Pages

Monday, 22 April 2013

Bas itu - Bahagian II


Langit suram.

-BISMILLAH-

Kali ni aku hendak bawakan anda anda semua sambungan bagi Post Sebelum ni . Boleh jadi post ni merupakan episode terakhir daripada keseluruhan cerita, dan boleh jadi juga post ni hanyalah merupakan episode 2 daripada 15 episod keseluruhannya! (cewah, beriya).

Apa apa pun, sungguh bukanlah jalan cerita yang menarik dan “whoooaaaa!” yang ingin aku tunjukkan dan zahirkan kepada anda semua, kerna aku ini hanyalah siapa jika hendak dibandingkan dengan penulis2 hebat di luar sana. Bagai langit dengan bumi, eh tak tak, bagai bulan dengan matahari, kerna langit masih boleh disampai dan dikecapi dengan menaiki kapal terbang, manakala matahari mustahil untuk tercapai. Haaa~ camtu.

Namun, yang lebih penting dan mustahak, ibrah atau pengajaran itulah yang menjadi keutamaan dan kepentingan untuk diri- diri anda, dan aku juga. Betapa rugilah sekiranya agak2 dalam 5 minit anda membaca cerita ini, apa yang hadir dalam diri anda hanyalah perasaan suspens(mcm ade je), lucu, muram, menangis(ni takleh bla), gelak ketawa dan bermacam bagi contoh lain lah, padahal dengan 5 minit itu anda boleh berbuat macam2 lagi perkara yang berfaedah!

Eh, tak.. aku sama sekali tidak menyuruh anda tutup blog ni, apatah lagi turn off computer. Cumanya pastikanlah setiap apa yang dilakukan itu bermanfaat dan berfaedah buat diri kita semua. Cukuplah sedikit sekiranya anda tidak merasakan ianya tidak mampu memberikan manfaat yang banyak kepada anda. Boleh…..ke?

Ok, jom sambung cerita balik (woooohhhhhooo!~) :
Kemudian sang pasangan beradik, Azizi dan Halimi pun turunlah bas. Lalu di Terminal Bas serba sederhana busy itu pun mereka mencari tandas awam. Tak lama pun diaorang cari sebab terpampang besar arah untuk ke tandas, Yelah, rasenya kat Malaysia ni takde kut masalah nak cari tempat tandas. Ke ade? Entah.
Btw, setelah mereka jumpe tandas awam dan bagikan duit singgit (RM 1/=) untuk dua orang, mereka pun masuk tandas.

5 minit kemudian, agak- agak dalam pukul 9.13 malam, Pabila Azizi tengok malam cam  masih muda- mudi,dia pun merasakan ada baiknya kalau singgah kat warung mamak dulu kejap. Yela bukan la lama sangat pun, 5-10 minit jadiklah.

Mi(panggilan untuk sang adik, halimi..baik x nama? haha), Rasenye kita pekena teh tarik 4 rase dulu la kot, alang- alang dah kat sini ni..ke hang nak masuk bas tros? (loghat perlis-kedah skit) ” Cadang Azizi kepada adiknya sambil tengok jam casio miliknya.

hmm, ok la jugak..Lagipun tekak ni dah kering sangat nih..tapi ” Balas Halimi, sedikit ragu- ragu.

Alah, takpe je..pemandu bas tu takkan ke mana punye..takkanlah dia nak tinggalkan kita dua orang kat tengah- tengah terminal ni..kita bayar kot” Azizi balas selamba..

Hmm, oklah kalau mcm tu, hang pun dah cakap camtu, aku ikot je hang

ok jom! Tapi hang belanja lah kan? hoho

Amboih! Banyak cantik” Halimi menggeleng.

Haha, cuak lettew. Gurau jah~

Lantas, tanpa memikirkan lagi hal 36 passengers bas yang lain (kalau campur driver dan pembantu, 38 lah), mereka dengan selambanya memanjang kan masa dengan pekena air teh 4 rasa dan roti canai telur mata kerbau, walhal tak salah kalau diaorang sabar sikit dulu sebab tempoh perjalanan ke rumah mereka agak- agak dalam sejam setengah sahaja lagi.

Dalam keriuhan mereka berdua bersembang kencang berapi, berair dan bertanah jajahan, tanpa mereka sedari, Azfar sang pemandu berdetik untuk meninggalkan mereka di terminal bas tersebut. Iyalah, sape tak panas kalau tengok penumpang bas sesuka hatinya melepak di warung pekene teh dulu.

kurang ajar budak dua orang ni!” Azfar mengeluh dalam hatinya, rentak ala- ala Awi gitu. Kemudian dia melepaskan handbrake dan segera meninggalkan mereka berdua.

Setelah membayar untuk air dan makanan, dengan tanpa berasa ragu- ragu sedikitpun, Azizi dan Halimi berangkat ke tempat bas yang mereka menaiki tadi . Terkejut kemain diaorang tatkala mendapati bahwa bas yang mereka sudah tiada!

Itulah hang, aku dah khabaq mai kat hang tadi, tp hang xnak dengaq! Kan bas dah tinggalkan kita!” Halimi mula naik angin, panas. (walaupun dah minum air tadi)

hang bawak bersabar boleh? kan hang ade pegang henpon kita tuh, call lah ummi suruh amek

yelah, tapi beg2 dalam bas tu camne? Takkan nak biar je dalam tu..kalau hilang camne?” Halimi bertanya sambil cuba mencari henpon di dalam poket seluarnya.

takpe call lah dulu

eh eh, alamak, henpon tertinggal kat dalam bas la bang

Laa hang ni, ade henpon letak jela dalam poket, xyah nak keluarkan..haish, baik tak payah ade henpon kalau macam tu..membazir!

Amboi, sedap nye mulut hang berbasa- basi, kalau tak sebab hang, dah lame dah kita ade dalam bas di bawah naungan air- conditioner yang sungguh nyaman lagi mendamaikan..Hang lah ni, adeke patut pi ajak minum- minum dulu, abang bas tu kan dah suruh kita cepat skit tadi.

Habes yang hang pi setuju tu kenapa?

Ah takde2, semua skali salah hang!

Begitulah keadaan dua- dua anak jantan nih. Saling marah- memarah, menyalahkan orang lain dan tak puas hati sudah semestinya. Mana tidaknya, siapa yang tidak rase tension kalau ditinggalkan bas. Hanya anda- anda yang sudah mengalami pengalaman ditinggalkan bas sahaja yang pastinya dapat menyelami perasaan Halimi dan Azizi itu.

Tidak kurang lama juga mereka berhujah kemain semangat, pertahankan diri sendiri. Walaupun hubungan mereka sebelum ini amat- teramatlah rapat, dek kerana peristiwa ini menyebabkan hubungan mereka sedikit renggang. Yalah, manusia kan? Pabila emosi tidak dikawal dengan baik, berjuta-macam perkara boleh berlaku.

Walaubagaimanapun, orang kata, air paip dan air terjun yang dicincang tidak kan putus. Begitulah situasi yang berlaku pada mereka. Lebih kurang 45 minit selepas peristiwa tersebut, akhirnya mereka kembali berbaik- baik. Yalah, buat pe nak gaduh kalau tahu yang gaduh tu takkan dapat sama sekali selesaikan masalah.

Setelah bermaaf- maafan dan bersalam- salaman, mereka memutuskan untuk tidur semalaman di situ, sementara menunggu hari esok sebab tiket ke kawasan rumah mereka telahpun habis dijual pada malam itu. Sedih memanglah sedih. Ditambah lagi dengan ketiadaan sweater/ jaket yang tertinggal dalam bas, mereka terpaksa tidur dengan pakaian nipis berlengan pendek dan terpaksa bertarung dengan suhu sejuk mencucuk ubun- ubun kulit mereka disebabkan malam itu hujan lebat dan angin yang agak kencang.

Namun, mereka terima semua ujian tersebut dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Apalah sangat “penderitaan” mereka kalau nak dibandingkan dengan deritanya sang mujahid di Gaza dan alhero di Syria. Berapa degree sejuklah sangat kat mesia(Malaysia) kalau nak dibandingkan kat Negara- Negara islam yang ditindas yang mana kadang kala boleh mencecah negative-an degree! Pergh, sejuk tu. Wahai!

Sebelum tidur, mereka mengambil masa untuk duduk berdua, face to face, untuk mengmuhasabah diri. Cukuplah peristiwa ini mampu untuk menyedarkan diri mereka untuk kembali kepada fitrah bahawa hidup ini hanyalah sementara, manakala akhirat itulah sasaran dan matlamat sebenar.

Setelah bertadarus bersama- sama membaca surah Al- Mulk, Sang abang membuka surah Al- Baqarah ayat 214, dengan penuh perasaan hiba, dia membaca sambil air mata perlahan keluar dari matanya.

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat."

Bertambah sayulah mereka berdua tatkala mendengar ayat tersebut, mana tidaknya, Rasul- rasul pada zaman dahulu berjuang dan berpenat-lelah dah macam tahap apa, tetapi mereka apabila sedikit sahaja diuji dengan peristiwa tadi, sudah mahu naik melenting, hilang sabar, salahkan orang lain dan bermacam bagai.

Tiadalah yang keluar dari mulut mereka melainkan memohon ampun dan meminta taubat dari Allah yang Maha Esa. Sungguh, peristiwa tadi benar- benar menggugahkan hati mereka. Entah kenapa, aneh. Kemudian, mereka tidur dengan aman.

Keesokan pagi harinya, seawal jam 7.30 pagi mereka mulai mencari kaunter2 tiket bas untuk ke kawasan rumah mereka. Akhirnya, dapat jugaklah mereka membeli tiket untuk 2 orang. Walaupun tiket tu merupakan tiket untuk perjalanan yang paling awal yang mereka jumpa, ia agak sedikit lewatlah, kira2 jam 11.05 pagi nanti.

Lalu, untuk tidak membuang masa, mereka bercadang untuk membeli bahan2 bacaanlah agar ada jugaklah manfaatnya daripada duk bertenggek tak tahu mende. Dan bahan bacaan yang sesuai sudah semestinya surat khabar dan Majalah Wisel! Haha.

Sedang si Abang khusyuk membaca Majalah Wisel dan si adik membaca surat khabar, si adik bersuara.

Dahsyatkan kes2 kat Malaysia ni? Tiap- tiap hari ade je masuk surat khabar. Kes bunuh dirila, kes bunuh orangla, kes pelajar samseng belasah ketua kelasla, kes eksiden jalanraya la. Haa, cakap pasal eksiden tengok gambar ni, ramai beb orang mati, 7 orang. Innalillah.

Hmm, inilah namanya ketentuan takdir. Takdir Allah itu melangkaui segala. Sebab tu manusia ni dinasihatkan agar tidak sombong dan senantiasa rendah diri dengan selalu ingat mati. Ingat, mati tu boleh datang bila- bila. Jangan nak kata orang tua je boleh mati, bayi berumur 2 hari pun boleh meninggal dunia kalau telah ditetapkan ajalnya

Masa pun terus berlalu. Dan setelah masing- masing telah selesai membaca, mereka pun tukar plak, si abang baca surat khabar dan si adik baca Majalah Wisel. Namun, belumpun sampai 35 saat, si abang menggigil ketakutan!

Mi, cuba hang tengok gambar ni! Ni..ni..bu..bukan ke bas yang kita naik semalam ke?!!” Azizi memanggil Halimi dengan muka yang penuh terkejut.

BAS BERTEMBUNG LORI, 7 ORANG MAUT, 14 CEDERA PARAH, 17 CEDERA RINGAN, 2 MASIH BELUM DITEMUI!? Haah, betullah bang…! Tengok ni, ni bukan beg kita ke??!

Terkejut kemain sang adik beradik tu, first time dalam sejarah hidup mereka lalui pengalaman sebegitu hebat! Tidak dapat dibayang kan betapa bersyukur nya mereka pada Allah pada waktu itu, kerna masih diberi peluang menghirup udara segar bugar.

Dan di mukasurat yang sama juga, di bahagian bawah, kedapatan ayat quran surah Al- baqarah (216):

"Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."

Tamat.




3 comments:

Awat said...

Bee sold!

Ammar Hanapiah said...

syukran

Anonymous said...

walaupun ada tokok tambah, tapi ni real life story kan? haha. selalu dah senior cerita kat sekolah