Pages

Sunday, 6 April 2014

Dear Mr Blog

[kredit]


Dear Mr Blog, Salam.

Jujur kat atas tu nampak macam surat ni aku nak tulis BI, tapi tak, aku bangga dengan bahasa Malaysia aku. Eh.


Aku tak tahu nak cakap apa kat kau, tapi aku nak kau tahu yang kau yang aku kenal dulu dan sekarang telah jauh bezanya. Aku seakan tak merasai lagi kebersamaan kau dengan aku.

Dahulunya, kita pernah bersama- sama pagi dan malam, menghadap antara satu sama lain, bersengkang mata.

Aku tak penat melayan karenah kau, sanggup tidur lewat malam demi kau.

Dan kau tak penat2 bersedia utk dikarang, ditulis, ditaip dengan pelbagai madah kata.

Dahulunya, (xdelah dulu sgt sebenarnya, berapa minggu je pon) diwaktu masa lapang aku selalu memikirkan kau, agar aku dapat menggunakan kau dengan sebaiknya, mengukir kata- kata buat ‘consumer’ di luar sana.

Dan kau juga sentiasa terbuka hati menerima insan yang bergelar aku ini. Tak kira masa, tak kira tempat, pada laptop mahupun smartphone, engkau sedia berbakti pada aku.

Pernah sekali itu, pada kemuncak ikatan ukhuwwah kita, aku siapkan 3 post dalam masa satu hari dan post pada hari itu jugak, sumpah aku bangga dengan kau, Mekasehhh.

Namun, kini semua kenangan manis kita seakan terhakis. Mungkin aku sangat sibuk, bertimbun- timbun kerja menghempap bahu aku, penat serious penat. Dan mungkin juga exam yang nak datang kejap je lagi. Dan banyak benda lagi yang belum dibereskan.  Aku dan kau tidak lagi mesra seperti dahulu, Kau dengan hidup kau, aku dengan hidup aku. Lama sudah jari jemari ini tak menari pada keyboard. Adehh.

Ok kenapa macam terabur je ayat aku ni, layan je la ye!

Bukan aku tak rindu zaman kenangan manis kita dahulu, serious rindu. Cumanya, aku tak pasti samada hubungan baik kita bakal tamat sampai kat sini sahaja ataupun bakal pulih semula suatu hari nanti. Doakanlah apa yang terbaik buat hubungan kita,

Yang benar,
Tuan Blog.

***

Dear Tuan Blog, Wassalam.

Firstly kau tak yah nak panggil aku Mr sangat lah kan, aku ni bukannya orang, blog je pun ekeke.

*Refresh tekan f5*

Ehmm, sejujurnya aku pun perasan saja yang hubungan kita yang sekarang bukanlah sebagaimana hubungan kita yang dahulu(Sekali lagi, bkn dulu sgt pon) Dan aku agak terasa terkilan sedikitlah dengan apa yang kau buat kat aku, lama aku tunggu siang dan malam, tak terkeluar pon post mahupun cerita2 kau, kadang2, kalau kau nak tahu, mengalir air mata pada pipi aku(ok kau xyah imagine mcm mne rupa bentuk pipi aku) mengenangkan kisah silam kita, sehinggakan aku tertanya- tanya kau pergi kemana selama ni??!!

Ceyh takdelah, gurau2.

Aku okay saja, aku faham dengan komitmen yang kau tunjukkan tu, bukannya kau buat perkara yang tak berfaedah, inshaAllah aku yakin kalau kau ikhlas dan bersungguh, kau akan dapat ganjaran di sisiNya. Kau jugak kata kan, kalau orang busy ni untung sebab tendency utk buat maksiat tu berkurang bukan? Maka bersyukurlah.

Macam nilah, kau tak perlu rasa bersalah dengan aku. Kau tak perlu nak bersedih- sedih sangat, buruk bebenor aku bayangkan kau menangis, nasib baek aku takde mata, keh2.

Kalau kau rasa aku adalah wasilah terbesar utk kau tegakkan islam di muka bumi, makanya ketahuilah bahawa kau telah silap. Sebenarnya kau tak perlukan aku pon untuk sampaikan dakwah, cukuplah sekadar engkau cukupkan tanggungjawab kau yang 2 itu. Aku hanyalah tukang support gitu jah.

Teruslah kuat semangat, semangat dalam apa jua hal, aku yakin semangat itu akan datang kembali semula.

Dan jangan lupa, kunci utama kekuatan adalah pada saat sentuhan dahi pada lantai dikala insan lain sedang seronok menikmati lembutnya katil.

Maafkan aku, kalau aku tak bisa menjadi peneman terbaik kau, kalau kau rasa aku tak cocok ngan kau, lepas ni kau bolehla try Wordpress atau tumblr atau laman web ke. Ngeh, ayat ngajuk lah konon.

Dahlah, sori kacau masa kau, semoga baek2 saja!

Yang benar,

Mr Blog yang marhaen.

2 comments:

Anonymous said...

sedih... terharunya baca kisah entum berdua.. hehe

Ammar Hanapiah said...

kan? haha