Sunday, 16 February 2014

Sahabat Dengarkanlah

[kredit]


-BISMILLAH-

Pernah tak dalam hidup kita memiliki kawan yang sangat rapat dengan kita. Pergi ke sini dengan dia. Pergi ke sana pon dengan dia. Kalau boleh pergi kemana- mana pon nak dengan dia.  Tu tak cerita lagi pasal dia tolong kita ajarkan Addmath, kita tolong sidaikan baju kat ampaian untuk dia, dia belanja burger zinger double cheese KFC dan sebagainya. Sampaikan orang boleh gelarkan kita dengan dia sebagai kembar. Juga kalau orang lain tengok kita takde sekali dengan dia,pasti sahaja mereka akan berasa hairan.


Namun, pom pam pom pam, tak lama kemudian, mungkin selepas beberapa ketika tidak berjumpa dan bertegur sapa, hubungan kita tidak lagi seerat dulu. Seolah-olah kenangan manis antara kita dan dia tidak pernah wujud. Bukanlah bermakna hubungan kita ada masalah ke ape ke tapi cumanya entah, dia seolah- seolah hanyalah seorang kawan yang biasa pada pandangan kita, tidak seperti dahulu yang jauh lebih mesra. Nampak facebook akaun dia online pon malas nak bertegur sapa.

Ataupun pernah atau tidak kita punya kawan yang pada awal perkenalan itu sangat lah tidak best. Masing- masing saling bersu’uzhon(buruk sangka) antara satu sama lain. Bila terserempak je dia bukan main berkerut dahi, tak suka lah dia duk rapat kita. Padahal bukannya ada salah ape pon. Kalau main bola sekali tuh pasti sahaja kita akan mengelak untuk bertembung dengan dia. Senang cerita tak bestlah. Hambar gituuuh.

Pastu tup tap tup tap tetiba kita diaturkan untuk berkerjasama ataupun join satu program yang sama dengan dia. Kita menjadi semakin rapat. Semakin hari semakin banyak perkara yang kita kongsikan bersama dengannya. Seolah-olah kita memang mesra dengannya semenjak awal lagi. Kita bergelak tawa, main bola sama- sama dengan dia, saling kejut untuk bangun qiam dan sebagainya. Dan magiknya sampai sekarang kita masih berhubung dengan dia, walaupun jarak antara benua memisahkan antara kita dengan dia. Waahh.

Pernah bukaan? Haaa.

Inilah yang dinamakan sebagai asam garam dalam erti persahabatan. Siapa kita untuk menentukan pengakhiran atau permulaan bagi hubungan persahabatan kita. Kan

“… dan (Allah Ta’ala) Dia-lah Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
[Al-Anfal : 63]

Begitulah. Setiap dari kita sesekali tidak akan pernah mampu untuk membawa hubungan persahabatan kita mencapai kebahagiaan yang hakiki walaupun kita memberi dia PS4, Henpon Sony XPeria Z1 Compact, kamera DSLR Canon 5D Mark III dan sebagainya sekalipun, melainkan hanya pabila Allah mengizinkan. Apabila Allah menyatukan hati kita dengan hati dia.

Lantaran itu, abang murabbi saya selalu sebut:
“Kita tidak akan pernah mampu memberi jaminan bahwa hubungan kita akan terus kekal happy go lucky sebegini, tapi apa yang kita mampu adalah kita berdoa agar Allah sentiasa membuatkan hubungan yang dijalin ini hanya kernaNYA, hanya demi meraih redha Allah.”

Mungkin kita ada tertanya- tanya kenapa begitu ek? Padahal kalau ikut logik akal, bilamana kita dapat hadiah befday gempak giler dari kawan kita pasti sahaja memadai untuk kita hidup bahagia dengan dia bukan? Takpun jalan- jalan round Europe, lawat Disneyland, tengok match bola sama-sama kat Stamford Bridge, pasti sahaja mampu bikin kebahagiaan dalam hati jugak kan? Europe uuu~

Inilah namanya ujian dari Allah. Allah hendak menguji sejauh mana kita meletakkan Allah sebagai asas dalam erti persahabatan. Sejauh mana kita meyakini bahawa hubungan kita bakal berakhir di Syurga agar kita bisa menziarahinya lagi di syurga kelak.

Kerna hubungan yang tidak berlandaskan keimanan itu, lebih- lebih lagi yang menjurumuskan kearah kemaksiatan (nauzubillahiminzalik) itu pasti langsung tidak akan membawa kebahagiaan hakiki. Kalaupun dia berasa bahagia dengan itu, dia masih punya akhirat untuk menderita sederita-ritanya.

“Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” [Az-Zukhruf : 67]

Allahuakbar. Tidak dapat bayang macam mana kita bisa menjadi musuh di akhirat nanti. Kawan yang happy dan ceria wajahnya di muka bumi ini bertukar mukanya menjadi bengis dan menjeling kita dengan jelingan yang paling tajam. Elok- elok selangkah je lagi nak masuk syurga ni tetiba dia panggil kita untuk masuk neraka bersama- sama dengan dia. Nauzubillah, nauzubillah. Moga Allah jauhkan dari itu.

Sebab itulah kita berdoa agar Allah sentiasa memelihara hubungan persahabatan kita, memastikan hubungan kita tetap dan kekal matlamatnya iaitu meraih redha Allah. Sungguh, erti doa itu amatlah besar sekiranya kita benar- benar tunduk dan patuh meraih memohon daripada Allah Taala. 

Kerna, nikmat ukhuwwah adalah antara nikmat terbesar.

Kerna, ukhuwwah kita hingga ke syurga.

Juga kerana Ukhuwwah itu teras kegemilangan. ttibe

***

Post ini didedikasikan buat sahabat seperjuangan yang saya kasihi kerna Allah, Abdul Aziz sempena dengan hari ulangtahun kelahirannya yang ke 19. Semoga, semoga dan semoga terus melaju bergerak menyentuh hati manusia dengan sentuhan tarbiyah inshaAllah! 

ok bajet giler nak ade dedikasi bagai. koff2




5 comments:

Inspector Saahab said...

:3

Ammar Hanapiah said...

ok inspector Saahab dah komen. segan wehh.

Inspector Saahab said...

masalah -,-"

Muallim Az said...

Jazakallahu khair Ammar.
ana selamanya xkan lupakan post ni
(Abdul Aziz,2016)

Muallim Az said...

Jazakallahu khair Ammar.
ana selamanya xkan lupakan post ni
(Abdul Aziz,2016)