Saturday, 15 February 2014

Umrah Thorbaek!



-BISMILLAH-

Tarikh 19-29 Januari 2014 saya kira merupakan antara tarikh yang paling bermakna dalam hidup saya. Walaupun hanya sepuluh hari namun ianya cukup memberi kesan yang besar dalam kehidupan seharian saya. Itulah tarikh dimana saya telah menjejakkan kaki ke haramain(baca: mekah madinah). Saya pergi ke sana menaiki bas bersama rakan- rakan dari Irbid dan Mafraq. Perjalanan kami mengambil masa yang sangat lama untuk sampai ke Madinah iaitu lebih kurang 27 jam, namun tempoh yang lama itu seakan hilang bak habuk yang berterbangan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa apabila kami alhamdulillah sampai ke perkarangan hotel di Madinah.

Ok, agak sedikit skema disitu. uhuk

First impression yang saya dapati apabila first time masuk masjid nabawi adalah saya tengok suasana disitu tidak tumpah seperti bayangan ketika zaman islam mencapai Ustaziatul ‘Alam. Semua manusia berlumba- lumba untuk berbuat kebaikan. Ada yang buat solat sunat, baca quran, zikir, buat bulatan kecil bersama anak-anak kecil. Juga tidak kurang yang menghadiri majlis ilmu yang dah macam beribu orang itu! Ramai kot. Naik bulu roma, siyes.

Kemudian tatkala menziarahi makam nabi buat pertama kali, terasa sejuk air mata mengalir ke pipi. Sedih, sayu, hiba, terharu. Semuanya. Terasa bagaikan lemah benar untuk berdepan dengan kekasih Allah apatah lagi mendapatkan syafaat baginda kelak di akhirat. Berapa banyak je amal yang aku buat untuk dapatkan syafaat. Dan yang lebih penting, berapa banyak je masa aku korbankan untuk islam, berbanding duk mengadap facebook yang kekal istiqamah setiap hari tak pernah miss? Sayu, cukup sayu.

Suasana malam yang pertama aku di madinah itu walaupun sudah pukul 2 pagi sangatlah terang dengan cahaya. Terang dengan amal ibadat dan Nur hidayah dari Allah. Seolah- olah mereka lupa bahawa sekarang adalah waktu tidur untuk mereka. Tidak pernah dan tidak akan pernah Masjid Nabawi sunyi daripada bunyi suara orang mengaji dan beramal ibadat, sungguh.

Kemudian, dalam keadaan sayu 3 hari kemudian kami berangkat menuju ke mekah. Di mekah keadaannya sedikit berbeza dengan Madinah dimana keadaannya sangatlah crowded dan agak kurang sunyi dan tenang berbanding madinah. Mungkin disebabkan Masjidil Haram masih lagi dalam pembinaan maka ruang untuk solat menjadi agak terhad.

Namun, itu langsung tidak mengurangkan keexcitedan umat islam disitu untuk berfastbiqul khairat, berlumba- lumba untuk mengerjakan amal kebaikan. Ruang- ruang di masjid sentiasa penuh dengan manusia yang beribadat. Berlari-lari mengejar redha ilahi. Bayangkan, dihadapan anda ada sebuah batu besar dilitupi kain hitam yang bernama kaabah, dan anda sedang solat disitu, jarak anda dengan kaabah itu hanya beberapa meter sahaja. Allahu Allah! Feeling kot.

Hari demi hari yang berlalu dirasakan begitu sekejap sepanjang menunaikan ibadah umrah dan ibadah-ibadah lain, terasa seakan perasaan aneh menyusup masuk dalam jiwa saya. Susah benar untuk mendapatkan perasaan setenang itu, seolah- olah istilah penat atau letih tidak wujud waktu itu. Itu tak termasuk cerita lawat Jabal Uhud, Gua thur, Gua hira’, Jabal Rahmah, Masy’aril Haram dan lain- lain lagi. Sumpah banyak gila kenangan manis yang terukir di bumi yang penuuuuuuuuuuuuh dengan barakah itu.

Lantas setelah melalui satu pengalaman yang luar biasa disana, terlintas satu perkara yang bermain di benak fikiran saya:

Kan best kalau dapat duk sini lama lagi, sebulan kerr

Kat Jordan tu serabut, dah la bunyi hon kereta coaster x henti2, sampah berselerak pulak tuh

Sini pahala ibadah 100 ribu kali ganda kot. Banyaaaaak giler

Dan sebagainya.

Saya ingin untuk terus tinggal disitu. Sepuluh hari nyata tidak cukup untuk saya terus beribadat. Melarikan diri dari segala masalah dunia, masalah ummat, masalah Palestin Syria Mesir, masalah melabel orang ni liberal ataupun tidak. Masalah kesemuanya! Dengan itu saya boleh fokus meraih redha Allah dengan amalan- amalan tahajjud, tilawah segala bagai. Hanya saya dengan Allah, seorang diri InshaAllah.

Namun ternyata saya silap, saya khilaf. Saya terlupa bahawa hidup ini bukan sekadar berlomba-lomba mengumpul pahala seorang diri. Saya lupa saya punya matlamat hidup yang kedua iaitu untuk menjadi Khalifah Allah di muka bumi, menyeru manusia untuk tunduk patuh pada perintah Allah. Juga menyentuh hati- hati manusia dengan kefahaman Islam yang sebenar.

Nah, lantas bagaimana saya mampu melakukan itu sekiranya saya hanya beramal ibadat seorang diri tanpa memikirkan masalah orang lain. Bagaimana mungkin Islam akan mencapai tahap kegemilangan seandainya masing- masing sibuk dengan amalan masing- masing tanpa mengajak orang lain mengikut serta sama. Masing- masing sibuk bergaduh mengenai isu yang remeh temeh sedangkan banyak hati yang masih belum disentuh disebabkan kecuaian dan pengabaian kita. Sebab itulah, murabbi saya selalu pesan:

Syurga itu terlalu besar untuk kita masuk sorang- sorang. Tu pun kalau masuklah.” Adoii.

Habuk masuk mata tak kuar- kuar.

Pernah tak kita bayang kenapa sahabat sanggup berpergian seorang diri sejauh beribu batu merentas padang pasir demi untuk menghantar risalah islam kepada raja- raja di semenanjung arab? Diceritakan bahawa Harith bin Umair Al-Azdi ketika diutus Rasulullah untuk menyeru Islam kepada Raja Busra, beliau terserempak dengan Syurahbil Bin Amru. Mengetahui bahawa Harith datang untuk membawa risalah islam, Syurahbil segera mengoyak watikahnya lantas dibunuhnya disitu juga. Allahuakbar.

Juga mengapa kubur sahabat masing- masing terletak di serata Negara- Negara arab dan bukannya hanya di madinah ataupun mekah seperti yang kita semua maklum kisah Abu Ayyub Al-Ansari?

Ini semua kerana mereka rasa akan tanggungjawab pada bahu mereka untuk menyebar luaskan islam. Dan juga kerna mereka tahu bahawa dengan berda’wah adalah jalan shortcut bagi seseorang untuk  menuju ke syurga.

Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam Syu’ab Iman dari Sayyidina Umar bin Khattab RA: “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat, maka akan lebih berat keimanan Abu Bakar.”

Nah, kalau ikut logik bagaimana mungkin Saidina Abu Bakar As-Siddiq mampu memperoleh keimanan sebegitu tinggi sedangkan beliau hanya hidup cuma selama lebih kurang 60 tahun sahaja. Itulah yang dinamakan pahala yang berterusan. Selagimana Islam tertegak diatas muka bumi ini selagi itulah beliau  akan memperoleh pahala kerana beliau Antara yang pertama dari kalangan sahabat yang menyertai gerabak Da’wah nabi. Dan sirah telahpun menjadi saksi betapa beliau sangat-sangatlah bersungguh dalam menyebarluaskan islam.

Akhir tapi bukan yang paling sedikit, hidup kita bukan sekadar sembahyang, puasa, mengaji, buat haji buat umrah. Tapi kita punya misi yang lebih besar dari itu. Teruskanlah bergerak, menyentuh hati- hati manusia dengan sentuhan kasih- sayang. Kerana kita ingin menjadi saksi atas kebenaran risalah Islam yang dibawa di hari pengadilan Allah nanti. InshaAllah






6 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...

Adam said...

BarakaAllah akhi..moga terus hebbak!

Ammar Hanapiah said...

Syukran Adam!

Haikal Hedzir said...

Tahniah akhi ! Semoga nta terus melaju dalam dakwah & tarbiyah (^_^)

Muhammad Afiq Jiwa said...

Ammar! Boleh bagi ana tour lah lepas nih. Haha.

Ammar Hanapiah said...

Haikal: InshaAllah, doakan

Afiq: Jom lah!