-BISMILLAH-
Saya berikan anda masa 5 saat. Pastikan anda gunakan 5 saat ini sebetul- betulnya. Jangan ada sekelumit cuma pun detik yang berlalu dalam tempoh 5 saat ini dengan sia- sia. Faham kan? mudah je arahannye je pun. Baiklah, anda sudah bersedia?
"Eheh, nak buat ape dengan 5 saat ni? Kecoh ah mamat nie!"
Err, sabar dulu boleh? Arahan blom habes lagi. Sape yang kecoh sekarang? haaa.
*Baiki tempat duduk*
Ok soklannya berbentuk situasi : Anda sedang minum air di sebuah warung di tengah2 ibu kota. Tiba2 ade org tepuk belakang bahu anda dan sebaik sahaja anda berpaling, anda melihat 5 bijik kamera besar sedang berdiri megah. Semuanya menghadap ke muka anda lantas ade sorang mamat yang pakai baju ala- ala wartawan TV gitu meletakkan mikrofon ke mulut anda dan berkata, "adik, abang beri masa 5 saat. Apa yang terbayang di minda adik apabila abang sebut perkataan Ummah?! "
Maka bermulalah satu reaksi antara sel2, saluran nadi dan segala macam organ di badan anda, semuanya bekerja dalam satu tempoh yang pantas dan efisyen bagi merealisasikan hasrat Inche wartawan. Ataupun dengan kata mudah dan ringkasnya, Brainstorm! terzz.
xperlu kot letrik bagai |
Pastinya berbagai- bagai imaginasi yang terbayang di minda anda perihal ummah bukan? Berikut adalah mungkin beberapa jawapan related to(amboi kaw omputih) soklan td :
- Rakyat Sunni di syria disembelih hidup2 oleh Anjing2 Basyar Al-Assad
- Bangunan2, rumah2 di bom kimia oleh rejim zionis di Gaza, mengakibatkan ramai yg syahid.
- Rampasan haram kuasa oleh pihak tentera terhadap kerajaan sah Mesir . Bukan sekadar itu, Berlaku kegilaan dalam pembunuhan besar- besaran masyarakat yang mempertahankan hak mereka di rab'ah.
- Umat islam di Rohingya dijadikan alat- alat permainan sasaran pembunuhan
- isi sendiri
Begitulah lebih kurang bukan? Sebut je ummah, pasti akan terbayang salah satu atau salah dua atau salah beberapa pun dari list di atas. Yelah, mungkin bukannya exactly the same tapi mcm nak sama je kan? Gitulah. Daripada semua list yang ada, majoritinya adalah negatif. Eh bukan majoriti dah, semua! Bukannya negatif sikit2 stakat (-1) atau (-3) , tapi negatif yang teramat besar nilai negatifnya!
Ini bukannya soal setakat menendang, menerajang, membelasah. Ini adalah soal pembunuhan kejam!
Ini bukannya soal setakat membaling mercun, membaling batu, melempar pasu, Ini adalah soal peletupan bom kimia pada kanak- kanak, wanita dan warga tua!
Ini bukannya soal setakat main tembak- tembak dalam Counter Strike, Condition Zero bagai. Ini adalah soal tembak live headshot di kepala hingga tersembur cebisan otak keluar!
Dan inilah ummat kita! Inilah berlaku di alam realiti sekarang. Tak tipu punya. Tak caye? meh datang sini saya bagi serbuk lada hitam kasi hang bersin. Dan melihatkan perkara ini, sapa yang x sedih??
Terkadang kita merasa sangat lemah mendengar akan hal- hal berkaitan ini. Eh, bukan terkadang dah. Setiap masa! Kita berasa, Allah, kenapa lah berlaku itu dan ini. Belum pun settle isu ini, isu yang lebih super duper dahsyat pula yang timbul. Belum pun sempat air mata kita berhenti mengalir, terlimpah lagi air jernih dari kelopak mata kita. Begitu menusuk di kalbu.
Kita juga berasa keliru dengan Jigsaw Puzzle kehidupan dunia yang dirancang oleh Allah ini. Membuatkan kadang- kadang kita terduduk sendirian atas sofa empuk di ruang tamu sambil badan menyandar padanya. Kita memikirkan apa hikmah disebalik semua ini. Kita mencari- cari dimana cahaya disebalik jalan yang gelap gelita ini. Argh! Sukar. Sungguh sukar.Dan begitulah seterusnya
dan seterusnya, kita pening dengan semua ini.
Sampai satu tahap itu,
kita secara tiba- tibanya teringat kisah Ashabul Ukhdud.
Kisah itu pada akhirnya setelah
seorang pemuda dibunuh secara live oleh Sang Raja Laknatullah dihadapan
banjiran manusia. Sejurus selepas pemuda itu dibunuh, maka semua orang yang
hadir disitu berkata dengan laungan kata- kata yang begitu bersemangat! :
"Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu!".
Sesudah itu ada orang
memberitahu kepada raja bahwa semua rakyat telah beriman kepada Tuhannya pemuda
itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang banyak ini. Maka raja
memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap
orang yang berjalan di sana, dan ditanya lentang agamanya, jika ia tetap setia
pada Raja maka kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah
ia ke dalam parit api itu.
Maka berlakulah satu siri
pembunuhan kejam, yang langsung tidak dapat diterima oleh akal yang waras . Sekumpulan
manusia yang terdiri daripada kanak- kanak, wanita, bayi- bayi kecil, dan ahli
keluarga dimasukkan kedalam parit yang didalamnya adalah api yang menjulang
tinggi. Hanya kerana apa? Hanya kerana mereka mengucapkan Laa ilah illaLlah! Dan
mereka beriman dengan itu! Sadis sungguh bukan?
Nah, sekarang kita lihat
perbandingan antara situasi ummah sekarang dengan golongan Ashabul Ukhdud.
Tidak jauh beza bukan? Begitulah sunnatullah yang telah Allah rencanakan.
Allah tidak akan
suka-suki membiarkan manusia mendeclare diri mereka adalah orang yang beriman,
sebelum menguji manusia tersebut. Dan pastinya, tidak akan layak seseorang itu untuk
menghidu ataupun melihat ataupun menikmati sorga , sebelum dia dihinggapi dengan
bebanan yang sangat dahsyat oleh Allah. Senyum.
"Patutkah manusia
menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman,
sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya!
Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan
ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang
sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang
orang-orang yang berdusta" (Al-Ankabut : 2-3)
Senyum sekali lagi.
Untuk golongan ini, saya
gelarkan mereka sebagai golongan tapisan. Yeah, terpulanglah kepada anda nak
gelar ape pun tapi saya nak juga gelarkan mereka sebagai golongan tapisan.
Eheh. Tapisan kerna apa? Kerna mereka benar- benar ditapis oleh Allah dengan
satu alat penapis yang dinamakan sebagai mehnah atau ujian atau tribulasi atau whatsoever.
Dan mereka benar- benar telah melepasi alat penapis itu! Sungguh style bukan?
Dan disinilah saya ingin
mengajak anda untuk melihat ummah dengan kaca mata yang bersinar- sinar. Betapa
mereka yang sedang dizalimi, dihina, dibunuh, disiksa, dibom, dan macam bagai
di lagi, adalah merupakan golongan yang benar- benar dipilih oleh Allah. Yang
benar- benar ditapis oleh Allah. Mungkin dikaca mata masyarakat manusia di
dunia ini melihat mereka dengan pandangan yang simpati dan kasihan. Tapi
ketahuilah bahwa di pandangan Allah dan penduduk langit, merekala yang paling
mulia, tinggi darjatnya
Dan kita seharusnya
berbangga untuk memiliki ummat sebegitu kental dan hebat. Tanamkanlah rasa
cemburu apabila melihat kanak- kanak menggelupur mati penangan bahan kimia.
Tanamkanlah rasa irihati
apabila melihat pemuda tersungkur terkena peluru pada kepala yang cukup kuat
untuk memecahkan isi kepala.
Tanamkanlah rasa jelez
yang amat apabila melihat wanita menjerit meminta pertolongan apabila dihempap runtuhan
bangunan.
Kerna mereka sangat yang
teramat sangat tinggi di sisi Allah. Oh
Dan ya, disebalik
kecemburuan kita itu, terus meneruslah berdoa untuk mereka. Laju- lajukanlah amal- ibadat kita. Teguhkan Jati diri kita dengan identiti muslim yang sebenar. Jangan sesekali hanyut dengan drama- drama korea bagai. Cukuplah kisah ummat sekarang menjadi titik tolak perubahan ke atas diri kita.
Kerna, kita teringin benar berpeluk cipiki cipika dengan mereka di jannah kelak. peace
No comments:
Post a Comment