[kredit] |
-BISMILLAH-
Pernah atau tidak suatu ketika kita mengalami satu perasaan
yang serba tidak kena. Fikiran kita bercelaru. Jumpa orang ni, rasa serabut.
Jumpa orang tu rasa hambar. Hambar giler, seolah-olah luput segala kenangan
manis sepanjang perkenalan antara kita dengan dia.
Pagi itu, kita mulakan hari dengan penuh duka. Turun sahaja
tangga, kita terjatuh. Lebam kot! Kemudian kita separa menjerit. Dan macam
biasalah, cover seolah-olah tiada apa yg berlaku. Selang sahaja beberapa
ketika, kita baru tersedar yang kita terlupa untuk membawa buku ke universiti
sebab tertinggal diatas meja. Study until late night punya pasal. Terpaksalah
patah balik ke rumah untuk ambil balik buku. Sudahlah jalan ke rumah
berbukit-bukau! Habis basah baju, mandi peluh punya pasal.
Tidak cukup dengan itu, dalam kelas kita dimarahi oleh
lecturer sebab terlupa silentkan phone. Boleh pulak masa tu kawan call, habis
bising satu kelas dengan bunyi ringtone phone kita. Ringtone rare plak tuh. Kita
berasa sangat malu dengan insiden itu. Semua orang dari setiap sudut memerhatikan
kita, tak tahu dah nak menyorok kat mana muka kita yang tak berapa nak hensem
ini.
Dan hari itu masa terus berlalu dengan datangnya masalah
yang bertubi – tubi. Kita menjadi tertekan, tertekan dan tertekan. Sehingga sampai
tahap kita mengharapkan agar segala masalah yang dihadapi itu adalah mimpi
semata-mata. Jesteru itu, kita mencubit lengan sekuat hati. Arghhhhh! Kita menjerit
sakit. Bukan mimpi. Hadoii, satu lagi masalah tambah kau.
Begitulah, semua orang pernah merasainya bukan? Ya ya,
memanglah bukan exactly the same tapi lebih kurang lah kan? Semua orang punya
kisah hitam, kelabu dan hijau masing- masing. Hakikatnya kita tahu tentang diri
kita. Kenyit mata.
Tahukah anda, disebalik semua itu, ianya adalah satu tanda
rahmat dan kasih sayang dari Allah?
Sebab Allah rindu dengan kita dia hadirkan perasaan
bercelaru supaya kita bisa pohon ketenangan hanya dari Dia.
Sebab Allah sayang dengan kitalah dia timbulkan pelbagai
masalah yang x jemu-jemu mendatangi kita supaya dengan itu kita boleh merintih padaNYA,
menyerahkan segala-galanya padaNya.
Dan sebab Allah caring kat kitalah dia wujudkan perasaan
hambar dalam persahabatan kita supaya kita dapat refresh dan perbaiki balik
cara kita berukhuwwah, meletakkan redha Allah sebagai asas dalam erti
persahabatan.
Ok cakap mudahlah kan? Nak buat…ha. Susah giler kot.
Ya, ianya akan menjadi susah giler selagimana kita tidak
mencubanya. Juga selagimana kita tidak meruntuhkan ego kita untuk merintih,
mengadu, memuhasabah, mengalirkan air mata kita dikala orang lain sedang lena
dalam tidur mereka.
"Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang"
[Ar-Ra'd : 28]
Okay banyak kali kita sudah kita dengar ayat ini bukan? Apa
guna dengar beribu kali sekiranya ayat ini tidak mendatangkan kesan pada
kehidupan seharian kita. Kan? Ayat- ayat chentaNYA yang dimuatkan dalam Al-quran
bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk kita gunakan sebaik mungkin untuk mendekatkan
diri kita kepadaNya.
Menangis, menangis dan menangislah, dan kita akan dapati
segalanya akan menjadi pulih inshaAllah.
Saya ada pernah menanyakan soalan kepada murabbi saya,
“Macam mana nak nangis ek?”
Dia menjawab, air mata itu datangnya dari hati. Kita perlu
merasainya dari lubuk yang paling dalam. Kehidupan kita ini terlalu banyak kita
peruntukkan untuk dunia. Pagi- pagi pergi ke kelas. Lepas tu balik rehat
sekejap. Petang bermain bola. Kemudian malam kita study. Tu pun kalau study
lah, tapi standard nya layan movie, game. kan.
Jesteru, bila je masa kita peruntukkan untuk Allah? Hanya di
masjid, dalam solat sahaja bukan? Sebab itulah adalah menjadi satu keperluan
bagi kita untuk mencuba sedaya mungkin untuk berbicara dengan Allah. Kita cuba
mengadu segala-galanya pada Allah, mengungkit dosa- dosa kita supaya dia bisa
mengampuni dosa kita.
Dari Abu Hurairah
radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah
pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:
1. Pemimpin yang adil.
2. Pemuda yang tumbuh di atas kebiasaan ‘ibadah kepada
Rabbnya.
3. Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid.
4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, sehingga
mereka tidak bertemu dan tidak juga berpisah kecuali kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang
mempunyai kedudukan lagi cantik lalu dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah’.
6. Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, hingga
tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
7. Orang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan sendiri
hingga kedua matanya basah kerana menangis.”
(HR Al-Bukhari no. 620 dan Muslim no. 1712)
Lihatlah betapa tingginya darjat orang yang menggugurkan air
mata kerana takut dan mengharap pada Allah. Ianya bukannya soal biasa-biasa.
Ianya soal tempat kita di padang mahsyar nanti, apakah kita bisa memperoleh
seat vip tatkala dihisab nanti, ataupun turut sama menjerit melolong meraih
simpati entah dari siapa dek tak tahan dengan teriknya api matahari (na’uzubulillahiminzaalik)
Sebab itulah ade orang kata, ‘Air mata itu bisa memandamkan
api neraka’ Kerana waktu kita menangis itulah puncak kepada penyerahan diri
kita kepada Allah. Dan waktu itulah Allah akan mendengar segala luahan kita
inshaAllah.
Jadiknya, bersyukurlah apabila Allah hadirkan perasaan down,
berkecamuk dalam perasaan kita kerana disebalik itu terdapat 1001 kenikmatan.
Sekiranya kita faham. Berapa ramai orang yang Allah biarkan mereka terus ayik
dengan kekayaan dunia sehingga mereka menjadi lalai dan leka lalu mengakibatkan
mereka ditimpakan azab yang pedih di akhirat nanti.
Semoga. Kita tidak termasuk dalam golongan itu.
3 comments:
Teruskan akh.
Moga Allah redha.
(y) inshaAllah. =DD
Masha Allah
Diam diam berbisi
Post a Comment