Pages

Monday, 2 September 2013

Seperti Yusuf - Bahagian I

[kredit]

2 Julai 2013.
Mounira, Kaherah.

Tup Tup Tup dush!!

“Bukak pintu ni woi!”


Ketukan kuat kedengaran dari tempat duduknya. Dia sudah mengagak. Pasti saat ini akan tiba. Dengan penuh kelam kabut dia segera mencari tempat yang sesuai untuk bersembunyi. Lalu dia berlari menuju ke bawah meja kecil di sebelah TV di bahagian ruang tamu. Dia menyorok di situ.

“Hoiy! Bukak la pekakk!!”

Laungan kuat dari luar rumahnya itu menggerunkan lagi suasana. Dia mengambil kain dan segera menutupi kesuluruhan anggota badannya dengan harapan tidak dapat dikesan oleh sesiapa. Sejurus sahaja menutupi badannya, tiba- tiba kedengaran bunyi kuat, tanda pintu sudah pecah dihancurkan oleh anjing- anjing upahan Presiden Mahmoud Zalami.

Di bawah meja itu, dia menutup mulut . Cuak. Takut dikesan oleh askar- askar yang terkenal dengan kekejaman mereka. Air peluh mengalir perlahan di pipinya. Tidak tergambar betapa dirinya berada dalam keadaan yang sangat genting.

Dan tidak lama lepas itu, kedengaran suara perempuan menjerit.

“Allah”

Itu sahaja yang mampu diucapkan olehnya. Di hatinya dia bergantung harap hanya pada Allah. Tanpa disedari, air mata telahpun membasahi raut mukanya. Ibunya dan kedua- dua orang kakaknya telah pun berjaya dikesan oleh pihak askar. Dia hanya dapat mendengar sahaja ibu dan kakaknya meraung dan menjerit meminta dilepaskan. Pergelutan antara askar dan ibunya semakin lama semakin kasar. Bunyi sebatan kuat pada tubuh ibu dan kakaknya memenuhi segenap ruang di dalam rumahnya.

“Lepaskan kami! Lepaskan kami! Kami tak bersalah!” Ibunya berteriak memohon simpati

“Ahhh kau! Diam ah, memekak je dari tadi!”

Suara garau milik salah seorang askar kedengaran memecah suasana. Gaya seorang ketua askar lagaknya.

Tiba- tiba keadaan suasana menjadi sunyi seketika. Terbungkam mata dia apabila mendengar suara milik askar itu. Terpana .Dia seakan tidak percaya apabila mendengarkan itu. Air matanya berhenti mengalir, seolah- olah tahu sahaja suasana itu. Bibirnya terketar- ketar. Dan, ya.. dia kenal suara itu!

“Aaa…”

“A…”

“Ayah…?!!!”
***


Imbas kembali. 2 tahun lalu
Mounira, Kaherah.

“Yusuf..apa lagi masalah awak??!”

Yusuf buat- buat tidak mendengar pertanyaan ibunya itu.

“Yusuf..sayang. Dengar cakap ibu ni”

“Err..” Yusuf mengangkat sedikit mukanya.

“Cuba cakap dengan ibu , Yusuf”

“Err, Yusuf penatlah ibu”  

Dia segera bangun menolak kerusi ke belakang lantas meninggalkan meja makan, dengan nasi masih penuh atas pinggan tidak terusik.

Fatimah hanya menggeleng. Mengeluh. Anaknya, yusuf buat masalah lagi di sekolah. Baru sahaja 3 minggu lepas dia disebat disebabkan kes merosakkan kenderaan guru, kini dia berhadapan kes disiplin  lagi. Pagi tadi Fatimah dipanggil oleh guru disisplin untuk membincangkan masalah berkaitan anaknya itu.

Itulah Yusuf. Dia sudah banyak berubah. Dahulunya dia adalah seorang pelajar yang sangat cemerlang di sekolah. Bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, dari segi sahsiah juga dia amat mendominasi. Lantaran itu, dia amat disegani oleh rakan- rakan dan guru- gurunya.

Hal ini membuatkan dia duduk sebaris dengan saf- saf kepimpinan di sekolahnya pada usia yang muda. Kiranya dia pengawas yang paling mudalah. Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah membanggakan pihak sekolah apabila dia dinobatkan sebagai pendebat terbaik dalam Pertandingan Debat Antara Sekolah Menengah Seluruh Kaherah . Ini membuatkan semua orang di  sekolah amat menghormati dirinya.  

Namun itu dulu, sekarang dirinya sudah jauh berbeza. Amat jauh berbeza. Di rumah, Yusuf tidak lagi seceria dulu. Dia hanya suka duduk terperap di dalam biliknya. Termenung jauh.

Untuk situasi ini, Fatimahlah yang paling sedih. Kerap kali juga dia memerhatikan Yusuf dari celahan pintu bilik  yang sedikit terbuka. Dan setiap kali dia berbuat demikian, pasti sahaja dia akan mengalirkan air mata. Dia sedih melihat Yusuf dalam keadaan itu. Sebak, hiba. Dia tahu, Yusuf tidak bersalah akan hal ini. Dan Fatimah juga amat tahu, Yusuf hanyalah mangsa keadaan. Mangsa di atas satu konspirasi jahat…

No comments: