Pages

Thursday 12 December 2013

Kisah Anda dan Teksi

[kredit]


-BISMILLAH-

Anda sudah lewat untuk pulang ke rumah. Kedua- dua jarum sudah pun menunjukkan ke arah angka 12 menandakan waktu itu sudah pun lewat malam. Dan sekarang, anda mengalami masalah besar. Anda tidak mempunyai kenderaan untuk pulang ke rumah. Untuk berjalan kaki adalah satu perkara yang amat mustahil memandangkan jarak dari tempat anda berpijak itu dengan rumah anda amatlah jauh sekali. 6 kilometer mungkin. Lebih- lebih lagi waktu ini sangatlah gelap, memungkinkan pencuri untuk meragut anda bila- bila masa sahaja sekiranya anda berjalan kaki bersendirian ke rumah.

Sebentar tadi, anda baru sahaja selesai menghadiri majlis makan malam ekslusif ataupun Annual Grand Dinner bersama rakan- rakan sekerja anda di sebuah restoran yang boleh tahan banyak jugakla bintang. Banyak perkara menarik yang anda lakukan di majlis itu selain daripada makan malam itu sendiri. Anda berukhuwwah, beramah mesra, mendapat hadiah cabutan bertuah, terhibur dengan persembahan, bersembang- sembang tak ingat dunia dan bermacam lagi lah. Senang cerita majlis tadi memang seronok gila la, tak rugi langsung anda habiskan wang RM30 untuk majlis makan malam sebegitu grand itu.

Namun demikian, sekarang keadaan berubah 180 degree. Anda tidak lagi merasakan semua kegembiraan itu. Kini anda berseorangan di tepi jalan. Menunggu teksi yang tidak mengunjung tiba. Puas anda menunggu, kira- kira 20 minit jugakla. Ni kalau habiskan 2 kali mathurat pon sempat ni. Pergh qawiy betul anda ni ya.

Aduhai, macam manala boleh takde teksi malam ni. Sebelum ni banyak je aku tengok. Dah pupus ke ape semua teksi ni ” Anda mengeluh. Monolog sendirian.

Rugi betulla aku tak suruh kawan aku hantar balik tadi, kalau tak takdela kene tunggu penat camni. adosshh” Sekali lagi anda berbual dengan diri anda sendiri. Seolah- olah ianya mampu menyelesaikan masalah anda.

Takkanla aku nak tidur kat tepi jalan ni pulak. Makkkkkk. Ttibe” Anda menjadi semakin pelik. Stress agaknya.

Kemudian masa terus berlalu pergi. Setelah anda sudah menjadi sedikit tenang lepas baca istighfar beberapa kali, tiba- tiba sahaja anda ternampak kelibat sebuah kereta berwarna kuning jauh di hujung jalan, menuju ke arah anda. Haaa, bukan main seronok perasaan anda waktu itu, terloncat mak kau.

Anda melambai- lambai tangan ke arah kereta kuning itu. Atau dengan lebih tepat teksi kuning. Kini anda menjadi riang gembira kembali. Segala keluhan dan rintihan sebentar tadi luput dari kamus ingatan anda, hilang serta merta. Wajah yang tadi muram bertukar menjadi ceria umpama baru sahaja mendapat anugerah sekalung ijazah sarjana muda!

Teksi itu semakin mendekati anda. Semakin dekat teksi itu merapati anda, semakin bahagia perasaan anda waktu itu. Ahah, anda ni. Sempat lagi bermain hypothesis ya!
Namun demikian, disebalik semua itu, wujud satu perasaan hairan  dalam diri anda. Pemandu teksi itu langsung tidak merapatkan teksi ke bahu jalan apatah lagi memperlahankan kenderaan. Anda berasa sedikit cuak, takut- takut pemandu teksi itu tidak sedar akan kewujudan anda.

Lantas anda menguatkan lagi lambaian tangan pada pemandu teksi itu dengan harapan dia sedar akan kewujudan anda. Namun, nyata firasat anda silap. Sebenarnya drebar teksi itu sudah pun melihat anda tapi apa yang berlaku…

Ppphhhhhheeeeeeuuuuwwww( bunyi kereta berlalu pantas)

Drebar teksi itu buat donno je lantas meninggalkan anda bersendirian di situ. Anda melenting. Kemudian menjerit memanggil teksi itu, sambil mengejarnya. Namun anda tahu semua itu sia- sia sahaja kerna teksi itu sudahpun jauh meninggalkan anda.  

Anda meraung, anda merintih, anda menangis. Semua perasaan bercampur baur dalam satu- satu masa. Kalau diikutkan hati mahu saja anda membaling batu dan bata kearah teksi itu. Iyalah, mana taknya, ada ke patut drebar teksi boleh tinggalkan diri anda bersendirian. Dah kalau kerja teksi tu memang kene ambil penumpang la kan? Ini tak. Boleh je dia buat biskut seolah- olah tiada orang kat situ. Kalau camtu, baik tak payah bawak teksi. Pergi cat teksi kau tu dengan  warna lain. Menyemak je aku tengok ada atas jalan raya ni. Apa kau ingat gaji kau sebulan tu dah banyak sangat sampai boleh biarkan customer terkapai- kapai di bahu jalan? At least berhenti la sekejap tanya nak pergi mana ke kalau dah malas sangat ambil customer. Ingat, kau tu drebar teksi, bukannya drebar lori nak buuat2 donno ni. Anda mengeluh habis. Wahhh, anda ni kalau stress, boleh tahan jugak ya ^^

Keadaan menjadi lebih parah apabila waktu itu, tiba- tiba sahaja hujan turun. Lebat pulak tuh. Anda tidak tahu dari mana datangnya hujan sebab petang tadi anda lihat langit cerah je. Hal ini membuatkan anda menjadi lebih gelabah dan semakin tidak keruan. Puas anda berfikir nak buat apa pada waktu itu. Semakin banyak fikir, semakin berserabut kepala otak. Dengan macam- macam kerja di rumah nk kene submit kat boss esok pagi lagi, nak kene masak lagi nak kene itu nak kene ini. Arggggghhhh!!

Anda..

Annnda

Anda!”

Andalusia binti Mokhtar! Bangunlah, dah sampai nih. Haish, tulah makan banyak sangat masa dinner tadi, sekarang tengok tidur tak ingat dunia. Ni hah, dah sampai rumah kau ni.

er er, kat mana ni? Kenapa tudung aku basah ni?” Andalusia terpinga- pinga. Mamai.

Ni kau dah sampai rumah kau la. Pi turun sekarang. Kau basah tu sebab aku percikkan air, susah sangat nak kejut kau. Adoila.

Ohh yeke. Tenkiu – tenkiu bebanyak” Andalusia berlalu pergi keluar dari kereta dengan perasaan malu sambil tersengih. La, aku bermimpi rupanya. Koff2* Senyum saja.


***

Pernah tak kita alami peristiwa seperti diatas? Mesti pernah bukan? Kita bersungguh- sungguh menahan teksi kemudian dia berlalu camtu je . Uish, panas..panas..

Tapi kan, sebelum panas kita bisa meleburkan logam, cuba kita relatekan pemandu teksi itu dengan diri kita. Ya, kita, da'ie.

Allah berfirman :

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." [Al- Baqarah : 30]

Sebenarnya sebelum kita diciptakan lagi kita telah dipilih oleh Allah untuk menjadi seorang 'pemandu teksi'. Tugas kita tidak lain tidak bukan adalah untuk membawa setiap jiwa jiwa manusia ke arah destinasi yang sebetulnya. Nah, cuba bagitau saya,  sekiranya kita bermalas- malasan untuk mengambil penumpang, apakah yang akan berlaku? Bukan setakat kita yang rugi kerana tidak mendapat 'wang' malahan orang ramai akan mulai benci dengan kita dan teksi yang kita bawa, membuatkan mereka semakin menjauh dengan kita.

Hal ini tidak seharusnya berlaku dalam konteks seorang pemandu teksi kerana dia harus sedar bahawasanya dia adalah pemandu teksi dan menjadi beban pada bahunya untuk membawa semua orang ke destinasi terakhir. Kalau terasa malas atau penat, calling- calling la drebar teksi yang lain. InshaAllah warung Pak Tam sentiasa dibuka untuk korang sembang- sembang kopi bersama. Jangan ingat yang anda sorang je kerja bawa teksi ni. Senyum nampak gigi.

3 comments:

Akh yang 'C' said...

wah..hebat article akhi nih..jd semangat utk saya cari lebih ramai 'passenger'..

tahniah akhi~

Anonymous said...

Mantap laa akh
Teruskan. (Y)

Ammar Hanapiah said...

syukran =D =D