Pages

Friday, 12 April 2013

Apa yang anda tidak tahu tentang Cokelat

Ini sungguh cokelat!


-BISMILLAH-

Haritu, aku ada terbaca sebuah kisah seorang pemuda berasa sungguh dan teramat- amat malu. Dan aku, sekiranya berada bagi pihak pemuda tersebut, pastinya aku akan duduk berkurung di dalam rumah tanpa menjenguk ke luar rumah apatah lagi pergi keluar rumah (kecuali untuk ke masjid, itu sudah pasti) dek tidak sanggup menahan malu yang teramat sangat. Ataupun aku akan membalut penuh kepala ku dengan kain pembalut sehingga orang lain tidak akan perasaan yang aku ini adalah aku, agar mudah untuk aku keluar rumah, bermuayashah bersama2 rakan- rakan dan pergi usrah,eh.

Takdelah, rasenye kalau malu sangat pun takkanlah sampai tahap macam tu. Tapi nak ceritanya malu ini mampu membuatkan kita berasa sangat rendah diri, menyesalhentuk2kepala, bermerahanmuka dan bermacam bagai lagila. 

Dan dengan malu juga mampu membuatkan orang yang sedang menjerit kemarahan menjadi pendiam sediam lelaki bakal pengantin yang sedang menanti mendengar tok kadi berucap sepatah dua kata sementara menunggu masa untuk mengucapkan lafaz akad nikah di hari nikahnya dalam masjid! Boleh jadi juga orang yang sedang berlari beribut kencang laju bak hussain boltagoraz berlari dengan serta mertanya berhenti lantas terjatuh sungkur dek penangan konsep fizik sang inertia. Hmm boleh jadi. tak tipu. Seriously, tentu sahaja anda- anda mempunyai pengalaman sebegitu dan sedemikian rupa bukan? (kenyit sikit ^.~)

oklah, btw, di awal post ni aku ada ckp yang aku ada terbaca sebuah kisah bukan? nak tahu cerita apa? ok, meh aku cerita : (cerita ni dah glamour sangat pun, jadi kalau dah baca ataupun dah tahu, buat2lah x pernah baca agar cerita ini menjadi lebih sedap, berperisa, berempah, berjus, dan yang paling penting dapat menfeelingkan jiwa yang membaca. Ingat! baca dengan mata hati dan mata realiti, jangan sama sekali baca dengan mata hati semata - mata, sekiranya tidak, anda tidak dapat membaca even satu patah kata pun! faham kan? ok. tak cakap nak bwat "bracket" panjang- panjang. adehh) 

Pada suatu masa ketika dahulu, di zaman yang tidaklah terlalu kelasik dan tidak terlalu moden, tengah- tengah antara dua tu, hiduplah seorang pemuda yang bernama Sahajid (ok, penulis pun tak tahu macam mana boleh letak nama nih). Beliau (amboih, beliau!), eh2, dia bekerja sebagai seorang engineer bagi sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia iaitu PetroNASA. Sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya untuk sering ke luar negara bagi menghadiri meeting, mesyuarat, lawatan- lawatan korporat, konferens2 riang(eh?), dan bermacam program yang disediakan dek terlalu tinggi pangkatnya dalam syarikat petroNASA itu.

Jadi, disuatu hari yang cerah tetapi hujan renyai- renyai sket, dia ditugaskan untuk naik flight ke jerman untuk menghadiri meeting cam biasa. Nak dijadikan cerita (kalau xde event ni mmg cerita ni xkan wujud! seriously) , sebelum naik flight dia ternampak sekeping cokelat bar di kedai runcit yang tidak pernah mernah pun dia rase apatah lagi makan. Lantas Sahajid memutuskan untuk membeli cokelat bar tersebut untuk dimakan didalam kapal terbang. Excited sikitlah dia waktu itu. Yelah, first time lah katakan..hoho..Dan kemudiannya diletaknya cokelat tersebut didalam poket kemeja di bahagian atas belah kiri bagi memudahkannya untuk makan nanti.

Masa pun berlalu, dan didalam kapal terbang, dia duduk di sebelah seorang kanak- kanak berusia dalam lingkungan 10 tahun. Seperti biasa, dek menjadi orang yang busy sepanjang masa, dia mengeluarkan laptop Samsung kepunyaannya dan mula menaip macam- macam. Oleh kerana terlalu banyak menaip ditambah lagi keadaan kapal terbang yang bergoyang- goyang melanggar awan, dia memutuskan untuk rehat dan tidur seketika bagi mengrefreshkan dirinya. 

Bangun sahaja dari tidur, alangkah terkejut dirinya apabila mendapati cokelat yang dibeli tadi sudah tiada di poket bajunya, dan lebih memilukan dan mengharukan suasana, kelihatan kanak- kanak yang duduk di sebelahnya sedang syok bercomot-comotan bermakan cokelat yang kelihatan sangat lazat dan menggiurkan itu. Menyirap(baca: stress) tidak terhingga Sahajid melihatkan itu. Namun, sebagai pemuda yang mempunyai profesion yang professional, situasi itu hendaklah di "handle" dengan cermat agak reputasi hebatnya tidak dicalari.

"haish adik, sedap makan?" Sahajid mulakan perbualan ketidakpuasan hatinya.

"Hmm, bolehla..rase macam manis2 dengan kacang hazelnut skit..kenapa? abang nak rase skit ke?" Kanak- kanak itu buat muka selamba dan tidak bersalah, seolah- olah tidak ada apa yang berlaku.

Pergh, budak ni dah la amek cokelat orang, bukannya nak minta izin ke mintak maaf ke, buat harta sendiri adelah! nak kene penampor? sebaik aku baik..kalau tak dah lame tingkap kapal terbang ni pecah aku baling kau keluar!
Gumam Sahajid bersendirian, emo.

"eh, takdelah, abang saja je tanye, err, cuma satulah adik, abang nak pesan ni.. Lain kali kalau nak amek harta orang lain minta izin dulu ya?" Sahajid bercakap seramah- ramahnya. begitu viceversa dengan apa yang ade di lubuk hatinya.

"Hmm, ok" Ringkas kanak- kanak itu menjawab.

Ish budak ni!! dia boleh balas ok je?? dahla malas la aku nak fikir pasal cokelat murah tuh! banyak keje lagi aku boleh buat selain duk fikir pasal cokelat yang aku boleh beli beribu2 tuh! 
Sekali lagi sahajid bermonolog.

Sejak dari "peristiwa" itu, 13 jam sudah berlalu. Kini tibalah masanya yang ditunggu- tunggu bagi seluruh isi pesawat milik syarikat Berlinair itu, tidak kiralah pramugara, pramugari, rakyat jelata, driver, pilot, pilot assistant dan segala jenis orang lagilah dalam pesawat tuh, untuk keluar daripada kepompong kerimasan dan kekakuan di dalam kapal terbang itu atau dengan kata yang lebih mudah, mendarat. 

Seperti biasa, sebelum semua orang meninggalkan pesawat tersebut, pastilah mereka akan membuat semakan terakhir bagi memastikan tiada barang yang tertinggal . Dan nak dijadikan cerita sekali lagi, (ok, kali ni memang klimaks punye lah, kalau xde part ni..hmm, tak tahulah nak kate ape..), semasa Sahajid sedang memeriksa dan melihat bahagian depan poket kerusi, secara tiba- tibanya

iklan kejap :( Alaaaa...x best lah cerita ni, mesti nak kata dia terjumpa cokelat dia balik kan? dan cokelat yang budak makan tu memang sebenarnya budak tu punye kan? come onlah bro, cerita ni dah lapuklah.. haha! semua orang dah tahulah! xde idea yang lebih lapuk ke nak buat cerita..wakakawakakah!)..

iklan #2 : (hey anda, sabarlah dulu, tunggu habez cerita dulu boleh, penat menaip ni tahu x?)

Sambung balik: secara tiba- tibanya dia berasa sangat gatal hidung. Entah datang dari mana datang nya bau yang boleh menyebabkannya gatal- segatalnya itu . Sahajid  mula berasa tidak selesa ketika itu. Fikirannya ligat membayangkan apa yang akan terjadi jika perkara ini dibiarkan. Risau dibuatnya jika tiba- tiba sahaja dia bersin lantas mengeluarkan lendiran hijau pekat dari hidungnya setebal jari kelingking. Risau juga serpihan bersin nya itu terkena segelintir penumpang pesawat yang lain. 

Fuh, cuak tak ingat waktu itu! Namun hati Sahajid bertindak bijak dengan me”rilexkan” fikirannya dengan menyuruh dirinya supaya berfikiran matang dan tidak mudah gelabah. Walaubagaimanapun, tidak sampai 4 saat setelah hatinya mencadangkan ideanya yang “bernas” itu, satu bunyi yang entah dari mana menyergah kuat dan menggegarkan seluruh isi pesawat.


hhhhaaaaaaaaaaaaccccccccccccciiiiiiiiiiyyyyyyyyyyuuuuuuummmmmm!!!!!”
Dunianya gelap sebentar. Satu perasaan aneh menyinggah hati Sahajid. Buka sahaja kelopak matanya, seluruh penumpang termasuk pramugara dan staff2 yang lain ketawa berdekah- dekah. Tidak kira tua, muda, kaya, miskin, gelap, cerah, kesemuanya gelak kuat sekuat- kuatnya padanya. Susah untuk dia mengaku tapi itulah yang terjadi. Sahajid telah bersin dan segala apa yang dia duk bayang beberapa saat sebelum itu telahpun menjadi kenyataan! Kelihatan lendir hijau pekat keluar dari hidungnya. 

Oh, tidak perlulah aku mendescribe macam mana rupa bentuk hingus itu, anda sudah tentunya dapat membayangkan betapa gelinya hingus itu. Sahajid menjadi sungguh malu. Mukanya bertukar menjadi merah semerah gincu perisa Strawberi. Jantungnya tiba2 berdegup kencang. Titisan peluh mulai laju membasahi mukanya. Kaku. Itulah keadaannya waktu itu. Terasa semacam ada satu aura yang meng’kaku’kan dirinya sejurus selepas dia membersin. Suasana menjadi lebih kritikal apabila semua orang sudahpun bangun beratur untuk turun dari pesawat dan Sahajid tidak menemukan sebarang kain sapu tangan mahupun tisu untuk dirinya mengcover hingus itu. Terpaksalah Sahajid “menadah” hingus itu menggunakan tangannya dan meredah barisan panjang dengan muka yang tertahan malu untuk menuju ke tandas pesawat jauh nun di belakang sana. fuh!

***************************

ok cerita tamat. konklusionnya jangan potong orang yg tgh syok cerita, kan dah malu! haha. gelak jahat. 

Takdelah, *ok siyes balik* 

Disini, aku ingin bawa anda merenung kembali kisah- kisah yang memalukan sepanjang kita hidup di atas muka bumi ni. Pasti semua orang mempunyai pengalaman2 yang lebih kurang macam cerita kat atas bukan? Dan sudah semestinya kita tidak mahu perkara itu berlaku sekali lagi dek menyesal  yang amat sangat. Bak kata Inche Nirwana Band : sudah cukup cukup sudah, cukup sampai disini(dah2, xyah nak nyanyi boleh?).

By the way, tahukah anda bahawa di akhirat sana, ya, di alam abadi yang kita semua pasti akan pergi ber'hijrah' x lama lagi, akan ade berbondong- bondong jenis manusia yang akan merasa satu perasaan malu yang teramat dahsyat sangat- sangat dahsyat dicampur dengan perasaan menyesal yang tidak sudah- sudah, jauh lebih teruk daripada lelaki bernama Sahajid seperti yang diceritakan di atas.

Lebih mengharu dan memilukan, mereka2 ini akan menangis, merayu- rayu, meratap, menjerit- jerit melolong dengan air mata yang bercucuran, dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kembali ke muka bumi ini. Allahu, berderu air mata. 

"Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi Neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami dan menjadilah kami dari golongan yang beriman."

Mereka inilah golongan yang mana merasakan bahwa amal mereka sudah banyak, budi pekerti mereka sudah baik, tanggungjawab mereka sebagai hamba dan khalifah Allah sudah mereka laksana dengan sempurna, padahal dari pandangan Allah itu semua adalah sama sekali tidak benar, dek beberapa faktor yang telah mereka lakukan.

Mereka ini, Allah gelarkan sebagai "orang- orang yang paling rugi amal perbuatannya" .
Allahu. Doakan moga dijauhkan dari sifat ini.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan." 

Pergh, tak macam sadis pulak kan tengok golongan macam tu? Hakikatnya, akan ada 2 sahaja situasi kita di akhirat nanti. Sama ada kita turut bersama mereka meraung melolong (ok ini sungguh menyeramkan..mohon dijauhkan ya Allah! nauzubillah!) ataupun melihat dari jauh dengan riang hati. Kerna itulah kita dituntut untuk sentiasa berdoa dan memunajat mengingati Allah agar kita terus menerus diberi kekuatan dari NYA untuk istiqamah dan bermujahadah menjalankan tanggungjawab di muka bumi.

Sebagai penutup kata bicara, marilah kita, aku dan kau, muhasabahkan diri baik- baik. 

Sudah berapa kalikah kita merasakan bahawa diri kita sudah pun layak menjadi penghuni syurga tetapi dalam masa yang sama dosa, noda, maksiat, jahiliyyah masih menebal dalam diri. 

Sudah berapa kalikah kita merasakan bahwa akhlak dan budi pekerti kita ini sungguh baik padahal pada masa yang sama, kita tidak sedar bahawa masih ramai yang berduka cita, menaruh rasa dendam, tidak puas hati dengan kita dek akhlak kita yang tidak terjaga.

Oh, ayuh guys! kita sama- sama berpegangan tangan saling bantu- membantu untuk sama- sama meraih redha Allah Azzawajalla. kerna tidak akan ada kepuasan dan kesyukuran serta kebahagiaan yang lebih hakiki selain daripada menggapai redha dan kasih sayang Allah.

Wassalam.

p/s: Ok, aku feeling skrg ni. Malu aku dengan Allah. Banyak sangat dosa. sob2...Allahumma innaka a'fuwwun kareem, tuhibbul a'fwa fa'fuanna.

No comments: