Pages

Thursday, 19 June 2014

Berdosa As Easy As ABC

[Kredit]


Mudahnya aku berbuat dosa,
Tika mana  tuhan tak pernah terlepas pandanganNya,
Memerhati akan aku setiap langkah dan ketika,
Tidak kira ketika bersendirian mahupun bersama rakan sebaya,

Tidak kira pagi mahupun hari sudah memasuki senja,
Pandangannya tak pernah dusta,
Mengawasi aku dalam segenap aspek perkara,
Dan aku dengan selamba berkata,
“Tak pe lah kot, sekali sekala”
Lupa aku akan kedahsyatan azab neraka,
Ohh, aku ini sudah kenapa??!


Mudahnya aku berbuat maksiat,
Dalam pada masa ummat sedang tenat,
Tika mana mereka menanti para duat,
Yang gigih berjuang tanpa lelah dan penat,
Untuk menjadi hero sang penyelamat,
Laungan “Dimana pemuda Alfateh?” sudah sentiasa tersemat,
Tapi aku mudah sahaja mengelat,
Masih bermaksiat sambil makan cokelat,
Dengan perlahan berbisik kelat,
“Alah, nanti2 kan boleh bertaubat?”
Argh, masih bisakah aku bermain2 dengan hari akhirat??!


Ah, sudahlah, terlalu banyak aku bersembang,
Sembang yang terlalu kencang,
Sehinggakan tidak sedar amalan jadi terhuyung- hayang,
Terkadang begitu sahaja terbang melayang,
Akibat mulut yang begitu lancang,
Juga jari jemari yang menaip pada laman sesawang,
Kencang, begitu kencang.
Sudah sudahlah.


Sudah.











No comments: