[kredit] |
-BISMILLAH-
Saya berikan anda satu nama. Yang pasti nama insan ini akan
membuatkan anda tak senang duduk. Anda akan berasa sedikit panas, lalu
membuatkan anda bagaikan mahu bangun sedikit dan berjalan mundar- mandir bagi
menghilang rasa panas itu. Arakian setelah itu, anda masih lagi tidak tenang
kerana anda sangat kenal akan insan itu, yang mana namanya itu telah terpahat
dalam minda anda sebagai seorang yang sangat jahat dan tak berperikemanusiaan.
Setiap kisah hidupnya membuatkan anda berasa sangat geram akan dirinya, lantas
mempersoalkan,
“Ada jugak eh orang
macam ni kat dunia nii!?”
Wah2, emosi jugak. Eh.
Baiklah, siapakah gerangan nama itu? Namanya start dari
huruf A dan berakhir dengan huruf i. Ahah! Cepat2 teka.
Itulah Abdullah bin Ubai.
Bagaimana? Sedikit sakit hati bukan pabila mendengar
namanya? Ok sebelum apa2 baiklah kita pergi selusuri kisah dia ni lantas
membuatkan kita terasa sedikit tenteram jiwa raga kita. Ohoi
Dia ni sangat terkenal oleh kita sebagai ketua munafiq. Tak
dapat dipastikan samada pada zaman nabi orang tahukan itu ataupun tidak. Tapi
kisah pengkhianatan yang dia tunjukkan pada Rasulullah dan para sahabat amatlah
dahsyat nilainya sehinggakan disebutkan kisah munafiq dalam al-quran.
Dan episod tembelangnya disngkap ketika perang uhud.
Dalam rujukan Sirah Ibnu Hisham menceritakan, sebelum
peristiwa Uhud berlaku, Rasulullah S.A.W telah bermimpi melihat lembu
disembelih, mata pedangnya sumbing kemudian tajam semula. Mimpi tersebut
ditakwilkan sebagaimana berikut, "Lembu yang disembelih menandakan ada
beberapa orang Sahabat Baginda yang terkorban syahid; Mata pedang sumbing
menandakan kekalahan akan berlaku, namun selepas kekalahan tersebut akan
mengundang kemenangan yang lebih besar." - Riwayat Muslim
Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah telah diberikan
petanda daripada Allah mengenai peperangan Uhud tersebut, lalu Baginda meminta
para sahabat memberikan pendapat masing-masing dengan melakukan musyawarah sama
ada mahu bertahan di Madinah atau bertempur di luar Madinah.
Rasulullah pon
mengusulkan kepada para sahabatnya agar tak pergi ke medan Uhud dan duduk diam
berkubu sahaja kat Madinah. Apa lagi, kemaen happylah Abdullah bin Ubai pabila
mendengarkan itu, lantas menyuarakan
bahawa dia bersependapat dengan cadangan Baginda. Sebab apa? Sebab dia takut.
Takut untuk keluar berjihad berperang dengan golongan musyrik, atau dengan kata
lain, pengecut.
Akan tetapi para
sahabat yang terdiri dari anak muda tidak bersetuju, dan bersungguh-sungguh
mahu berjihad di luar Madinah. Melihat pendapat para Sahabat yang rata-ratanya
mahu berperang di luar Madinah, Rasulullah akhirnya menarik balik kata2nya pada
awal tadi dan memutuskan untuk bertempur kat luar kota madinah.
Baginda memakai kelengkapan perang sambil di pinggangnya
disarungkan pedang, sementara itu para sahabat tiba-tiba muncul perasaan
menyesal dan serba salah kerana keputusan mereka telah menyebabkan Rasulullah
keluar ke medan Uhud. Padahal Rasulullah yang meminta mereka agar bertahan
sahaja di Madinah. Menyedari keterlanjuran tersebut, kaum Muslimin yang terdiri
dari Muhajirin dan Ansar berkata kepada Rasulullah S.A.W, "Wahai
Rasulullah, kami tidak akan menyalahkanmu. Lakukanlah apa yang Tuan kehendaki.
Jika Tuan ingin menetap di Madinah, lakukanlah."
Tapi Rasulullah bukanlah jenis orang yang BOB(baca: buat
orang rasa bersalah). Dengan tegas Rasulullah S.A.W menjawab, "Seorang
Nabi, jika sudah memakai baju besi, maka tidak patut dia menanggalkannya semula
sehingga Allah memberikan keputusan antara Dia dan musuh-Nya."
Keputusan Para Sahabat untuk bertempur di luar Madinah
bukanlah lahir dari sikap melawan terhadap keputusan Baginda S.A.W, tetapi
lahir dari semangat jihad yang membara. Oleh kerana itu, keputusan Rasulullah
S.A.W telah bulat dan sepakat menerima keputusan musyawarah yang berpihak
kepada para sahabat. Mereka sama-sama keluar bertempur, medannya di bukit Uhud.
Inilah keputusan bersama, apapun hasilnya juga menjadi tanggungjawab bersama.
Kemudian nak dipendekkan cerita, perang pon bermula. Perang
punye perang, akhirnya seperti yang sudah kita maklum, umat islam menghadapi
kesusahan yang dahsyat sehinggakan menjatuhkan sedikit moral tentera islam
waktu itu. Keadaan bertambah parah pabila rasulullah sendiri menghadapi
kecederaan. Lalu, mereka terpaksa menerima hakikat kekalahan peperangan
walaupun pada awalnya sonsong kemenangan itu seakan terpancar pada awalnya.
Balik je madinah, habis di BOB tentera uhud oleh golongan
munafiq yang diketuai oleh Abdullah bin ubai ini.
“Tula, sapa suruh pergi perang kan dah kalah”
“Orang suruh dengar cakap aku tak nak, kan dah malu..buuuu”
“Duduk diam je la kat dalam madinah ni haa, bukan aku tak
cakap, aku cakap!!”
Begitulah kot lagaknya nada keperlian mereka terhadap
tentera muslim waktu itu. Padahal mereka jugak yang mengkhianat umat islam
dengan membawa pulang ratusan tentera ke madinah waktu umat islam ramai2 menuju
ke medan uhud itu. Adoi pening2.
Bermula dari itu, kisah2nya yang disingkap banyak
menceritakan akan perihal ketidakpuas hatian dan siri pengkhianatan dia pada dakwah
dan perjuangan Rasulullah. Yelah, maunafiqq kannn.
Namun, tahu apa berlaku waktu akhir hidup dia? Atau dengan
kata ringkas waktu hari kematian dia? Haa.
Waktu itu bulan Zulkaedah. Anak lelaki Abdullah bi Ubai,
yang bernama Abdullah bin Abdullah bin Ubai datang menemui Rasulullah , meminta
salah satu kain Rasulullah untuk dijadikan sebagai kafan bagi ayahnya. Dan
Rasulullah mengabulkan permintaan itu dan memberikan kainnya kepada Abdullah untuk
menjadi kafan bagi jenazah ayahnya.
Kemudian dia juga meminta agar Rasulullah datang menyempurnakan sembahyang jenazah buat
ayahnya. Makanya Rasulullah pon datanglah untuk mensolatkan jenazah itu.
Ketika Rasulullah berdiri hendak memulakan solat, tetibe
Umar bin Khattab menarik baju baginda dari belakang dan berkata:
“Wahai
Rasulullah, Engkau akan solat untuk jenazah musuh kau sendiri? Masih ingatkah kau bahwa dia pernah
menfitnah dan menyebarkan berita dusta tentang Aisyah dan keluarga kau yang
tercinta, dia juga yang menghasut
golongan Ansar untuk tidak membantu golongan Muhajirin agar mereka keluar dari
kota ini? Juga dia lah yang mengolok-olokkan Allah, kitab, rasulnya, serta mendirikan
masjid Dhirar? Ingatlah bahawa dialah yang bertanggungjawab membocorkan rahsia
pada musuh dan mengkhianat waktu perang?
Satu persatu keburukan Abdullah bin Ubai diungkit oleh Umar,
geram, marah.
Mendengar pertuturan Umar, baginda hanya tersenyum. Kemudian
membalas,
“Sesungguhnya Allah
SWT memberikan kepadaku dua pilihan samada memohonkan ampun bagi mereka atau
tidak.
“(Orang-orang munafik itu) sama sahaja engkau meminta ampun
untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai
Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah
tidak sekali-kali mengampunkan mereka; yang demikian itu, kerana mereka telah
kufur kepada Allah dan RasulNya; dan Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk
kepada kaum yang fasik.”
[At- Taubah : 80]
Kemudian, kemuncak bagi perjalanan artikel ini, tahu apa
Rasulullah sambung?
“Seandainya aku tahu bahwa jika aku memohon ampunan lebih
dari 70 kali(lebih dari kadar yang disebutkan Allah dalam Al-quran) mampu
membuatkan Allah mengampuninya, maka pasti sahaja akan ku lakukan nya.”
Pergh padu. Zuppp.
Dan rasulullah pon solatkan jenazah, dan menyempurnakan hak2
jenazah yang belum terlaksana..
MashaAllah, jujur sekali imbas baca kisah ini, rasa macam
kalau Abdullah bin Ubai si munafiq pon Rasulullah boleh minta untuk diampuni,
siapa kita untuk tidak memaafkan orang lain kan?
Ya, tahap kesabaran dan kasih sayang kita memang lah tak
tersampai tahap rasulullah, tapi orang yang kita terasa hati/tak suka/kita
benci dan sebagainya tidaklah seteruk dan sehina Abdullah bin Ubai kan?
Haaaaaa. Sekian. Nak study plak. eh
No comments:
Post a Comment