Pages

Sunday, 14 April 2013

Bas itu - Bahagian I

Bas bergaiya. 


-BISMILLAH-

Bas itu sungguh cantik. Meskipun syarikat yang memiliki bas tersebut tidaklah sebegitu popular sepopular dan seglamour Bas transnasionalisasi dan Sanie Expresso misalnya, Fasiliti didalam bas itu tidak kurang hebat dan maju nya juga.

Dengan dilengkapi kerusi dan tempat duduk yang selesa, turut dimuatkan tv bersaiz separuh screen tv biasa, perkhidmatan internet tanpa bayaran (untuk mereka yang gune 3G jela..mne ade wifi dalam bas), air cond yang sejuk( adeke aircond panas? ergh) pemandangan luar tingkap yang menarik dan lain- lain.

Dan haritu, merupakan hari jumaat, dan juga hari dimana budak- budak sekolah asrama penuh di sebuah sekolah yang dirahsiakan nama nya(sbnrnya xtahu nak reka nama ape, bubuh jelah dirahsiakan) akan pulang ke rumah dan kampung halaman masing2.

ok, ade sesiapa ke yang dah dapat agak aku nak cerita apa? diam2 sudeyh. bwat macam x penah dengar lagi cerita ni, boleh?

Ok sambung balik. Jadi pada haritu yang agak- agak hujan dengan cukup lebat, Azizi dan halimi (bukan nama sebenar), satu pasangan adik beradik yang sedang belajar di sekolah asrama penuh yang namanya dirahsiakan itu, turut mengambil peluang masa yang ade untuk pulang ke kampung, dengan menaiki bas, of course dek rumah mereka yang terletak jauh di utara sana nuh nak khabaq  mai naaa! (errr)

Lalu bermula lah pengembaraan mereka ke kampung dan pengembaraan cerita ini. eh. Seperti insan- insan yang lain, mereka berdua turut diam membisu dan kadang- kadang turut terlelap dek menanggung bosan yang amat kut tatkala duduk diam tanpa buat apa- apa. Lain la kalau ade laptop, bolehla update fesbuk ke, twitter ke, blog ke..ahah! (x payah nak ahah! sangat le -_-)

Lantas masa pun teruslah berlalu, sampai suatu ketika, ketika masih dalam perjalanan, bas hendak berhenti sebentar di sebuah terminal bas. Pemandu bas menjangkakan bahawa masa untuk memberhentikan bas disitu tidak lebih 2 minit sahaja sebab sekadar ingin menurunkan penumpang dan menaikkan penumpang sikit. Tak memerlukan masa yang lama pun, fikir Pemandu itu..Ape? nak tahu nama pemandu? okla aku letak nama Azfar..ok, puas?

Lalu si Azfar ni pun berhentikan bas dengan teliti dan hati- hati. Kemudian, nak dijadikkan cerita, Si Azizi dan Halimi ni, entah macam mane boleh terasa nak buang air kecil teramat- dan amat sangat. Mungkinkah kerana sebelum menaiki bas mereka singgah sebentar di kedai mamak untuk minum 2 gelas air masak yang dicampur limau tambah dengan gula skit pastu dipanaskan? ataupun mungkinkah mereka berdua sememangnya sejak dari kecil mempunyai penyakit senang buang air? ataupun yang terakhirnya mungkinkah mereka terasa teramat sejuk yang sangat lantas menyebabkan terasa nak buang air kecil? Hmm,  Biarlah soalan2 tersebut berlegar2 di minda anda, kerna semua soklan itu memang xde kaitan pun dengan ape yang akan diceritakan nanti. Cumanya nak tunjukkan je betapa mereka ini sudah merasakan nak buang air tahap maksima, tiada tahap yang lebih hebat daripada perasaan ini selain daripada seluar basah..faham ke?

ok, kemudian mereka berdua pun meminta izin dengan Azfar si driver ni.

"Abang, kami mahu meminta izin untuk turun keluar sekejap, Kami berasa sungguh hendak terkencing ini" (pergh ayat x macam nak skema plak) Azizi selaku abang bersuara.

"Eh, tak bole tak boleh, kita ni nak cepat dah ni! adeke baru sekarang nak terkencing, tadi mase mula- mula naik bas tak nak plak kencing! menyirap(stress) btol la budak dua ekor ni!"

"er, sorila bang, tapi "

" takde tapi2 dah, pergi belakang balik! abang dah nak undo kan bas ni! shuh shuh! "

Lalu brek tangan pun dilepaskan dan pemandu itu pun trus kebelakang lalu terjadilah scene yang tidak diingini oleh semua..

*ok, itu adalah contoh pemandu sungguh kejam, mane ade pemandu yang tergamak bwat macam tuh! Dahla cakap kasar, sanggup dibiarkan Azizi ngan Halimi menderita berduaorangan, ok rewind balik skit*


ok, kemudian mereka berdua pun meminta izin dengan Azfar si driver ni.

"Abang, kitaorang nak turun jap boleh, nak pegi tandas" (Ok, dah x skema dah) Azizi selaku abang bersuara.

"err, ok2, tapi cepat skit tau.. kita dah nak gerak ni" Lembut Azfar bersuara, penuh hikmah. (barula gentleman bro, ini adeke patut marahkan budak dua orang ni tadi..bukan ke Rasulullah dah suruh untuk jage marah tu..! marah ni..! eh?)

"Ok2 InsyaAllah, tenkszz bang"






Bersambung, wassalam.

p/s: ok, tak cakap nak bwat cerita pendek pun nak bersambung. Tapi, sungguh aku penat sangat harini. Ade ihtifal. InshaAllah ade mase sambung balik. Kalau post next2 ni xde pun yang menjadi sambungan cerita ni, pandai2 la anda fikir nak cerita yang bagaimana, gunakanlah otak anda yang sangat hebat tu untuk merangka sebuah cerita yang jauh lebih bernas dari apa yang aku fikir. ok, selamat berfikir! (erkk)

No comments: