Pages

Wednesday, 6 November 2013

Sorilah, not my taste


boleh ke camni?



-BISMILLAH-

Tersebutlah alkisah seorang budak first year kuliah syariah di Universiti Yarmouk Jordan, ahmad, yang mempunyai semangat yang berkobar- kobar untuk mendalami ilmu islam. Misinya sudah jelas. Jejak sahaja kakinya ke bumi Jordan, dia ingin berubah! Yeah! Berubah kearah kebaikan. Sungguh, baginya langsung tiada ketenangan apabila dibesarkan oleh keluarga yang sudah jauh dari agama islam.

Ayahnya adalah merupakan seorang yang ketagih dadah. Keluar lewat malam, balik macam tak balik. Langsung dia tidak mendapat sentuhan kasih sayang daripada ayahnya. Kakaknya pula sering keluar ke club- club malam bersama rakan- rakannya. Tidak cukup dengan itu, abangnya pula merupakan seorang peminum arak tegar . Tinggallah dia mendapat kasih sayang daripada ibunya, itupun ibunya tidak pernah mendidik dirinya dengan ilmu agama. Sekadar menyediakan makanan pagi, dan malam untuknya. Ibunya entah solat ataupun tidak, dia tidak tahu.


Lalu, entah macam mana, Ahmad menerima tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke Jordan. Syariah pulak tuh. Ahmad percaya bahawa ini adalah satu peluang untuk dirinya berubah. Ya, keluar dari kepompong jahiliyyah menuju ke cahaya redha Allah! Dan ibunya juga tidak menghalang niat murni anaknya itu.

Lalu bermulalah episod Ahmad di bumi syam, menggarab sebanyak mungkin ilmu agama untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Banyak program, daurah, aktiviti yang dihadirinya. Banyak juga insan- insan hebat yang telah dia jumpa untuk meminta nasihat dan mendengar tazkirah. Tempoh sebulan pertama yang dilaluinya di bumi barakah ini terasa amatlah bahagia kerana ini adalah kali pertama dia mendapat sentuhan tarbiyyah sebegitu hebat. Tidak pernah dia mendapat kasih sayang sebegini.

Setiap malam usai sahaja solat maghrib dia akan meluangkan masa untuk membaca Al-Quran bersama senior dan rakan- rakannya. Lepas isya pula ramai yang sudi membelanjanya makan di restoran. Takpun mengajaknya makan di rumah mereka. Begitulah, bermacam perkara yang dilaluinya. Semuanya demi memperbaik dirinya ke arah kebaikan.

Namun demikian, orang kata berubah itu tidaklah semudah memasak megi. Ahmad walaupun cuba bersungguh- sungguh untuk berubah, namun masih terdapat saki baki jahiliyyah dalam dirinya, iaitu merokok. Ya, dia tidak meminum arak, dia tidak menghisap dadah, dia hanyalah merokok. Hanya, sangkanya. Semenjak sekolah rendah lagi dia sudah ketagih merokok, setelah melihat setiap hari ayahnya merokok.

Lantas, pastinya menjadi suatu bebanan buat dirinya untuk meninggalkan rokok yang sudahpun menjadi sebahagian daripada hidupnya. Disebabkan itu, dia cuba untuk mengurangkan kadar rokok yang diambil hari demi hari, peringkat demi peringkat. Mungkin dahulunya di Malaysia dia biasa menghisap 3 kotak rokok sehari, kini dia perlahan- lahan mengurangkannya kepada 3 batang sehari. Dan tiada siapa pun tahu bahawa Ahmad sebenarnya adalah seorang perokok sehinggalah suatu hari, Azfar, rakan Ahmad yang banyak membantu Ahmad dalam mempelajari ilmu agama, ternampak Ahmad sedang menghisap rokok di belakang bangunan rumahnya.

Merah padam muka Azfar tika itu. Azfar terkejut, beginikah lagaknya seorang yang ingin berubah?! Masih punya sisa baki jahiliyyah dalam diri?! Semenjak dari peristiwa itu, Azfar tidak lagi bertegur sapa dengan Ahmad apatah lagi mengajaknya pergi ke masjid ataupun program2 tarbawi. Sudah tiada lagi rasa dalam dirinya untuk mengajak Ahmad kearah kebaikan.

