[kredit] |
Hidup kita sehari- hari tak boleh dipisahkan dengan
persepsi. Boleh dikatakan hampir setiap masa jugaklah kita akan bermain dengan
persepsi, atau dengan kata yang lebih simple pandangan/tanggapan. Iyalah, mana
tidaknya, setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan ini memerlukan
pilihan daripada kita. Dan pilihan itu pasti saja membutuhkan idea dan fikiran
yang perlu diperah. Dan nak perah idea kita perlu membuat andaian itu dan ini,
dan kita akan membuat sedikit hipotesis macam mana kalau terjadi itu dan macam mana
kalau terjadi ini.
Contohnya, kalau kita nak makan, pasti banyak andaian yang
berkaitan dengan makanan akan menerjah fikiran kita. Soal harga berpatutan ke
tak, soal kenyang ke tak, soal kena tak dengan selera, soal nak share dengan
orang lain ke nak makan sensorang, dan lain- lain.
Ataupun kalau berkaitan dengan tidur kita akan fikir nak
tidur pukul berapa, nak tidur on kipas ke tak, nak pakai baju apa waktu tidur,
kalau tidur waktu ini rasa2 boleh subuh di masjid ataupun tak(sentapmaknak),
dan sebagainya.
Dan begitu jugak perkara yang boleh dijadikan contoh
berkaitan pergaulan sesama rakan kita sehari- hari. Terkadang kita akan fikir
dia ni dah kenapa muka moyok je, kena marah dengan mak ke apa? Ataupun kenapa
happy semacam je ni, mesti ada akhawat tersenyum kat dia(batukberdarahdarah*)
ni tak boleh jadi ni, ataupun kenapa lambat datang kelas ni mesti bangun lambat
ni itulaa orang dah cakap suruh tidur awal tak nak! Eh.
Begitulah, setiap masa dan ketika, kita akan membuat
andaian. Persepsi kita berjalan seiring dengan paras pemikiran kita. Adakalanya
persepsi kita akan silap, adakalanya persepsi kita akan betul. Adakalanya
persepsi kita pada awalnya hampir dah nak betul, dah tapi last2 bertukar
menjadi salah. Ada jugak pada awalnya kelihatannya seolah- olah persepsi kita
itu salah tapi last minute ianya menjadi tepat. Hmm, macam- macam.
Dan, persepsi ini ada dua sahaja. Yang baik, dan yang buruk.
Kalau persepsi yang baik, segala perkara yang bersangkut paut adalah positif
sahaja. Ideanya jauh lebih berwawasan. Kita akan membuat andaian yang terbaik
dan tidak menyusahkan, kita akan bersangka dengan tahap sangkaan yang murni
tanpa timbul sifat dengki mahupun iri hati, fikiran kita akan menjadi penuh
hikmah dan kesabaran.
Sebagai seorang daie, persepsi yang baik ini tak boleh tidak,
perlulah disemai dalam jiwa. Kerna, untuk menghadapi bermacam ragam mad’u, kita
tak boleh lari dari bersangka- sangka, membuat andaian dan spekulasi. Jadi
kalau kita asyik nak bersu’u zhan(sangka buruk) sahaja dengan mad’u, bagaimana
kita nak tarik dia kepada islam kan? Sebab itu persepsi yang baik haruslah
dibina dari jiwa yang bersih dan hati yang suci agar tidak dikotori oleh
sangkaan- sangkaan yang tak membawa kepada sudut positif bahkan lebih menambah
koleksi dosa kita nauzubillah.
Sementara persepsi buruk pula adalah tanggapan yang sentiasa
cendorong ke arah dorongan hawa nafsu. Mana
tidaknya, fikirannya sentiasa memikirkan sesuatu yang buruk dan negatif sebagai
tindak balas kepada hati yang tak berapa nak bersih. Jadinya, jauhilah persepsi
buruk ya kawan2. Eh.
Baik. Apa sebenarnya hadaf penulisan post untuk kali ini. Seakan
tak nampak motif yang jelas di situ. Terasa bagaikan nak skip sahaja dari terus
membaca sampai habis dengan menekan simbol pangkah pada tab. Fuh.
Sabar, jangan dahulu saudara, dengarkan dahulu penjelasan
saya. Saya pun kalau berada di pihak saudara pasti akan turut bertindak
sedemikian, tapi rasional lah skit. Tetiba.
Begini, setelah meneliti dan memahami apa yang dimaksudkan
dengan persepsi dari sudut pandang seorang manusia, saya ingin membawa anda
menyelusuri dan think out of the box sedikit. Boleh ke?
Pernah tak dalam sehari- seharian kita, instead of kita
sibuk mengawal dan merencana persepsi kita, kita fikir bagaimana agak2nya ‘Persepsi’
Allah terhadap kita? Bagaimana agaknya ‘perasaan’ Allah terhadap kita sekarang
ini? Adakah tanggapanNya pada kita membawa kepada nilai kerahmatan ataupun
kemurkaan?
Allahu Allah. Tiada siapa yang pernah dan akan tahu ‘persepsi’
Allah terhadap kita, dimana kedudukan kita dalam kalangan hamba- hambaNya, apa
maqam kita. Juga tiada siapa yang pernah dan akan tahu di mana tempatnya di
akhirat nanti. Kita tak akan pernah tahu tahap keredhaan Allah terhadap kita,
samada Dia terima amal kita ataupun tidak.
Sebab itu, dalam kehidupan kita seboleh- boleh nya kita
berusaha untuk menjauhkan diri daripada menjadi seorang yang syok sendiri dan
perasan sudah qawiy, lebih baik dari orang lain. Jangan saudara, jangan. Kerana
apa, kerna sikap itu menunjukkan seolah- olah yang menilai baik buruk dosa
pahala adalah diri kita! Nauzubillah.
Dalam Al- Quran, Allah telahpun sebut ayatNya yang benar-
benar menampar jiwa dan hati kita,
"Katakanlah (wahai
Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi
amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya
dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul
dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan."
[Al- Kahfi : 103-104]
Iya, sungguh rugi menjadi golongan seperti ini. Rugi serugi-
ruginya! Mereka bukannya tidak beramal, mereka beramal juga, tapi akibat
daripada keegoan dan riya yang wujud dalam jiwa mereka, kepenatan mereka
beramal menjadi sia- sia, angka kosong! Dan menariknya, kita pun boleh termasuk
dalam golongan itu. Nauzubillah T.T
Kerana itu kita tak pelik apabila ulama terkemuka dunia
seperti Imam Syafie mengatakan bahawa beliau tak layak untuk ke syurga, walhal
kehidupan sehari- harinya menunjukkan betapa beliau begitu bersungguh untuk
menggapai redha Allah, hidupnya penuh dengan mengingati Allah dan begitu
menjauhi maksiat. Kerana apa? Kerana beliau tak tahu bagaimana ‘persepsi’ Allah
terhadapnya. Oleh itu beliau berusaha sehabis mungkin untuk gapai redha Allah
itu. Tapi kita yang baca buku pun malas ini senang- senang je kata,
‘Hmm, rasa2 Allah dah redha dah kat aku ni. Syurga mung
tunggu aku datannngg!’ Uhuk2 batuk dahsyat.
Juga bagaimana kisah Saidina Umar yang pernah berkata, “Aku
hanyalah seorang Umar. Jika tidak kerana Islam, tiadalah kemuliaanku. Andai
semua manusia pergi ke syurga kecuali seorang, aku sangat bimbang orang itu
ialah aku.” Hah, bagaimana seorang yang telahpun dijamin syurga boleh
menuturkan kata- kata sebegini? Hairan bukan? Tak lain tak bukan kerana kerendahan
hatinya dan ketidaksyoksendirinya terhadap segala amalnya. Agak jauh benar
bezanya dengan kita? Hmmm.
Sebab itulah saudara, menjadi satu kemestian dalam diri kita
untuk sentiasa tidak berasa cukup dengan amalan kita. Fikirlah bagaimana ‘persepsi’
Allah terhadap kita, dan ketika itu kita akan berasa betapa banyaknya dosa
kita, betapa hina dan kerdilnya kita, jugak betapa tidak layaknya kita untuk
gapai syurgaNya.
Semoga, kita terus ikhlas beramal.
No comments:
Post a Comment