Pages

Tuesday, 7 May 2013

Haritu saya lawat rumah Albertoni Einstencity



fizik itu sukar. sungguh!

-BISMILLAH-

Inertia. Pernah suatu ketika dahulu menjadi suatu fenomena. Fenomena apa pun aku tak tahu. Yang pastinya perkataan itu sudah cukup untuk membuatkan manusia teruja, bahagia, tidak sabar- sabar dan bermacam lagi.

Inilah kisah inertia di sekolah aku diwaktu aku tingkatan 4. Manakan tidak kami tidak begitu excited mencuba mempraktikkan konsep inertia, ianya begitu mudah dan ringkas untuk dicuba. Tidak kira dimana kami berada, bila- bila masa sahaja kami boleh melakukannya.


Menjadi kebiasaan bagi kami pelajar asrama untuk membuat sesuatu yang boleh menghilangkan rasa bosan diwaktu prep. Yalah, Form 4 kan, buat apa nak study gila-gila. Dan perkara yang paling senang ialah mendirikan “bangunan” syiling, kemudian cuba menarik salah satu syling tersebut dengan laju tanpa menjatuhkan “bangunan” tersebut. Menarik bukan? (menguap)

Eh sebentar, mungkin ada yang kurang arif apakah yang dimaksudkan dengan inertia. Ataupun terlupa. Dan lebih takbolehblah(kalau ada) lagi buat- buat tak ingat sebab trauma mendengarkan apa- apa sahaja berkaitan dengan konsep fizik. Fuh. Jadi, untuk memanjangkan lagi artikel ini, tidaklah salah bagi aku untuk menerangkan serba sedikit apa itu inertia. Mungkin sekadar Pengingat, bukan pengajar, kerna aku ini hanya siapa?

Baiklah, Inertia ini bermaksud kecenderungan sesuatu objek yang bergerak untuk mengekalkan kedudukan yang tetap apabila dikenakan daya ke atasnya. Begitu juga sebaliknya.

Err, faham….ke?


Jujurlah dikatakan, kalau dibaca sahaja pengertiannya sudah tentu akan digaru kepala sahaja. Tak faham! Mana tidaknya, sebuah konsep yang hanya diterangkan dengan sepotong ayat skema memang sampai bila- bila lah tidak akan fahamnya! Eh

Beginilah, saya bawakan kepada anda semua contoh- contoh apa itu inertia agar boleh di”matching”kan dengan ayat pengertian itu tadi.

Contoh satu:
Ahmad masuk ke dalam bas. Dia mendapati bas telahpun penuh. Tidak boleh tidak, dia terpaksa juga menaiki bas itu memandangkan itulah satu- satunya cara untuk dia sampai ke rumah dengan masa yang singkat. Dengan muka tenang dan bersahaja, dia memegang salah satu tiang yang ada pada bas. Bas mulai bergerak dengan kelajuan sederhana. Pun begitu, hendak dijadikan cerita, tiba- tiba datang seorang wanita tua yang penuh misteri melintas dijalan raya, betul- betul dihadapan bas. Bukan main cemaslah si pemandu bas..Lantas cepat- cepat menekan brek kaki dan menarik brek tangan. Cengkaman brek kuat disitu. Apa lagi, tercampak ke depanlah semua penumpang yang berdiri termasuklah si Ahmad tadi. Oh, benjol sikitlah dahi dia.

Contoh dua:

Ali berasa sungguh lapar. Memandangkan dia memegang status bujang dan masih lagi belajar di Universiti, memesan makanan di restoran ternyata bukanlah suatu tindakan yang bijak. Lalu, dia mengambil keputusan untuk memasak burger sahaja. Selain senang untuk dimasak, kos juga agak murah. Setelah selesai memasak, sekarang tibalah gilirannya untuk menyediakan burger. Setelah puas mencari ‘bahan- bahan’ tambahan untuk burgernya itu, dia mendapati hanya sos cili sahaja yang boleh ditambahnya pada burger. Oleh kerana sos cili itu agak lama terperap di dalam peti ais, agak sukar bagi Ali untuk mengeluarkan sos cili daripada botolnya. Ali menggoncang kuat botol sos cili, kemudianberhentikannya secara mengejut. Hasilnya sos tadi dapat dikeluarkan dengan mudah dan bergaya, dan Ali dapat makan dengan lazatnya. Gembira .

