan harapan agar dapat menukilkan sesuatu yang dapat menyelesaikan sesuatu. Selesaikan apa, saya pun tak tahu, serious. Lantas, saya mengambil henset dan mula menghantar mesej pada umi. Emoticon sedih dihantar. Umi tanya knp? Saya jawab entah.

Alright, come on, jalan terusss.

Dengan rambut yang sedikit menutup mata *koff2 bajet*, saya masih lagi berkira- kira untuk buat apa. Kemudian mesej masuk, umi tanya sedih ke gembira. Pastu saya reply, sedih, kot. Kemudian conversation terhenti setakat itu. Dan keluar tanda last seen today at kat atas, masa2 begini biasanya umi buat kerja rumah basuh sidai baju, tgk assalamualaikum tv hijrah, siap2 untuk masak tengah hari, ahh rinduu.

Kemudian saya macam biasalah, buka facebook dan tekan home berkali- kali. Memang time orang tidur boleh update status pun kan, tambah lagi orang kt Malaysia memang malas update pagi2 time orang nak pi klas apa semua haa :p  So, baca lah oleh saya status dan news feed yang sama berkali- kali, dengan muka yang penuh kebosanan scroll memang bosan tahap apa. Nak bukak insta, takde insta. Nak tweet, oh come on! Zaman sekarang dh tak main tweet2 ni tetiba.

Kaay amende.

Masuk lagi tiba-tiba, mesej, ‘Kenapa..ada masalah ke’

Aku pun jujur, ‘serabut rse’

Aku pun mendengus lemah, ya, inilah perasaan aku waktu ini. Serabut, nak kata happy tak, nak kata sedih pun, nak sedih watpaaaa. Aduh. Memang perasaan ni tak best langsung. Sedang melayan perasaan, umi hantar, tepat pada masanya.

“Banyak keje? Pulangkan segala masalah dan kekusutan kpd yg Maha Mengatur Segala urusan. Tarik nafas panjang2..sebut nama Allah..lepaskan nafas perlahan2. InshaAllah kalau ruh kita tenang..jasad ikut tenang”

Yaa, iniilah yang dicari sebenarnya dalam kekusutan yang melanda. Saya tak Nampak, atau buat-buat tak Nampak. Formulanya mudah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang. Tapi untuk mengaplikasikannya lebih maha payah dari formula addmath ataupun statistic.

Lantas, saya mengambil wudhu’, menunaikan tanggungjawab yang sudah lama tak tertunai.

Betapa sudah keringkah air mata yang mengalir kerana takutkan Allah?
Sudah musnahkan lantai yang menjadi saksi kerendahan dahi yang tenang bersujud?
Atau sudah matikah hati yang subur mengingati Allah ?

Iman kita yang menentukan.
Alhamdulillah, at last, saya dapat rasa perbezaannya, dahsyat sungguh aturan Allah. Terima kasih umi untuk dakapan cinta kali ini, moga terus hubungan kita dengan Allah takkan pernah mati. Moga juga, emoticon kenyit mata yang umi hantar itu hadir bersama doa untuk anakmu yang sering gundah gelana ini. *emoticon muka lega.

So, jam pun dah masuk angka 4 lebih, its time for waking them up! Hoyeaaah. Semoga semangat yang tiba2 hadir ini, kekal, kalau tidak lama pun, at least mampu menjadi bukti akan cintaku padaMu.



Jumpa lagiiii. 

3 comments:

S said...

Be strong Ammar 💪🏻

Cikmiftah said...

In sha Allah dah ok kut.. Semoga x serabut.. Huhuhu

Ammar Hanapiah said...

Terima kasih akhiii