[kredit] |
-BISMILLAH-
Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu
Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu
Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu
Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju
Tajuk Lagu: Aku Merinduimu
Kumpulan: Devotees
***
Saban hari pasti sahaja saya akan memainkan lagu ini waktu
on the way pulang ke rumah selepas solat subuh. Nyata lagu ini sangat memberi
makna yang sangat besar dalam hidup saya. Entah kenapa, tak pernah pun rasa bosan bila dengar lagu ni. Bukanlah kerana alunan irama muziknya
yang bagi saya agak ‘feels’ itu, tetapi kerana mesej dan intipati yang ada
dalamnya.
Berada jauh dari keluarga memang merupakan satu cabaran bagi
saya. Disini, di tanah arab ini, tiada lagi insan yang akan sediakan sarapan untuk
saya. Dinner dan lunch. Yang akan hantar kita ke stesen bas. Yang akan sentiasa
pastikan perut kita terisi dengan makanan, Jiwa kita terisi dengan ruh islam. Yang
akan sentiasa mengingatkan kita untuk segera bersiap untuk ke masjid. Juga yang
akan sentiasa 24 jam ambil berat pasal kita.
Disini kita bebas melakukan apa sahaja. Namun apa erti
kebebasan tanpa ada sentuhan kasih sayang kan?
Sebab itu, tatkala saya rasa berseorangan, saya akan cuba
menghubungi mereka melalui skype dan sebagainya. Di dalam doa saya, saya akan
membayangkan wajah mereka, berharap agar Allah memberikan yang terbaik buat
mereka. Dikala saya sedang belajar, saya akan menyuruh mereka mendoakan saya.
Tatkala saya memasak saya akan upload gambar mknn dlm watsep nk tunjuk poyo
saya pun boleh masak cucur mcm ummi. Tehee. Cucur je pon.
Begitulah, terkadang kita terlalu sibuk dengan pelajaran
kita, sehinggakan kita lupa yang mereka merupakan guru pertama kita. Mengajar
kita membaca mengira. Dimana kita letak mereka sehingga kita boleh melupakan
mereka.
Terkadang kita sibuk ber’dakwah’ sehingga kita lupa yang
mereka adalah murabbi kita yang pertama. Mendidik kita mengenal tuhan yang maha
Esa, membezakan antara dosa pahala dan mengajar kepentingan menunaikan solat di
masjid. Kesemuanya.
Terkadang kita terlalu sibuk ber’ukhuwah’ sehingga kita lupa
yang merekalah sebenarnya insan yang pertama mengajar kita apa erti kasih
sayang, erti tanggungjawab, pengorbanan, kesusahan dan kegigihan demi
memastikan keperluan kita tercukup. Kita lupa mereka sanggup bersusah payah
demi kesenangan kita. Ithar.
Dan lebih pedih, kita terlalu sibuk dengan dunia kita, menonton
movies hingga lewat malam, main game sehingga lebam anak mata, bergelak huha
sini sana, tak ingat dunia. Kita lupa yang mereka tiada masa untuk menghabiskan
masa dengan perkara sia-sia. Tiada masa untuk movies, games. Bahkan mata mereka
lebam kerana tidur lewat demi sesuap nasi untuk kita. Nyata hendonisme memberi
kesan yang amat mendalam dalam diri kita.
Tidak salah untuk belajar. Bahkan itulah antara hadaf kenapa
kita disini. Tapi jangan sampai kita lupakan mereka.
Tidak salah untuk berdakwah. Bahkan itulah kewajipan dan
matlamat kita. Tapi jangan sampai kita mengabaikan tanggungjawab kita pada
mereka.
Tidak salah untuk berukhuwwah. Bahkan itulah antara cara
kita mengecapi kemanisan iman. Kehebatan taqwa. Tapi pastikan kita letakkan
pada prioritinya sehingga mereka tidak merasai kehilangan kita.
Dan tidak salah untuk bermain games, movies. Asalkan kena
pada tempatnya, tidak berlebih- lebihan.
Kerana mereka telah berkorban segala untuk kita.
Kerana mereka sentiasa inginkan yang terbaik untuk kita
Juga kerana mereka, kita ada untuk Dia.
Mood: Rindu. Lama x skype ummi, asyik x dpt je. Haha kecoh.
5 comments:
Rindu ke??
EHEEEEEEEM!
Macam kenal jee post yang ada iras iras macam ni.
Heh tapi okay saja. Semuanya milik Allah kan *tetiba*
Jangan nangis nangis, Ammar :P
Haaaaruslah rindu :D
Ehem. XD .terbatuk plak.
:')
Post a Comment