Semenjak dari hari itu juga, ramai yang tidak lagi bertegur sapa dengan Ahmad. Mana tidaknya, penat- penat orang ajak pergi buat baik, dia senyap2 buat jahat? Membazir. Tidak kurang juga yang sudah mula memandang enteng terhadap dirinya, seolah- olah dia adalah seorang kaki arak!

Dan keadaan bertambah keruh apabila lima orang senior datang ke rumah Ahmad dan tika itu juga mereka memarahi Ahmad atas apa yang dia telah lakukan selama ini. TIdak cukup dengan itu, Ahmad seringkali diperli oleh Abang naqibnya ketika sesi usrah dijalankan. Perit sungguh hatinya. Dia ingin berubah, tetapi layanan sebegini dia dapat?

Dia sedar bahawa apa yang dilakukannya itu salah. Dia sedar bahawa memang silap besar lah kalau orang tahu bahawa dia sebenarnya adalah seorang perokok. Dan dia telah lama pun sedar bahawa sememangnya merokok itu haram. Namun, dia mahu orang lain faham bahawa berubah ini adalah suatu fasa yang panjang. Dia mahu orang lain tahu bahawa amatlah susah untuk keluar daripada suatu kebiasaan jahiliyyah yang melampau!

Malangnya, tiada siapa yang memahami dirinya. Tiada siapa yang sanggup menerima dirinya untuk diajak membuat amal kebaikan. Barulah dia tahu bahawa begini sebenarnya cara ‘orang agama’ bekerja. Bukannya dia tidak berusaha untuk berubah, dia cuba! Namun layanan sebegini hebat yang diberikan oleh mereka yang kononnya digelar da’ie amatlah menyentapkan dirinya. Dia tidak dapat menerima semua ini! Gila.
Lalu, harapan dirinya untuk berubah usai menjejakkan kaki di bumi syam hanyalah tinggal harapan. Dia berputus asa. Dia rasa menyampah dengan semua orang yang digelar ‘da’ie’ . Segala kepercayaan yang dia berikan kepada mereka selama ini dibuang jauh- jauh. Dia benci tengok orang pergi masjid. Dia meluat tengok orang berukhuwwah bagai di tepi jalan mahupun restoran. Kalau tak kerana mahu menamatkan pengajian di bumi Jordan ini sudah lama dia pulang ke Malaysia meninggalkan orang- orang agama ini syok sesama mereka! Arghhh.

Lantas jahiliyyah kembali bergelumang dalam dirinya. Dia tidak lagi kisah dengan apa yang orang lain pandang pasal dirinya. Tinggallah dia hidup keseorangan dalam kegelapan sedang orang lain asyik dengan urusan mereka.

***

Begitulah. Kisah diatas ini diambil berdasarkan kisah benar yang diceritakan sendiri oleh tuannya (pastu ditambah secukup rasa, kasi sedap skit cerita). Cukup sinonim bukan kisah ini? Tika saya mendengar pengakuan si Akh ini terasa bagaikan hendak menangis. Hati mana yang tidak sayu apabila mendengar masalah yang dihadapi oleh ramai masyarakat di luar sana?

Bagaimana mungkin kita boleh berseronok berukhuwwah tp dalam masa yang sama masih ramai lagi yang disisihkan dek kerana sifat sombong dan ego kita?

Berapa ramai insan yang lari daripada kebaikan setelah melihat dengan mata sendiri para- para da’ie yang suka ber su’udzon dan suka menghukum orang lain dengan kata- kata keras berupa ancaman?
Cukuplah, cukuplah kita dengan sikap kita yang ego dan sombong. Jangan kerana ‘usaha- usaha dakwah’ kita, masyarakat semakin membenci untuk mengamalkan cara hidup Islam. semangat sket





2 comments:

Adam mujahid said...

Thumb up akhi..
Sememangnya kita perlu memandang mereka dgn kasih sayang dan bukan lah dengan pandangan menghukum..
Cerita ni sgt2 memotivasikan ana..
Hehe harma

Ammar Hanapiah said...

syukran adam =DD