[kredit] |
-BISMILLAH-
Irbid, Jordan. 9°C
Lelaki tua itu menyandarkan penyapunya ke pagar masjid. Azan subuh baru sahaja dikumandangkan. Dengan wajah yang tenang, dia masuk ke dalam masjid, terus sahaja ke dewan sembahyang. Tidak perlu mengambil wudhu' lagi kerna dia telahpun mengambil wudhu' sebelum mulakan kerjanya lagi.
Lelaki tua itu menyandarkan penyapunya ke pagar masjid. Azan subuh baru sahaja dikumandangkan. Dengan wajah yang tenang, dia masuk ke dalam masjid, terus sahaja ke dewan sembahyang. Tidak perlu mengambil wudhu' lagi kerna dia telahpun mengambil wudhu' sebelum mulakan kerjanya lagi.
Oh, lelaki tua ini orang panggil Pakcik
Ahmed. Rajin orangnya. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah,
sedang-sedang. Walaupun umurnya telahpun mencecah 75 tahun, semangat yang
ditunjukkan olehnya untuk hadir ke masjid untuk sembahyang subuh berjemaah
tatkala ramai pemuda sedang asyik lena dibuai mimpi wajar dikagumi. Manakan
tidak, dia yang sudah tua dan sedikit uzur pun mampu, mengapa pemuda yang
kononnya qawiyul jismi itu tidak? Hmm
Lalu, usai sahaja mengaminkan doa selepas
menunaikan solat, dia mengambil kembali penyapu dan sambung semula
pekerjaannya. Dari kejauhan, terlihat lelaki tua ini begitu tekun dan gigih
melakukan kerja, seorang diri. Dia menggunakan segala kudratnya untuk menyapu
sampah di atas jalanraya yang penuh dengan sampah sarap. Kemudian, sampah-
sampah itu dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam plastik besar.
Wajahnya tenang, langsung tidak
menunjukkan sebarang perasaan mengeluh ataupun memberontak. Begitulah saban
hari. Dia mulai bekerja menyapu sampah seawal jam 5 pagi, kira-kira setengah
jam sebelum azan subuh dilaungkan. Kemudian dia berehat untuk menunaikan
kewajipan fardhu subuh lalu menyambung semula kerjanya sehinggalah matahari
memunculkan dirinya, kira-kira dalam pukul 9.00 pagi.
Sudah menjadi sedia maklum bahawa irbid
terkenal dengan bandar yang penuh dengan sampah sarap. Sori-tu-sey-la tapi
inilah realiti yang berlaku. Bagaimana mungkin sebuah negara yang majoriti
penduduknya adalah dalam kalangan orang islam tidak mampu menjaga kebersihan
yang sudahpun terang lagi bersuluh dititikberatkan oleh islam. Kita mampu untuk
bersembang kencang di medan facebook, twitter dan istagram mengenai agama islam
tapi kenapa perkara sebegini ringan tak mampu untuk kita selesaikan?
Dan Pakcik Ahmed merupakan salah seorang daripada
kalangan mereka yang ingin melihat martabat islam diangkat tinggi, menjadi
syiar kepada seluruh dunia. Dan misi pertama yang dia ingin lakukan adalah
memastikan bandar irbid berada dalam keadaan bersih dari segala macam sampah. kerana
itulah setiap hari dia begitu bersungguh bangun awal pagi tanpa menghiraukan
kesejukan mencecah tulang yang amat.
Dan satu perkara mencabar yang dia perlu hadapi untuk
merealisasikan misinya itu adalah perangai dan sikap orang arab itu sendiri.
Mereka amat suka membuang sampah merata-rata, ape kau ingat jalan tu baaaapak
kau punya. Ok kasar sedikit disitu. Tapi betullah. Bukan nak kata semua, tetapi
melihatkan kepada banyaknya sampah, dapat dikonklusikan bahawa ramai juga orang
arab yang berperangai sedemikian. Seolah- olah jalan raya itu sendiri adalah
tong sampah bagi mereka. Tong sampah yang disediakan di tepi jalan boleh buat
biskut je, kosong. Adoii. *Geleng kepala*
Ada sekali tu, tiga orang remaja lelaki berusia awal belasan tahun
berjalan melepasi Pakcik Ahmed sambil memakan sandwich falafil . Kebetulan
waktu itu Pakcik Ahmed sedang menyapu sampah. Sedar akan perkara itu, Ketiga-
tiga remaja itu tadi patah balik ke belakang menuju ke pakcik Ahmed dan mereka
mengambil plastik sandwich lalu membuang dan memijak sampah tersebut di atas
jalanraya sambil bergelak kuat gile tak ingat dunia. Begitulah dugaan yang
dihadapi oleh Pakcik Ahmed saban hari.
Sungguhpun begitu, segala cabaran, dugaan, ujian yang dihadapi
oleh Pakcik Ahmed langsung tidak menggoyahkan semangat dan kegigihannya. Kerna
itulah dia masih istiqomah dan kostinten dalam membuat kerja sapu sampah ni
semenjak dia bersara, kira- kira 17 tahun yang lalu. Lama tuuh. Bahkan, perkara
sebeginilah yang menaikkan semangat dirinya untuk terus kekal dan berterusan
membuat kerja ni.
Satu ketika, beliau pernah diajukan soalan oleh wartawan TV yang
terkemuka di Jordan soal mengapa dia sanggup bangun awal pagi itu semua,
sanggup bersusah payah, sanggup itu sanggup ini, walhal pada akhirnya, Bandar irbid
ini tetaplah kotor dan dipenuhi dengan sampah, seolah- olah tiada hasil.
Kadang- kadang tu Nampak lagi banyak sampah adelah.
Namun, apa jawapan yang diberikan oleh Pakcik Ahmed:
“Saya berpenat lelah buat semua benda ni kerana saya yakin dengan
keyakinan saya. Saya yakin bahawa satu hari nanti Bandar Irbid ini pasti akan
menjadi bersih dari segala sampah sarap yang bertimbun. Saya juga yakin bahawa
satu hari nanti masyarakat kita tiada lagi sikap dan perangai suka untuk buang
sampah merata-rata bahkan akan menjadi masyarakat yang bertamadun serta
mementingkan aspek kebersihan dalam kehidupan seharian mereka. Dan saya yakin
satu masa nanti Bandar irbid akan menjadi harum semerbak wangi kasturi kerana
Masyarakatnya yang bukan sahaja mementingkan kebersihan sahaja malahan
kewangian dan kekemasan bagai. ”
Sambung beliau lagi:
“Kalaupun bukan saya yang akan melihat sendiri dengan mata saya,
cukuplah bagi saya untuk menjadi seorang
penyumbang. Makanya, itu sudah terlalu bermakna buat saya”
***
Lelaki tua : Rijal Ummah
Sampah sarap yang bertimbunan : Masalah2 ummah
3 remaja lelaki : Konspirasi yang diaturkan oleh musuh islam terhadap ummah
Soklan yang dilontarkan oleh wartawan : bisikan hati untuk meninggalkan medan da'wah
***
".....sehingga Rasul dan Orang-orang yang Beriman bersamanya berkata, "Bilakah Akan Datang Pertolongan Allah?".
Ketahuilah, Sesungguhnya Pertolongan Allah itu Amatlah Dekat"
[ Al-Baqarah : 214 ]
No comments:
Post a Comment