Oh indahnya |
-BISMILLAH-
Saban hari
aku melihat dunia dari sudut pandang kaca mata aku. Tiada apa yang indah lagi.
Semuanya benar- benar menganggu gugah perasaan dan jiwaku. Detik demi detik,
hari demi hari, bulan demi bulan, terus berlalu. Berlalu tanpa seri lagi cahaya
indah sang pelangi. Jika ada pun, hanya pada zahirnya sahaja, pada pokok
pangkalnya..tidak.
Aku
merenung dan terus merenung. Memerhatikan awan berlalu gerak meninggalkan
sempadan kawasan halaman rumahku. Melihat burung- burung berkicauan nan merdu
dan indah, mempesonakan. Lantas, terbang ke serata arah bagi mencari makanan,
seperti biasa. Tidak hilang juga dari tatap pandanganku kanak- kanak riang
ceria bermain jongkang jongket di Taman permainan, hanya lebih kurang 250 meter
daripada kerusi yang ku duduki ini.
Itulah dunia, dunia itulah yang senantiasa membuatkan hatiku resah dan gundah gelana. Jiwaku sentiasa menangis meronta- ronta, merayu, mengharap, merasa pedih. Terseksa kadang kala sudah lali dengan kamus hidupku. Untuk apa dan mengapa aku merasakan begini? Aku tidak mengerti.
Terpampang
di surat khabar. Budaya fitnah menfitnah, seolah- olah perkara biasa sebiasanya
kanak- kanak menaiki basikal ke sekolah. Tidak menghairankan. Si A menfitnah si
B. Si B walaupun tidak bersalah tetapi pengikutnya pula bertindak luar
jangkaan. Hasilnya, suasana haru biru itu semakin lama semakin berterusan.
Tidak terkawal. Ketidak kawalan inilah yang membuatkan perkara ini menjadi
kebiasaan. Seolah- olah menjadi modal untuk sang penulis mencari nafkah yang
halal?
Gejala sosial
pula usahlah dibicarakan lagi. Statistiknya benar- benar meruntun jiwa dan
meluluhkan hatiku yang melihat. Rasa geram itu membuak- buak. Membuak bagaikan
marahnya sang ayah yang melihat sang anaknya dilanggar kejam oleh Geng Mat
Rempit yang bertempik riang gembira. Kelihatannya mereka ini benar- benar tewas
dengan sang penjahat nafsu. Syaitan yang bersama mereka ini mungkin berdekah-
dekah ketawa, sentiasa rindu untuk bersama mereka.
Aku melihat
umat terpilih Nabi Muhammad ini benar- benar ambil mudah dan enteng akan hal
ini.. Menghantar mesej, sama- sama tersenyum dihadapan handphone antara lelaki
dan perempuan yang tiada ikatan nikah yang sah itu satu kebiasaan. Pelik
katanya kalau tidak berbuat demikian. Nerd. Lantas daripada suka- suka dan
mungkin istilah “alaa,takdepapelah” itu, bermulalah episod- episod pengembaraan
kisah hidup yang penuh dengan kekecewaan, keputus asaan dan bermacam bagai.
Kata
mereka, perjumpaan itu hanya suka- suka. Sekadar mengisi masa lapang. Walhal,
mereka tidak sedar, Sang Raja Penjahat syaitonirrajim itu sedang merangka satu
agenda yang lebih besar dan menakutkan. Akhirnya terjadilah suasana yang
akhirnya menjadi titik pusingan kencang yang merubah hidup mereka. Sungguh
keterlanjuran itu benar- benar membuatkan hidup menjadi gelap, tiada keindahan
nan menyeksakan. Eh, bermula hanya dengan apa? Sms sahaja!
Buanglah
bayi itu, buanglah! Buanglah sehingga anda sendiri dibuang dengan seribu kali
lebih terkutuk, oh mungkin 15 juta kali lebih terkutuk dan hina, dihadapan
billionan banjiran manusia di alam akhirat sana, ke dalam gelegakan cairan
panas milik api neraka. Dikala itu, sudah lagi tiada lagi rasa excited dan
bangga, melumurkan diri dalam kancah kemaksiatan terkutuk itu!
Inilah
antara retetan hidup sang manusia di atas dunia ini. Tidak tergambar betapa
pilu nya hatiku. Aku kadangkala menjadi lemah tak berdaya melihatkan ini.
Risau. Sedih melihat beginilah golongan yang telahpun berjanji mengabdikan diri
padaNYA. Oh.
Namun,
disebalik semua itu, masih kedapatan perkara yang lebih menyedihkan. Sangat
memilukan. Itulah diri ku. Aku berasa sedih apabila melihat diriku hanya
bersedih. Hanya merenung memerhatikan. Hanya duduk berbaring di kerusi sofa
yang empuk disaluti kulit yang tulen lagaknya. Mungkin, kadangkala solat sunat..itupun
dirasakan baik.
Lantas, apa
tindakan yang telah aku lakukan untuk ummah?
Berapa
kerat masa sahaja telah ku serah dan korbankan untuk benar- benar merawat
masyarakat yang telahpun tenat parah itu?
Apa lagi
alasan yang boleh aku berikan untuk mengelak daripada diberikan beban amanah
untuk meninggikan syiar islam seantero dunia?
Terkadang,
mahu juga aku menjadi burung- burung yang bebas bertebaran di langit serba
biru. Bebas berbuat apa sahaja dengan izinNYA. Tidak perlu lagi memikirkan
masalah- masalah besar, terutamanya masalah penyakit ummah ini. Tidak kurang
juga harapanku untuk menjadi kanak- kanak yang suci daripada dosa, kekal dengan
umur muda buat selamanya agar tidak terbeban atas diriku dosa yang memberat
menjela- jela. Juga menjadi awan yang bebas membentuk cantik, dengan izinNYA,
menurunkan hujan ataupun kadangkalanya menyambarkan petir. Bukan kah itu
seronok namanya?
Namun aku
tahu semuanya mustahil. Harapan semata- mata. Kerna aku inilah aku yang
sebenarnya. Mana mungkin Allah menciptakan aku dengan sia- sia? Cepat –cepat
diriku beristighfar. Risau lamunan itu akhirnya akan membuatkan diriku menjadi
lebih terpesong. Astaghfirullahaa’zim.
Teringat
akan daku ayat Quran yang benar- benar menggegarkan! Dari Sang Pencipta Maha
Esa, khas untuk aku, anda dan jiwa- jiwa yang mengimani dan meyakini ayat- ayat
cintanya:
“Belum
sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka
mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran)
yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti
orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu
melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya
orang-orang yang fasiq (derhaka).” (Al Hadid :16)
Sungguh dan
sangat benarlah ayat Allah itu. Apa lagi perkara yang masih aku tunggu untuk
aku benar- benar komited dan bersungguh- sungguh dalam menyambung tugasan
dakwah warisan nabi- nabi? Wang, harta, pengaruh, pangkat? Amat tertipulah aku
sekiranya aku masih lagi berharap dengan penungguan itu.
Telah
banyak aku menyingkap kisah Sang-sang legend para sahabat. Nyata mereka benar-
benar menghayati dan meyakini apa yang mereka lakukan. Sedikit pun iman mereka
tidak tergoyah. Jaminan 100% yang diberikan Allah kepada mereka untuk memasuki
syurga nan indah itu tidak sedikit mengurangkan momentum usaha dan gigih
mereka, malahan itu menjadi obor semangat untuk mereka terus dan terus melaju
ke arah mardhatillah.
Kisah-
kisah hebat mereka itu membuatkan aku sering tertanya- tanya..Dimanakah aku
pada pandangan mereka? Adakah sudi bagi mereka untuk bersama- sama denganku?
Malu. Aku
perasan.
Jauh di sudut hatiku yang paling dalam, aku tahu, Allah tidak akan pernah mengecewakan
hambaNYA yang benar- benar ikhlas dalam mencintaiNYA. Oh.
1 comment:
Minta izin share. *Senyum panjang lebar tak mampu describe*
Post a Comment