[Kredit] |
Tika jari jemari ini menaip di atas keyboard, hanya tinggal
kurang 24 jam sahaja lagi sya’ban akan melabuhkan tirainya. Ini sekaligus bermakna
ramadhan akan mengambil alih tempat pula untuk bertemu dengan kita, inshaAllah.
Sekejap je kan masa berlalu? Sangat bercampur baur perasaan sejujurnya. Seronok,
sedih, teruja, insaf, berdebar- debar, takut, cuak, semuanyaa.
Yang pastinya kedatangan ramadhan telahpun memberikan impak
yang sangat2 besar kepada kita sehinggakan semenjak bulan rejab lagi, kita
sudah prepare dengan segala macam persediaan. Tak begitu?
Namun begitu, siapa kita untuk menjamin diterima menjadi
tetamu diwaktu ramadhan nanti kan? Makanya, andai Allah pilih lagi kita untuk
menikmati bulan ramadhan nanti, sama2 lah kita sambutnya dengan penuh
kesyukuran dan rendah diri serta pengharapan yang tinggi, agar Allah bersihkan
hati kita dari segala kotoran jahiliyah dan mengisinya dengan nilai- nilai
ketaqwaan.
Pada last- last minute begini, suka untuk saya berpesan pada
diri saya sendiri dan juga bagi pihak saudara supaya gunakan masa yang berbaki
ini supaya kita memuhasabah kembali 11 bulan yang telah berlalu semenjak
ramadhan yang lepas. Alangkah indahnya andai hari terakhir ini kita flashback
satu persatu detik2 yang berlalu, kita fikir apa kurangnya kita, kita lihat apa
lagi yang perlu diperbaiki.
Qiam kita yang entah menghilang kemana semenjak ramadhan lepas.
Tilawah Al- Quran yang ikut suka kita nak baca bila- bila.
Solat sunat yang terumbang ambing ikut mood kita.
Nikmat khusyu'nya solat yang mungkin semakin pudar hari demi hari.
Kita baiki. Kita perbaharui. Sememangnya, bulan ramadhan itu Allah hadirkan untuk memberi peluang kepada kita untuk berubah ke arah tahap istiqamah yang lebih tinggi. Kerana pada akhirnya, misi dan objektif puasa di bulan ramadhan itu adalah menggapai darjat ketaqwaan disisinya. Maka beruntunglah bagi sesiapa yang mampu meraihnya! Tak nak ke kita?
Makanya, sebagaimana para sahabat mengucapkan selamat tinggal antara
satu sama lain apabila tibanya ramadhan, ucapkanlah selamat tinggal buat segala karat- karat jahiliyah yang melekat
pada hati kita selama ini. Semoga, perlahan- perlahan kita bergerak menjauhi
jahiliyah dan dosa itu, Allah kurniakan kekuatan buat kita untuk meninggalkannya
buat selama- lamanya dan jadikan amal- amal kebaikan sebagai pengganti.
Akhir kalam, manfaatkanlah masa- masa terakhir begini untuk
kita bersiap siaga sehabis mungkin bagi menghadapi ramadhan nanti. Pasanglah
azam, tekadkan semangat, kuatkan jitu, agar ramadhan ini kali ini kita all out
sehabis mungkin. Mana tahu, ramadhan ini ramadhan terakhir kita? Siapa yang
dapat jangka kan?
Ramadhan kareem. Allahumma ballighna!
P/s: Allahu rasa macam nak nangis tulis post kali ini. Terharu
semacam. Semoga Allah beri kekuatan!
2 comments:
Teringat Ramadhan tahun lepas. Allahu.
Bile nak sambung baleknyer tulis blog mih.. Rindu nak dapat Tarbiyah daripada enta nih.. ^_^
Post a Comment