Ye ye, taw..kami mmg comel |
-BISMILLAH-
Haritu saya ada duduk2 dengan si adik kecil comel saya, Kimi.
Maklumla, bukan senang nak duduk luangkan masa berharga dengan hadek beradik
kat rumah yang serba nyaman ni, lebih2 lagi dah nak fly dah pun inshaAllah,
lagi ler lame tak jumpa. Dan macam biasalah, kalau nak cari dia memanglah kat
depan komputer. Takde tempat lain dah nya!
Eh, bukannya nak kata dia ni pakar IT ke ape, dia ni sebenarnya
kuat sangat main game. Atau lebih detail nya game facebook. Entah kenapalah
hagaknye boleh jadi cam gitu. Pengaruh kuat dari abang2 nya kot, eheh.
Ok, sambung balik cerita. Lepas tu, bermulalah konversasi(baca: conversation) antara kami. Takdela seratus peratus tepat, tapi bunyinye lebih kurang macam nilah:
"Ammar, tgk nie..si dragon ni kuat . Tp yang ni pun kuat
jugak. Tau x kimi dah beli dah yang nie, bapok kuat err "
"Oo, yeke? Kimi dah level berape ni?"
"Baru level 8. pastu kan kimi kan .....bla bla....bla dan
trus bla.."
"Ohhh..eh kimi, jap. Bukan ke haritu kimi ade main game lain
ke? bukan game ni kan..game ape nama tu?"
"Oo, Ninja Saga ke?"
"Haa, Ninja Saga. Kimi kenapa dah tak main game tu? bukan dah
level tinggi ke?" Saya bertanya.
"Err, bosan ah main game tu. Game ni lagi best"
"Oo"
***
Begitulah serba sedikit perbualan saya dengan adik. Daripada situ,
nampak dengan jelas bukan betapa game itu mampu mempengaruhi minda manusia
terutamanya yang masih lagi bersih dari dosa. Yalah, kanak- kanak mana yang
tidak suka kepada hiburan, keseronokan, grafik lawa, aksi2 kartun kegemaran yang
comel dan sebagainya.
Dan sejujurnya, saya dulu amat gemar juga main game. Macam- macam
jenis gamelah. Game bola lah, game strategilah. Tapi yang paling suke game
online lah sebab dia lebih kepada pengembaraan gitu. Masa tu saya Form 1 Form 2
kalau tak silap. Dan masa tu jugak, kalau jumpe je kawan- kawan kat sekolah
yang main game sama mesti sembang sampai berbuih mulut. Xdenye nak sembang2
pasal pelajaran ke pasal Ummah ke(adehh) dan sebagainya. Terkadang tu, duk
ngulang benda yang sama je pun. Banyak kali pulak tu, entah mendelah bestnya
kat situ. Tapi tulah, dulu rasa suka gilerr.
Balik je rumah, sasaran utama apa lagi, komputer lah. Kiranya kat
rumah tu minda automatik akan teringat game. Dan satu perkara yang
memotivasikan saya untuk kekal istiqamah bermain game adalah disebabkan daya
saing yang tinggi dalam kalangan saya dan kawan- kawan. Saya ni adalah jenis
orang yang pantang dicabar dan ditewaskan. Maknanya, bila main game tu mesti
nak menang je. So, saya akan struggle habis- habisan untuk kekal No. 1 dalam
kalangan rakan- rakan. Gituh
Kemudian, masa terus berlalu dan berlalu. Saya semakin membesar
dan membesar. Form 3 form 4 ngan form 5 saya tinggal di asrama. Jadi kuranglah
masa untuk saya memikirkan soal game bagai ni. Tapi tika itu, balik je rumah
saya pasti juga akan bermain game nih. Cuma, xdelah sekerap macam mase form 1
ngan form 2.
Habis sahaja peperiksaan SPM, saya rasa inilah masa yang paling
sesuai untuk qada’ semula semua masa yang telah habiskan untuk pelajaran. Yela,
SPM kot, penting tuh. So, saya mulalah berjinak- jinak kembali dengan game
online ni. Mula- mula memang excited teramat lah kan sbb dah lama tinggalkan
benda alah ni.
Namun, lama- kelamaan, saya rasakan ada satu mende yang kosong
pada jiwa saya. Kosong dalam bentuk macam mana? Kosong yang datang dalam bentuk
bosan. Ya bosan, boring.
