Pages

Tuesday, 3 September 2013

Konspirasi 2 posen, Err

Alang2 naik baik naik 50 sen je tros. Ngeh

-BISMILLAH-

Harini (3/9/2013) merupakan hari yang sangat penting buat rakyat Malaysia dan pastinya akan di"kenang" oleh seluruh(atau sebahagian je? entah) rakyat Malaysia, tidak kira tua miskin muda kaya. Barangkali mungkin tarikh hari ini akan termaktub sebagai satu tarikh yang bakal mencipta sejarah tersendiri bagi negara yang bernama Malaysia.


Sepanjang harini, pergi sahaja kemana- mana pasti orang akan memperkatakan isu yang sama. Tak tipu punya. Pergi ke restoran lepas zohor, anak- anak muda remaja rancak sembang pasal isu ini. Habis je sembahyang asar kat surau, pak cik2 veteran pulak cakap mende yang sama. Bukak je TV lepas maghrib, pemberita pulak baca berita pasal mende ni. Aihh, apekemendenye tuh?

Itulah isu kenaikan harga minyak. Ataupun lagi best didengar, konspirasi 20 sen..wahaha! 

Sejak semalam, apabila ada khabar angin mengatakan bahawa harga minyak bakal dikurangkan subsidi oleh kerajaan sebanyak 20 sen, news feed di facebook saya laju gile bertambah (dan saya pasti bukan facebook saya je cmni, facebook anda juga hadapi perkara yang sama bukan?) Semua orang share pasal isu ini(err agak2 ah semua org), maksud saya ramai lah yang mula sembang pasal mende ni.

Itu baru masa khabar angin, mase lepas keputusan rasmi dikeluarkan, lagilah tahap gabbananya meriah facebook nieh. Maka bermulalah sesi curahan idea yang terlampau kreatif oleh majoriti rakyat Malaysia. Ada yang buat gamba2 troll lah, ada yang buat sketsa, ada yang buat perbualan, ada yang buat kartun, ada yang bagi tips stylosh dan berbagai lagilah. Itu naseb baik saya hanya ada akaun facebook je, kalau ade akaun twitter, insta, tak taulah ape nak jd pada saya ni. Mujur belum ada lagi yg buat filem kartun 3D kan? keh2 

Dan pada satu tika itu, pabila saya sedang syok sendiri(kadang- kadang tu ketawa sorang2) menscroll mouse dan melihat pelbagai reaksi dan gelagat serta karenah manusia, ada lah sorang mamat ni post begini :

"The mosque was nearly empty in the fajr and NO ONE cares.

The price of diesel fuel rose by 20 cents and EVERYONE loses their minds.

Am I crazy?

Sadaqallah al-'azim. Wallahua'lam."


Sentap kabo ke mung. Terus saya copy dan post pada dinding facebook saya. 

Pada statement atas ini, saya melihat ada satu makna yang tersirat yang amat mendalam. Sekali imbas, saya dapati statement ni sedang memerli golongan yang asyik mengeluh dan sering mempertikaikan keputusan kerajaan untuk menaikkan harga minyak petrol dan diesel. Tetapi apabila saya baca 2 3 4 kali imbas, ada makna lain yang ingin disampaikan oleh mamat tadi.

Apa yang saya dapati berdasarkan statement itu adalah tidak salah untuk membangkang dan tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu memandangkan itu adalah satu pembebanan yang sangat membebankan terhadap rakyat. Dengan alasan yang langsung tidak munasabah seperti faktor ekonomi dan boleh "cover" balik dengan BR1M, nyata alasan itu langsung tidak boleh diterima bagi pihak kerajaan mengingkari janji manis mereka untuk tidak menurunkan harga minyak selepas musim PRU13. Dan saya, walaupun xde kereta pun lagi memang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan ni. Hanya golongan yang kaya raya gegiler duit berjuta sahaja yang bersetuju dengan keputusan kerajaan nih. 

Namun apa yang cuba ditekankan disini adalah bagaimana prihatinnya rakyat Malaysia terhadap isu ini. Betapa isu ini telah membuka seluas- luas nya mata rakyat pelbagai kaum di malaysia ni. Betapa isu ini membuatkan masyarakat kelihatan begitu cakna dengan persekitaran. Dan betapa isu ini membuatkan darah rakyat Malaysia mengalir laju ke seluruh anggota tubuh badan! Eheh

Walaubagaimanapun, apabila melibatkan isu2 yang lebih mustahak, lebih penting, lebih patut diberikan prioriti, ramai yang buat donno je.

Jom sambung bace bawah ni:

Berapa ramai yang bersemangat mengepost share bagai isu Mesir yang merupakan isu kita semua bagi memastikan semua orang faham dengan situasi sebenar yang berlaku disana?  Isu minyak naik 20 sen lagi ramai bukan?

Berapa ramai yang meruap2 darah untuk berkongsi pendapat dan idea berkenaan isu Syria dan Pelstin serta negara2 islam lain yang ditindas untuk memastikan semua orang faham akan situasi sebenar yang berlaku disana? Isu minyak naik 20 sen orang lagi minat nk share bukan?

...Dan berapa ramai yang mempunyai semangat yang berkobar- kobar untuk berbincang dan merancang bagaimana untuk merawat gejala penyakit ummat yang semakin melarat dan nazak ni? Haa, bagaimana? 20 sen orang lagi suka bukan?

Begitulah seterusnya dan seterusnya. Sekali lagi saya katakan, bukan saya tidak bersetuju dengan orang mengkomplein itu semua, malah saya amat bersetuju untuk tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan ni. Namun saya mengharapkan agar amal kita tidak akan terjejas hanya kerana isu ini. Malah ini akan membuatkan dakwah kita semakin melaju gitu. Yuk, bersemangat dalam semua perkara sekali! 

Moga Allah redha





No comments: