Oh indahnya |
-BISMILLAH-
Saban hari
aku melihat dunia dari sudut pandang kaca mata aku. Tiada apa yang indah lagi.
Semuanya benar- benar menganggu gugah perasaan dan jiwaku. Detik demi detik,
hari demi hari, bulan demi bulan, terus berlalu. Berlalu tanpa seri lagi cahaya
indah sang pelangi. Jika ada pun, hanya pada zahirnya sahaja, pada pokok
pangkalnya..tidak.
Aku
merenung dan terus merenung. Memerhatikan awan berlalu gerak meninggalkan
sempadan kawasan halaman rumahku. Melihat burung- burung berkicauan nan merdu
dan indah, mempesonakan. Lantas, terbang ke serata arah bagi mencari makanan,
seperti biasa. Tidak hilang juga dari tatap pandanganku kanak- kanak riang
ceria bermain jongkang jongket di Taman permainan, hanya lebih kurang 250 meter
daripada kerusi yang ku duduki ini.