Kejap je main game ni pastu mulalah rasa bosan. Kemudian tukar
game yang lain. Pastu bosan lagi. Pastu tukar game lain. Pastu bosan dan bosan
lagi. Pastu tukar game yang pertama tadi pastu….dan seterusnya.
Dan Alhamdulillah tika itu juga Allah mengizinkan saya untuk
menghadiri program2 berbentuk daurah yang membina iman. Nyata, Allah amat
menyayangi saya. Banyak pengajaran yang saya peroleh daripada daurah tersebut. Bukannya
nak kata masa sekolah menengah x dapat pengisian daurah tu semua, dapat je.
Tapi tak tahulah kenapa kali ni rasa lebih memberi kesan kepada hati saya.
Mungkin sebab dah cukup matang kot, mungkin.
Hasil daripada daurah yang saya sertai membuatkan saya berhenti
sejenak berfikir betapa hidup ini sebenarnya adalah hanya untuk memperhambakan di
kepadaNYA. Dah kalau 24 jam asyik duk mengadap computer main game sampai lewat
malam hamba jenis apekemendanya tuh?
Saya juga sedar mengapa Allah menghadirkan rasa bosan kedalam diri
saya tika main game walhal game itu adalah satu mende yang menyeronokkan, enjoy
bro! Ini adalah kerana Allah mahu saya kembali kepadaNYA. Dia hadirkan rasa
bosan itu supaya saya segera meninggalkan aktiviti x berfaedah itu dan berzikir
mengingati Allah. Begitu sweet bukan?
Pabila menaip post ini, saya ada teringat sebuah cerita :
Disuatu tempat kawasan pembinaan
bangunan yang sangat sibuk, Ali, seorang buruh sedang gigih bekerja mencari
nafkah. Didalam kesibukannya ditambah dengan suasana yang amat bising dek bunyi
kedung kedang yang menggegar, tiba2 ..TING!Wang syiling itu jatuh di hadapan Ali. Melihat logam kecil itu, dia terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Kemudian, TING! lagi.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya."Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.
Ali tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh majikannya daripada aras lapan belas bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, majikannya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.
Puas majikannya menjerit daripada aras lapan belas, cuba memanggil Ali yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu besar sebesar genggaman tangan yg terdapat di lantai. Satu persatu batu itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenainya. Ali dengan muka merah membara panas terbakar sebab sakit hati terkene bat utu pun segera dia mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat majikannya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. Dan dia pun menyesal tak tengok ke atas awal- awal. Sakit kot.. Berdarah badan habaq hang!
Begitulah analogi mudah. Allah sering sahaja menjatuhkan “syiling” sebagai simbolik kepada rezeki, nikmat dan rahmatnya kepada kita. Dia menurunkan itu supaya kita segera bersyukur dan terus bersyukur dengan mengingati dan menurut perintahNYA serta menjadi hambaNYA yang benar- benar hambalah!
Namun, kita seringkali terlupa. Eh bukan terlupe, sengaja buat- buat terlupa. Kita berasa seakan2 dunia ni kita punya. Lantas kita x endah pun dgn semua itu. Dan untuk menunjukkan chentaNYA kepada kita, Allah turunkan ujian berbentuk dugaan dan musibah bagai. Time tulah baru kita nak kembali..Haa, nampak x betapa tapa sayangnya Allah kepada kita, masih memberi peluang, harapan kepada kita untuk kembali kepadaNYA.
Haa…dan berbalik kepada kesah game tadi, sama lah juga konsepnya. Allah hadirkan rasa bosan tu untuk saya segera kembali padaNYA. Dan saya pasti bukan saya sahaja yang berasa bosan. Semua orang yang penah main game pasti sepasti- pastinya akan berasa bosan. Tak tipu punye. Tak caya? Tgk lah balik perbualan saya dengan adik kecil saya pada awal2 post ni. Kenyit.
Dan Alhamdulillah, sekarang ni, sampai saat ini saya langsung tidak punya perasaan yang eksaited tahap gabbana untuk kembali bermain game ni, dan saya berasa berbangga untuk itu (hamboi kaw). Dengan tidak bermain game, banyak aktiviti berfaedah yang boleh saya lakukan. Yeah banyak gile! fuh
Moga Allah redha. Sekian-
No comments:
Post a Comment