Sunday, 23 February 2014

20 Fakta Tipu Yang Anda Perlu Tahu

[kredit]


-BISMILLAH-

Dalam dunia ini, kita tidak boleh melarikan diri dari fakta. Kerana fakta adalah fakta! Jadi, berikut adalah merupakan 20 Fakta tipu yang anda perlu tahu. Mohon baca sampai habes :3

Hmpphhh... amek nafas..



1. Sekiranya anda mengumpulkan 1000 lelaki dewasa, lantas menyuruh mereka menjerit sekuat hati tanpa henti selama 3600 tahun, ianya mampu untuk merobohkan bangunan setinggi klcc.

2. Sekiranya anda mengira bilangan pasir di seluruh pantai di dunia satu persatu, maka ianya mengambil masa 600 tahun cahaya untuk anda menghabiskan perkiraan anda itu.

3. Segala apa yang anda lihat sekarang ini sebenarnya hanya ada satu warna sahaja, pantulan cahaya lah yang membuatkan anda dapat melihat kepelbagaian warna itu.

4. Rekod larian 100 meter terpantas di dunia milik Usain Bolt (9.58 saat) sebenarnya telahpun dipecahkan oleh rakannya dari Jamaica juga dengan catatan 9.49 saat namun tidak disahkan kerana ianya dikira menggunakan jam tangan milik Usain Bolt model Casio dan bukannya jam stopwatch yang rasmi.

5. Sekiranya anda berlari selama 3 hari berturut-turut tanpa henti disiang hari, anda mampu untuk mengumpulkan air peluh anda sebanyak 1500 ml yakni bersamaan dengan jumlah isipadu botol besar saiz besar.

6. 25000 tahun dahulu, dengan hanya RM 1, anda mampu membeli barang2 bernilai RM 500000(pada zaman ini). Ini bermaksud nilai mata wang pada zaman kini melonjak naik mendadak beribu-ribu kali ganda berbanding zaman dahulu.

7. Perkataan SAMSUNG berasal daripada perkataan arab ‘SHAMS’ yang bermaksud matahari dan SUNG yang diambil dari nama pengasas Kim Joong SUNG. Beliau mengambil nama tersebut sempena terik panas matahari pada waktu itu.

8. Rekod hasil keuntungan tertinggi yang dicapai menerusi urusniaga dalam tempoh sehari sahaja dipegang oleh syarikat Microsoft dengan hasil keuntungan Usd 536 Billion pada 7 Oktober 2008.

9. Setakat ini sudah 9,037,299 buah draf buku berbagai jenis termasuklah novel, sajak, buku motivasi, cerpen yang tidak dapat di publishkan dipasaran atas pelbagai faktor dan hanya tersimpan dalam computer diseluruh dunia.

10. Sebanyak 2,678,368,376 kali purata sebulan facebook akan mengeluarkan statement berikut kepada seluruh penggunanya di dunia:
“Please re-enter your password
The password you entered is incorrect. Please try again (make sure your caps lock is off).
Forgot your password? Request a new one.”

11. Jalan dakwah memang mudah pon sehingga kita langsung tak perlu mengorbankan apa- apa dan hanya melompat keriangan dan menjerit ‘hoyeeaaaaaah’

12. Diceritakan panjang jalan dakwah adalah sekitar 12 inci setengah sahaja. Jadi anda tak perlu risau, pendek je kot!

13. Antara langkah untuk meraih manisnya ukhuwwah adalah dengan mengutuk kawan kita di belakang, sentiasa mengenakan dia sehingga dia menangis terseksa, Su’uzhon(Baca: Sangka buruk) terhadapnya dan lain- lain lagi. Mudah.

14. Jalan menuju ke syurga sentiasa dihiasi dengan bunga lavender ungu cantek sambil arnab akan sentiasa mengelilingi kita. Oh, dan kita akan berjalan di atas permaidani merah diulam dengan benang emas .

15. Seriously game PES mampu untuk menjadikan masa anda bermanfaat untuk ummah. Juga tidak ketinggalan Movies juga antara agenda ummah terbesar dalam abad ini dalam usaha meraih Ustaziatul ‘Alam

16. Antara rahsia kejayaan strategi dakwah zaman Abasiyyah sehingga mampu meluaskan empayar Islam dan menakluk 2/3 dunia adalah dengan hanya duduk terperap di rumah dan menjadi keyboard warrior sambil minum kopi ais.

17. Organ dalam anggota tubuh badan yang paling mudah untuk kita kawal adalah hati kita.


18. Memang menjadi tanggungjawab kita untuk menghukum orang itu kafir ataupun tidak serta melabel manusia dengan labelan yang kita rasa dia patut dilabel.

19. Cukup dengan anda hanya mengutuk Zionis di rumah maka Palestin akan merdeka. Hoyeaah!

20. Umat semakin tenat. Dan mereka adalah mereka, kita adalah kita.

:3

6 comments:

Adam said...

Gulp TT
Bicara tanpa amal membuahkn hasil!
Additional 'fact'

Ammar Hanapiah said...

ok adam, u was just sentapping me T.T

Muallim Az said...

21.Ammar xkenal abdul aziz

Ammar Hanapiah said...

Muallim Az, 22. Ya, anda benar

Anonymous said...

Ya Allah... Sentap bhai... :(

Ninja Osem said...

Ouch