[kredit] |
Dear Mr Blog, Salam.
Jujur kat atas tu nampak macam surat ni aku nak tulis BI,
tapi tak, aku bangga dengan bahasa Malaysia aku. Eh.
Dahulunya, kita pernah bersama- sama pagi dan malam,
menghadap antara satu sama lain, bersengkang mata.
Aku tak penat melayan karenah kau, sanggup tidur lewat malam
demi kau.
Dan kau tak penat2 bersedia utk dikarang, ditulis, ditaip
dengan pelbagai madah kata.
Dahulunya, (xdelah dulu sgt sebenarnya, berapa minggu je pon)
diwaktu masa lapang aku selalu memikirkan kau, agar aku dapat menggunakan kau
dengan sebaiknya, mengukir kata- kata buat ‘consumer’ di luar sana.
Dan kau juga sentiasa terbuka hati menerima insan yang
bergelar aku ini. Tak kira masa, tak kira tempat, pada laptop mahupun
smartphone, engkau sedia berbakti pada aku.
Pernah sekali itu, pada kemuncak ikatan ukhuwwah kita, aku
siapkan 3 post dalam masa satu hari dan post pada hari itu jugak, sumpah aku
bangga dengan kau, Mekasehhh.
Namun, kini semua kenangan manis kita seakan terhakis.
Mungkin aku sangat sibuk, bertimbun- timbun kerja menghempap bahu aku, penat
serious penat. Dan mungkin juga exam yang nak datang kejap je lagi. Dan banyak
benda lagi yang belum dibereskan. Aku
dan kau tidak lagi mesra seperti dahulu, Kau dengan hidup kau, aku dengan hidup
aku. Lama sudah jari jemari ini tak menari pada keyboard. Adehh.
Ok kenapa macam terabur je ayat aku ni, layan je la ye!
Bukan aku tak rindu zaman kenangan manis kita dahulu,
serious rindu. Cumanya, aku tak pasti samada hubungan baik kita bakal tamat
sampai kat sini sahaja ataupun bakal pulih semula suatu hari nanti. Doakanlah
apa yang terbaik buat hubungan kita,
Yang benar,
Tuan Blog.
***
Dear Tuan Blog, Wassalam.
Firstly kau tak yah nak panggil aku Mr sangat lah kan, aku
ni bukannya orang, blog je pun ekeke.
*Refresh tekan f5*
Ehmm, sejujurnya aku pun perasan saja yang hubungan kita
yang sekarang bukanlah sebagaimana hubungan kita yang dahulu(Sekali lagi, bkn
dulu sgt pon) Dan aku agak terasa terkilan sedikitlah dengan apa yang kau buat
kat aku, lama aku tunggu siang dan malam, tak terkeluar pon post mahupun
cerita2 kau, kadang2, kalau kau nak tahu, mengalir air mata pada pipi aku(ok
kau xyah imagine mcm mne rupa bentuk pipi aku) mengenangkan kisah silam kita,
sehinggakan aku tertanya- tanya kau pergi kemana selama ni??!!
Ceyh takdelah, gurau2.
Aku okay saja, aku faham dengan komitmen yang kau tunjukkan
tu, bukannya kau buat perkara yang tak berfaedah, inshaAllah aku yakin kalau
kau ikhlas dan bersungguh, kau akan dapat ganjaran di sisiNya. Kau jugak kata
kan, kalau orang busy ni untung sebab tendency utk buat maksiat tu berkurang
bukan? Maka bersyukurlah.
Macam nilah, kau tak perlu rasa bersalah dengan aku. Kau tak
perlu nak bersedih- sedih sangat, buruk bebenor aku bayangkan kau menangis, nasib
baek aku takde mata, keh2.
Kalau kau rasa aku adalah wasilah terbesar utk kau tegakkan
islam di muka bumi, makanya ketahuilah bahawa kau telah silap. Sebenarnya kau
tak perlukan aku pon untuk sampaikan dakwah, cukuplah sekadar engkau cukupkan tanggungjawab
kau yang 2 itu. Aku hanyalah tukang support gitu jah.
Teruslah kuat semangat, semangat dalam apa jua hal, aku
yakin semangat itu akan datang kembali semula.
Dan jangan lupa, kunci utama kekuatan adalah pada saat
sentuhan dahi pada lantai dikala insan lain sedang seronok menikmati lembutnya
katil.
Maafkan aku, kalau aku tak bisa menjadi peneman terbaik kau,
kalau kau rasa aku tak cocok ngan kau, lepas ni kau bolehla try Wordpress atau
tumblr atau laman web ke. Ngeh, ayat ngajuk lah konon.
Dahlah, sori kacau masa kau, semoga baek2 saja!
Yang benar,
Mr Blog yang marhaen.
2 comments:
sedih... terharunya baca kisah entum berdua.. hehe
kan? haha
Post a Comment