[kredit] |
Dear Mr Blog, salam.
Haritu aku ada terbaca post kawan kat facebook yg bunyi nye
cenggini haa,
“Apa tanda saya futur?
Waktu semangat saya rajin membaca dan menulis. Waktu futur
pun saya rajin membaca dan menulis. Cuma bezanya, waktu futur saya rajin
membaca dan menulis tapi malas beramal dan berkerja. Ya waktu itu membaca dan
menulis itu jahiliah saya.”
Pergh, deep.
Jujur, bila terbaca ini je terus sahaja teringat kat kau.
Futur,
Pada perkataan itu aku kira ada banyak persamaan dengan kau.
Yang bukannya masalah kau, tapi masalah aku.
Betapa engkau telah menjadi saksi akan 40 ribu patah
perkataan yang aku taip pada engkau. Ya, mungkin banyak, mungkin sikit. Tapi
pointnya sejauh mana aku amalkan kesemua
perkataan tuh. Nanges.
Aku tak tahu samada apa yang aku buat selama ini benar2
ikhlas dan diredaiNya. Sumpah kadang2 terasa macam, “Betul ke aku nak tulis
pasal mende ni, betul ke aku nak kasi orang lain baca ni” . Sebabnya apa? Sebabnya
setiap perkataan yang ditulis itu boleh jadi akan menjadi saksi akan
ketidakikhlasan aku dalam melakukan sesuatu.
Sangat berat kan?
Ada orang kata, susah nak jumpa orang yang konsisten dalam
menulis. Kalau ada pun mungkin sahaja figura2 yang hebat sahaja seperti APG,
Inspektor Saahab, ABS dan lain2 lah kan. Ya betullah tu, tapi kau tahu apa lagi
jenis manusia yang lagi susah nak jumpa, itulah orang yang amalkan apa yang dia
tulis. Pergh.
Begitulah, kadang2 bukannya aku malas nak menulis, tapi aku
takut, hati aku berbolak- balik, sentiasa muhasabah agar aku ikhlas dalam
menulis.
Entahlah, aku pun tak tahu aku tulis apa ni, doakanlah aku
agar bisa thabat. Ya?
Yang benar,
Insan yang teringin benar lari jauh2 dari futur, inshaAllah.
Dear Tuan blog, wassalam.
Sebab tu lah jaga hati tu penting kan? Tetibe.
Pernah terbaca tak kisah sahabat yang sangat perkasa di
medan perang. Qotzman namanya. Ketangkasannya mendahului segala, kekuatannya
menggerunkan setiap sosok tubuh musyrik yang berada di medan perang itu. Hebat,
dahsyat, hari itu kekuatannya luar biasa! Nyata dia telah menjadi buah mulut
setiap orang islam yang melihatnya.
Sehinggalah satu ketika Qotzman gugur meninggal dunia.
Tika itu, ramai lah sahabat yang memuji kehebatannya,
“Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi
kehebatan Qotzman!” Kata seorang sahabat yang lain.
Namun begitu, tahu apa jawapan Rasulullah?
"Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.”
Ringkas sahaja.
Pergh terkejut kemain sahabat yang mendengarkan itu,
bagaimana mungkin pahlawan islam yang sangat gagah perkasa ditempatkan dalam
neraka? Ini pelik ni, serious pelik. Para sahabat berpandangan antara satu sama
lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya
tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata,
"Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang
bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak
musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan
pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya.
Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."
"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak
tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati
bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri.
Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk
syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman
ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi
hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh
kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau
tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Kredit Mr google dan ditukar sikit lenggok bahasa agar kena
dengan style aku, eh.
So acaner? Begitulah kan, kadang2 kita futur bukannya sebab
apa, kita malas nak amalkan apa yang kita tulis bukannya sebab apa, hanya sebab
niat, ya niat. Asas perkara dalam melakukan setiap perkara.
Macam dalam kisah kat atas tu lah, sangat hebat dalam
berjihad, bukan senang mampu menggerunkan musuh dengan kekuatan yang luar biasa
sehingga menjadi buah mulut orang ramai bukan? Tapi akhirnya dia tersungkur
ending yang agak tragis, hanya kerana niat yang dia setting awal2. Hmm.
Mungkin kau sebelum ini menulis untuk dapatkan followers
yang ramai, mahu menjadi seperti Apg dan lain2 agar mudah lah nak sebarkan
islam gittuuh. Kononlah kan?
Mungkin jugak sebelum ini kau menulis untuk tunjuk ayat
siapa yang paling smart, paling tersusun paling sempoi dan sebagainya.
Mungkin jugak kau tulis untuk tunjuk yang kau ni sangat
konsisten dalam melakukan sesuatu, ya akulah paling hebat dan sebagainya.
Ataupun mungkin kau tulis sekadar nak puaskan hati kau
sahaja, isi masa lapang gitu tanpa menyedari bahwa setiap apa yang kau tulis
itu akan dipersoalkan kelak.
Dan mungkin ........ (kau isi sendiri lah ya!)
Hakikatnya, hati kita kawal segala,
Biarlah tak dikenali orang,
Biarlah tiada orang pun yang membaca apa yang kita tulis,
Biarlah orang nak kata apa pasal kita,
Menulislah dengan harapan Allah akan ‘membaca’ dan menjadi
asbab diredhai olehnya.
Berdoalah agar segala ilham dan idea yang tersimpan dalam
otak kau itu dapat diluahkan dengan sebaiknya, agar benar2 bermanfaat untuk
ummah,
Kau jugak kata kau untuk ummah kan? Ohoi!!
Ok lah jumpa lagi dalam sesi akan datang. Bai
Yang benar,
Yang sentiasa doakan kau sentiasa istiqamah. XD gedik gile.
No comments:
Post a Comment