[kredit] |
-BISMILLAH-
Perasan atau tak, ada banyak perkara dalam dunia ini yang
berubah ataupun bertukar dengan kadar yang kecil sahaja, tapi impak yang
diberikan sangatlah besar. Ya, sepertinya kena sahaja dengan tajuk, elasticity.
Kalau kita belajar ekonomi, elasticity ni tak boleh terpisah sebenarnya konsep
dan aplikasi yang diterapkan dalam ilmu ekonomi secara umumnya.
Ha, apekemende elasticity tu ya.
Entahlah. Eh. Jap belek buku.
Begini. Katakan ada barang yang sifatnya elastic, bila turun
sahaja harga barang tu, maka secara automatik ramai orang berlumba- lumba untuk
membelinya, bahkan sanggup menghabiskan duit yang banyak dek kerana begitu
teruja dengan kadar penurunan harga barang itu. Tak banyak pun turun harganya,
tapi kerana daya ‘elasticity’nya yang begitu dahsyat, ianya menyebabkan orang
tak senang duduk dan berlumba- lumba untuk membelinya.
Ok sikit lagi nak faham kan?
Contohnya lah kan, ada 2 syarikat penerbangan (A dan B) yang
menawarkan tiket pulang dari UK ke Kuala Lumpur. 2-2 syarikat ni sangat gempak,
servisnya tersangatlah mantap. Dan harga yang ditawarkan lebih kurang sama
sahaja. Hal ini menyebabkan para pelajar yang menuntut ilmu disana yang ingin
pulang ke Malaysia ber’pecah’ kepada dua pilihan samada syarikat A ataupun
syarikat B.
Tiba2, syarikat B membuat promosi penurunan harga tiket
sebanyak 20 Euro. Haa, apa lagi, kesemua pelajar terus sahaja tanpa berfikir
panjang beralih ke syarikat B tanpa tengok pon kat syarikat A tadi, kerana apa?
Kerana harga yang lebih murah, iya walaupun hanya murah 20 euro.
Haa, macam mana? Faham ke.
“Err, faham je kot. Gua bukan tak belajar mende ni semua.
So, ape kaitannya, nk cerita apa ni?”
Aha, sebenarnya dalam kehidupan seharian kita, banyak benda
berlaku yang pada pandangan kita kecil dan remeh sahaja tetapi memberi makna
yang begitu besar dan mendalam sekali.
Pernah tak kita tengok ada orang terasa gila2 dengan kata2
kita sehingga dia merajok dah macam apa, padahal bagi kita takdelah tajam dan
pedas sangat kata- kata kita tuh. Macam cakap, “Weih tak pergi solat subuh kat
masjid ke pagi tadi?” Eh tak2.
Ataupun pernah tak kita berpuasa pada suatu hari tu tapi
perasaannya seolah-olah tak berpuasa lantaran segar bugar seperti hari2 yang
biasa, walhal kita sahur makan kurma 2 biji je.
Atau tika kita main futsal, kita menendang bola dengan daya
kekuatan yang sedikit sahaja tetapi mampu mencetuskan kepaduan pergerakan bola
umpama sepakan freekick Roberto Carlos sehingga bola itu menerjah jaring gol
lawan dengan bergaya sekali.
Atau masa kita tolong orang, pastu orang itu begitu
bersungguh mengucapkan terima kasih kat kita sehingga sanggup jemput kita masuk
rumah dan sediakan sirap bandung ais nak2 lagi waktu tu tengah terik cahaya
matahari perghh, padahal bagi kita biasa2 je pun ‘pertolongan’ kita tu.
Dan sebagainyalah. Bagaimana? Pernah bukan
Ha begitulah jugak sebenarnya dalam konteks kita sebagai
manusia yang mengabdikan diri sepenuhnya pada Allah. Betapa kadang2 amal kita
yang sedikit mampu meningkatkan darjat kita jauh tinggi biznillah. Juga tak
kurang dosa kita yang kita rasakan ‘kecil’ itu mampu membuatkan kita jauh dari
mendapat rahmat dan kasih sayang Allah nauzubillah.
Tika artikel ini ditulis, saya teringat dan terngiang2 kisah
popular 2 orang pemuda yang sorang itu kaki maksiat dan seorang lagi ahli
ibadah. Bagaimana sedikit sahaja ‘twist’ perubahan yang dibuat oleh mereka
telah menyebabkan perubahan drastik dalam penghabisan riwayat kisah hidup
mereka.
Pada suatu malam si ahli ibadah yang sepanjang masa siang
dan malam berzikir dan mengingati Allah itu tiba2 terdetik untuk membuat
maksiat, nak try lah kot camne rasanya nak buat maksiat dengan harapan kononnya
boleh bertaubat balik lah, dan at the same time seorang lagi pemuda yang saban
hari sebelumnya hidupnya bergelumang dengan maksiat dan dosa tiba2 terdetik
untuk bertaubat, memohon ampun dari Allah akan dosa- dosanya yang sebelum ini.
Kemudian mereka pergilah ke tempat yang sepatutnya mereka pergi, sorang ke
masjid dan sorang lagi ke pusat maksiat.
Kemudian nak dijadikan cerita, pada malam itu jugak berlaku
satu bencana alam yang sangat dahsyat sehingga meroboh dan menghancurkan
bangunan2 yang ada di kota itu, termasuklah masjid dan pusat maksiat itu tadi. Dan
banyaklah manusia yang bergelimpangan meninggal dunia dek ‘bencana’ itu.
Dan mereka2 yang masih hidup alhamdulillah ini dapat jangka
lah kan siapa yang mati di pusat maksiat dan siapa yang meninggal di masjid. Namun,
alangkah terkejut nye dorang bila tengok lelaki yang selalu bergelumang dengan
maksiat ini mati dalam keadaan yang sangat mulia dalam masjid dan pada masa
yang sama si ahli ibadah pulak mati dalam keadaan yang sangat hina di pusat
maksiat, Allahuakbar.
Begitulah. Dalam kehidupan seharian kita, usah kita menjadi
manusia yang sombong dengan memandang remeh segenap aspek perkara.
Boleh jadi amal kita yang kutip plastik eskem itulah yang
menjadi asbab kita ke syurga.
Boleh jadi duit seposen yang kita sedekahkan buat orang
miskin di pasar itulah yang menyebabkan kita bahagia menikmati kehidupan di
akhirat sana.
Juga boleh jadi sedikit perasaan riya’ sedikit sahaja (macam
rasa wow hebat gak aku dpt full mark) menyebabkan kita merana dengan azab
neraka, nauzubulillah2. Moga Allah jauhkan.
Kerna kita tak tahu amal mana yang benar2 ‘elastic’. Kaitan
2 comments:
Kiranya elastic tu macam memberi kesan laa eh. kan kan ?
ye la kot huhu..
Post a Comment