Pages

Monday, 9 December 2013

Kalau saya cakap saya dapat Dean List hang nak cakap apa?!

[kredit]

-BISMILLAH-

Arif melihat jam tangannya. Kedua- dua jarum telahpun menunjuk ke arah nombor 12. Semenjak pulang dari bersembahyang isyak berjemaah di masjid tadi, tangannya tidak terlepas daripada memegang buku Ekonomi nya. Dengan dahi yang sedikit berkerut dan kopi secawan di atas meja, dia meneruskan lagi pembacaannya.

“hmm, lagi setengah jam lagi la kot , pastu boleh dah rasenye tidur” Arif bermonolog sendirian.


Esok dia ada exam di Universiti. 2 subjek pulak tu, Ekonomi dan Add math. Disebabkan itu, menjadi pantang larang semenjak zaman berzaman buat dirinya untuk tidak menggunakan masa ‘last2 minute’ begini untuk dimanfaatkan sebaik mungkin.

Keadaan menjadi lebih getir dan mencuakkan laksana tatkala itu guruh dan kilat berdentum beserta angin puting beliung sebagai sound effect background apabila exam kali ini merupakan final exam sebelum dia melangkah ke tahun akhir pengajian. Tidak boleh tidak, dia harus mengoptimakan pencapaiannya dalam peperiksaan.

Oh, lupa plak nak taaruf si Arif ni. Dia merupakan seorang pelajar yang sangat pintar di Stamford Bridge University. Pergi je kat mana- mana, mulut rakan- rakannya pasti tidak terlepas daripada memuji beliau dek kepintarannya dalam akademik. Ada yang memanggil beliau dengan gelaran ‘Scorer si Torres’, ‘Striker de Oscar’, bahkan ‘Exam Maker bak Mata’ pon ada nak bagitaunya.

Antara rahsia kejayaannya dalam exam yang telah berjaya dibocorkan oleh dia sendiri adalah persediaan yang rapi. Ya, bersedia. Jangan salah sangka, beliau telahpun bersengkang mata dengan buku ekonomi dan berpeluh tangan membuat latihan- latihan Add math beserta subjek2 lain hingga ke lewat malam semenjak sebulan yang lalu. Kiranya malam ini hanyalah pelengkap dan pemanis mata buat dirinya bagi menghadapi hari esok.

Jesteru itu, tidak hairanlah buat dirinya apabila sering sahaja mendapat anugerah yang pelbagai daripada pihak Stamford Bridge University mahupun pihak penaja, Chelsea Academic Institution (CAI). Tu tak campur lagi dengan anugerah2 yang dia peroleh daripada komuniti Pelajar melayu di sana. Banyak kot!

Dan , seperti biasa, sebelum memasuki dewan peperiksaan, berbekalkan bekalan doa dan harapan tinggi umpama semut yang melihat bangunan KLCC, dia dengan bajet tenang dan selambanya membelek nota- nota terakhir. Langsung tiada kedut mahupun kerutan di dahinya menandakan bahawa everything will gonna be fine inshaAllah.

Di dalam dewan peperiksaan, segalanya berjalan dengan lancar dan bergaiya sehinggalah satu ketika, kira-kira setelah 30 minit peperiksaan bermula,  tiba-tiba Arif berasa kepalanya umpama dihempap dengan batu sebesar kereta Lamborghini(eh betul ke eja camni). Sakitnya bukan kepalang. Entah kenapa secara tiba2 sahaja sakit itu datang seolah –olah ada racun yang menyusup masuk melalui saraf-saraf anggota badan hingga ke otaknya. Pergh. Tidak cukup dengan itu, hidungnya tiba2 sahaja keluar darah . Pekat merah tu. Dia apa lagi, meraunglah! Sakit kot. Tidak sempat dia nak habiskan raungannya itu, dia telahpun pengsan terlebih dahulu.

Melihatkan keadaan itu, pengawas peperiksaan mengambil tindakan untuk segera ke meja Arif. Suasana menjadi sedikit kecoh. Iyalah, top student tiba- tiba sahaja meraung. Dah buang tebiat ke hape dia ni. Kemudiannya datang beberapa pegawai petugas dari Unit Keselamatan dan Kesihatan Stamford Bridge University tidak lama selepas itu.

Bagi nisbah pelajar lain, ada yang memandang Arif dengan muka nak nanges, sedih. hotstapp kot si Arif tu, kesian diaaaa.

Ada juga yang turut bersimpati dengan Arif tapi takdela sampai nak buat muka nak nanges bagai. Come on lah, laki kot mana boleh nanges- nanges ni! Eheh.

Dan yang tak bolehla nya boleh plak ada yang buat donno je. Pandang pon tak, rasa annoying lagi adelah. Heyy si Arif ni nak ganggu konsentrasi aku ke hape, panas ni..panassss. ssss

Namun, disebalik semua perkara yang berlaku, di suatu sudut yang lain iaitu di hujung kanan dewan, terdapat satu pasang mata memandang kejadian yang berlaku tadi dengan wajah tersenyum sinis. Puas. Misinya telah berjaya. Sepanjang 30 minit yang berlalu sebelum itu wajahnya sering menunjukkan raut muka yang tidak tenang. Risau jugak kalau- kalau perancangannya tidak menjadi. Namun, peristiwa tadi merubah segalanya, dia berjaya menjatuhkan lawannya. Dia berjaya juga mencapai kegembiraan setelah semejak sekian lama dia tidak merasakan itu. Hua hua huargghh! Gelak keji. Sekarang dia hanya perlu menunggu masa sahaja.

Sebulan kemudian, kira- kira seminggu sebelum semesta pertama bagi tahun terakhir pengajian Arif bermula, keputusan peperiksaan bagi final exam dikeluarkan. Tika itu, Arif telahpun pulih daripada kesakitan dan kecederaan. Nasib baik waktu dimana dia pengsan haritu merupakan last papernya untuk final exam, kalau tidak jenuh dia nak isi borang itu dan ini bagi mengambil exam tangguh.

Dan, seperti biasalah, belumpun sempat pegawai petugas selesai menstepler semua kertas keputusan peperiksaan, ramai pelajar yang telahpun berbondong- bondong memenuhi ruangan papan kenyataan itu. Dan dia merupakan salah seorang daripada mereka. Khusyu’ dia mencari nama, dan……..

“ #%@%#%$@ lah! Arif dapat full mark lagi! Arrrrrgggggggggggh. Ini..ini sungguh gila!”
Hatinya membentak keras. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia mengoyakkan semua kertas keputusan peperiksaan itu. Dia menjadi tidak keruan, panas. Mungkin lebih panas daripada terik matahari di tengah- tengah stadium Stamford bridge waktu itu. Mana tidaknya, harapan untuk dia melihat Arif gagal dalam peperiksaan hanyalah tinggal harapan. Harapan yang kini layu. Ingin ku bahgia, bersama…ok merepek. Misinya terbukti gagal segagal-gagalnya.

Dan bukan dia seorang sahaja yang berasa hairan, pelajar2 disitu turut berasa hairan mengapa dia mampu memperoleh full mark sedangkan dia menghadapi malapetaka besar waktu peperiksaan haritu.

Belumpun sempat orang ramai merungkaikan persoalan itu, Arif hadir ke situ tepat pada masanya dengan wajah selamba (macam biasa) bersama 2 orang rakannya. Semua orang memandangnya dengan muka kagum dan excited giler. 

eh tahniahla

Arep, belanja aku kfc jom lps ni

woi gempak gile doeh kau, tak sangka aku

hey, gratz bro..gratz. =D

Dan seketika selepas itu…

Weyh camne ko boleh dapat full mark ah?”

Haah, bukanke waktu tu ko pengsan ke?”

haah ye tak ye jugak, ko pengsan kan waktu tu. Ko buat ape seyh sampai dapat result gempak cenggini??!”

(Dan banyak lagi soalan yang tidak dapat ditulis oleh penulis. Penat kot. Ceh bajet. Nak katanya keadaan kat situ agak riuh. bolehla)

Arif tersenyum sahaja. Lantas dia mengangkat tangan kanannya menandakan arahan supaya diam dan bertenang. Dan keadaan menjadi tenang. Sunyi sepi. (Mantap kot si Arep ni).

Begini kisahnya. Untuk makluman semua, saya telah pun menjawab kesemua soalan dalam tempoh 25 minit sahaja daripada 1 jam 45 minit yang diperuntukkan. Jadinya, kepengsanan saya haritu langsung tidak menjejaskan markah saya haritu. Harapnya semua dapat bertenang ya! Senyum sajaaaa.”


***

Begitulah. Hanya manusia yang benar- benar bersedia sahaja yang akan mampu menghadapi mati dalam keadaan tenang dan bahagia. Hanya manusia yang bersedia sahaja yang akan ditapis oleh Allah dalam kalangan jutaan trillionan manusia di muka bumi ini untuk ditempatkan dalam syurga Allah yang indah lagi bahagia.

Jesteru, pilihan di tangan kita, samada hendak bermalas- malasan lagi ataupun cukupkan persediaan kita dengan menjadi Abid dan khalifah yang superdupersaiya! Allahumusta'an.

"(Ingatlah) hari (Kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah di kerjakan, sedia (di bentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (Ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaanya diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya." [Ali Imran : 30]

P/s: Post kali ini ditulis khas sempena ulangtahun kelahiran yang ke 16 adek terchenta. Moga terus thabat dan istiqamah ya. ^^


2 comments:

Anonymous said...

sape azri?

~kp said...

Thumbs up!