Contoh tiga:

Ustaz Rosli mengajar subjek Kemahiran Hidup. Lantas mengajar anak muridnya menukul. Dia mengambil tukul dan memukul paku. Paku masuk kedalam rongga kayu dengan mudah. (Contoh ketiga ini merupakan contoh termudah, dan akan digunakan hingga ke akhir ‘karangan’)

Ok. Cukup lah rasanya contoh. Bagi anda yang masih kurang faham, harap dapat rujuklah pada mereka yang lebih pakar. Kerna aku, aku ni hanya siapa? Hah.

By the way, mungkin kedapatan dalam diri anda soalan, apa yang sebenarnya ingin aku bawakan ni? Apa dah tiada kerja lainkah yang boleh aku buat selain daripada menerangkan konsep fizik yang sungguh bersungguh-sungguh bosan ni? Sabar, bertenang.

Sebenarnya, samada anda sedar ataupun tidak, konsep ini banyak bersangkut-paut dengan kehidupan seharian kita. Oh, mungkin tak nampak relevannya disitu. Tapi yakinilah, relevannya ada disitu. Dengan cara yang bagaimana? Jom kita selusuri kisah- kisah dibawah:

Kisah satu:

Hasanain sedang baring dan berehat di atas sofa empuk nan lembut di ruang tamu. Maklumlah, pada waktu hujung minggu inilah seharusnya dimanfaatkan masanya untuk berehat setelah semingguan berpenat- lelah(penat sangat ke? Tak pun rasanya) belajar bersungguh- sungguh di sekolah. Dalam keasyikan dirinya menghempaskan badannya pada sofa tersebut tiba- tiba kedengaran satu suara. Sayup- sayup.

“Hasanain, meh tolong mak basuh pinggan sekejap. Daripada kau asyik duk tak buat kerja kat situ baikla tolong mak ni” Si ibu memanggil Hasanain dengan penuh kasih sayang. Lembut.

“Alaa mak ni, sabar dulu sikit boleh tak? Mak tak Nampak ke Hasanain ni tengah berehat. Baru je semalam balik dari asrama. Penat tau tak. Adeke patut… ”

Belum pun habis si Hasanain berbicara panjang berjela- jela, si ibu telahpun membalas “ok”. Ringkas, menyengat.

Kisah dua:

Aiman sedang berjalan menuju ke rumah rakannya. Petang itu, dia bersama dengan dua orang rakannya lagi pergi ke rumah Azfar untuk melakukan sedikit ulangkaji. Selepas itu, apa lagi, PS3 lah! Hal itu membuatkan hati Aiman berbunga- bunga tika mengatur langkah ke sana. Tiap-tiap langkah tidak sedikit pun berasa penat ataupun letih, bahkan semakin lama dia berjalan, semakin bersemangat dan bertenaga Aiman untuk teruskan perjalanan. Dalam keriaan Aiman berjalan, tiba-tiba telefon bimbit miliknya berbunyi, menandakan ada panggilan masuk.

“salam Man, anta ade kat mane tu?” Azri mulai berbicara.

“Wassalam, oh Azri..ana on the way ke rumah Aiman ni”

“Eh, anta buat apa kat sana? Anta tak pergi sekolah ke petang ni..gotong- royong bilik mesyuarat pengawas”

“Err, azri..ana bukannya tak nak tolong tapi ana rasa nak buat sikit ulangkaji la dengan Azfar”

“Laa, ulangkaji malam boleh buat kan? Jomla datang sini, kitaorang tak start lagi ni, baru je nak angkat tin- tin cat. ”

“oh yeke, err, tapi rasenye ana tak datang kot..Anta tahu kan Math ana tak berapa nak score” Aiman cuba beralasan.

“eh camtu pulak, bukan siang tadi anta ke yang beriya nak kemas bilik mesyuarat tuh?”

“erm, tu tadi..sekarang dah lain. Tiba- tiba rasa semangat nak belajar(haish, nak belajar ke nak main PS3 bang?).”

“ok” teet teet teet. Talian diputuskan.

Kisah tiga:

Kedengaran bunyi notifikasi daripada telefon pintar milik Azhar. Tanda mesej masuk.

“Salam Azhar, anta datang tak bengkel PSI harini? Ana tanya ni sebab enta kene jadi mc untuk bengkel tuh”

Azhar segera mencapai telefon pintarnya, lalu menaip sesuatu.


“Wassalam, hmm. Asal ana?” Berat juga hatinya untuk pergi bengkel ni. Kena jadi mc lah katakan.

“Habes anta kan ketua subjek. Datanglaa, khai ngan Imran pun datang tau!”

“Oh, siyes diorang datang? Bukan senang..oklah kalau mcm tu. Ana datang iA ^^ ”

Message sent.

Kisah empat(yang keempat ni copy paste org lain punya, sumber dari facebook):

Di satu kisah benar,

Seorg Akh yg hidap penyakit otot, yg memang belum dpt d sembuhkn lagi, sentiasa bkata pd ikhwahnya yg lain,

"akhi, sampai bila pun, jika ada wasilah tarbiyah utk halaqoh kita, jgn pernah tingglkan ana ye".

Ikhwah lain, mngerti dgn mngangguk dan trus mndoakan agar Akh itu sembuh, krna Apa! Krna sakit tersebut pasti memberatkan utk akh tersebut hadir bsama, mana tidaknya jika mukhym mmerlukan tenaga dan bgerak, rehlah berbukit, perlukan kaki yg cengkam, jaulah yg perlukan daya himmah dan bergerak ke sana sini. Namun, krana kasih akn akh tersebut dianggukkan kpala, tanda akn berusaha bsama jayakan wasail tarbyh.

Harinya tiba, iaitu rehlah. Betapa bersmngatnya dan bersungguhnya akh tersebut msuk dlm pbincngn, namun tertunduk seakan merayu, ikhwah lain kata

"sabar dn tunggu sihat mu akhi".

Akh tersebut cuba berargue, akhirnya akur, dtangguhkan khadirnnya dlm rehlah. Mnitis air matanya.

Akh itu tetap bertekad, mngkin blum cukup tunjukkn kesungguhannya skadar hadir dlm perbincngn. Strategi di atur. Kini kaca matanya hnya melihat dari sudut TnD sahaja, suatu yg beliau syukuri, jika sblm ini hnya kepentingan diri, jika sblm ini juga bcampur kepentingn pribadi dan dakwah. Namun kini, kaca matanya utk dakwah smata, untuk ummat.

Tibalah pula hari jaulah, ketika semua ikhwah be-ready bkumpul dikereta utk bergerak. Akh tersebut tiba bsama bagasinya. Lantas berkata :

"ikhwah, klu ntum kasihkan ana, sambutlah ana, dan bantulah ana, kalaulah dsebabkan sakit ana ini shaja alasannya ana x blh hadir, ana ada cdngannya, pimpin, kendonglah ana dgn ihsan ntum".

Terharu, air mata tidak blh didodoi lagi, maka bah lah ia dari mata2 ikhwah dsitu, ikhwah akhirnya syurakan bersetuju bawa, membantu bsama ikhwah tersebut, itulah jaulah yg enak yg mereka rasa, jika sblm ini dlm wasail tarbiyh lain, bila dilihat kanan, ada seorng yg x dpt hadir. Sayu. Namun kini, mereka makin akrab, ikhwah halaqahnya makin serius ats jln ini dgn mgambil ibrah dari seriusnya dan mujahadhnya akh tersebut w/pun tahu keuzuran yg mmng ada pd-nya utk tidak hadir. Akh itu kini makin berumur, tapi terus thabat. Subhanallah, kisah ini benar- benar meruntun jiwa yang membaca!

Tamat sudah keempat- empat kisah. Jadi, dah nampak belum apa yang ingin saya bawakan ni?

Sebenarnya, berdasarkan keempat- empat ceritera ini, suka untuk saya beritahukan kepada anda bahawa terdapat beberapa tahap sikap diri kita yang amat dekat dengan kehidupan seharian. Dan tahap- tahap tersebut telahpun saya terjemahkan dalam keempat- empat cerita tadi kalau anda perasan. Untuk lebih jelas, ada baiknya kalau saya terangkan satu demi satu kisah- kisah diatas :


Kisah satu@tahapsatu:
-Menceritakan Hasanain yang langsung menolak bulat- bulat arahan ibunya.
-Bagi sesetengah situasi, wujudnya golongan yang menolak untuk melakukan sesuatu amanah ataupun tanggungjawab secara nyata dan jelas. Tanpa kompromi. Malahan, lebih menyedihkan apabila arahan tersebut diperlekehkan.
-Dalam konsep inertia, situasi golongan ini tidak tumpah seperti paku yang hendak ditukul, tiba- tiba jatuh dengan sendirinya lalu menyebabkan masalah kepada tukang tukul yang terpaksa mengambil paku tersebut di lantai. Penat deh.

Kisah dua@tahapdua:
-Menceritakan Aiman yang cuba bersungguh- sungguh untuk beralasan bagi menolak melakukan kerja gotong- royong membersihkan bilik pengawas.
-Situasi ini banyak yang berlaku dalam kehidupan seharian. Ramai yang cuba beralasan ini itu begini begitu, agar tidak dibebani dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab. Konon tak layaklah, tak mampu, tak punya masa. Oh alasan.
-Dalam konsep inertia, situasi golongan ini seolah- olah paku yang boleh ditukul tetapi tidak sempurna dek momentum yang dikenakan atasnya tidak sekata. Akibatnya, jadilah paku itu bengkok, patah dan bermacam masalah yang akhirnya terpaksa ditukarkan kepada paku yang lain.

Kisah tiga@tahaptiga:
-Menceritakan Azhar yang walaupun berat hati untuk menjadi MC pada awalnya, tetapi akhirnya memutuskan untuk bersetuju kerana dua orang rakan baiknya turut datang.
-Haa, yang ini mungkin paling banyak terjadi. Sangat bagus kerana komitmen yang ditunjukkan tidak menyusahkan orang lain. Malah amat menyenangkan. Pun begitu, memerlukan sedikit penambahbaikan kerana mungkin niatnya yang sedikit tersasar. Apapun, itu bukannya masalah kerna niat sentiasa bisa diperbaharui.
-Dalam konsep inertia, golongan ini menjadi paku yang apabila ditukul, masuk dengan mudah. Tidak menyusahkan. Walaupun mungkin Nampak sedikit lekukan pada kayu, tempat dimana paku ditukul.

Kisah empat@tahapsupersaiyalejen2hebatsuperduper:
-Menceritakan seorang akh yang walaupun tidak berkemampuan dan uzur, tetapi semangat nya tidak pernah luntur untuk menghadiri program2 yang membina dan membentuk tarbiyyah dzatiyah bagi setiap insan. Nyata, kesungguhannya menunjukkan bahwa si akh ini benar- benar cinta akan Allah taala.
-Subhanallah, golongan ini tak tahu nak cakap macam ape dah. Sangat tinggi nilai keikhlasan dalam diri. Tidak wujud dalam minda mereka apa- apa selain daripada rahmat dan redha Allah. Matlamat hidup mereka jelas. Amalan mereka menjadi saksi kepada itu. Kerna itulah tidak hairan apabila walau dalam keadaan apa sekalipun, mereka tetap mahu menyumbang sesuatu untuk islam, untuk ummah. Inilah golongan- golongan mereka yang ajaib.
-Dalam konsep inertia, golongan ini menjadi paku yang tidak perlu ditukul. Masuk secara sendirinya tanpa meninggalkan kesan ditukul. Kemas dan bergaya! Inilah yang dinamakan keajaiban.

Jadi, biiznillah, pilihan itu terletak di tangan anda! Sila tengok tangan masing- masing, ini kalilah!

1 comment:

Anonymous said...

Lepas ni pergi kelas bertujuan belajar. Bukan tak nak pergi kelas sebab tak nak tgk muka orang.