Pages

Monday, 23 June 2014

Baina Ramadhan Wal Costa Rica

[kredit]


Kali pertama saya mendengar negara yang bernama Costa Rica adalah ketika FIFA World Cup 2006 Germany lebih kurang lapan tahun yang lepas. Waktu itu team bola feveret saya sepanjang zaman sampai mati(eh) jerman, membuka tirai piala dunia dengan menentang Costa Rica. Waktu itu tertanya- tanya juga, Costa Rica? pasukan noob mana ni? Tak pernah dengar pon. Ok jahat.

 Walaupun kalah dengan kekalahan yang agak besar (2-4) menentang Jerman itu, saya agak sedikit terkejut eceh dengan kemampuan pasukan Costa Rica yang masih mampu menjaringkan 2 gol. Iyalah, pasukan yang datang entah dari mana, tiba2 mampu menjaringkan gol against Jerman yang tak asing lagi daripada menjadi pilihan memenangi piala dunia saban tahun.

Hmm, sampai situ sahajalah memori saya mengenai Costa Rica sebelum ini. Sebab selepas itu, kedua- dua match dalam peringkat kumpulan menentang Equador dan Poland, Costa Rica telahpun kalah. Jadi saya tak lagi pandang kumpulan yang sebegini lemah. Tumpuan saya lebih terarah kepada kumpulan yang lebih hebat seperti Argentina, Brazil, Spain dan sebagainyalah kan. Maka, pulanglah mereka ke tanah air sebagai pasukan belasahan dengan perasaan yang sangat hampa tanpa keputusan seri apatahlagi kemenangan. Hebat punya struggle masa qualification dulu, cenggini je result yang mereka mampu peroleh. Bai

Masa pon berlalu.

4 tahun kemudian, Costa Rica meneruskan zaman kesedihan mereka dengan ketidaklayakan mereka untuk join piala dunia. Terpaksa lah mereka duduk tercongok depan TV tengok team2 negara lain bertanding World Cup 2010 dalam rumah dibawah naungan aircond. Lebih menyedihkan, mereka tak layak sebab tewas pada perlawanan penentuan terakhir, yang mana kalau mereka berjaya menang pada perlawanan itu, mereka dah boleh join piala dunia. Tapi itulah, orang kata apa, wamakaru wamakarallah. Gittuuuh.

Masa pon berlalu lagi. Kali ini mereka tak biarkan masa berlalu dengan begitu sahaja. Mereka training like a boss. Struggle siang malam, jaga pemakanan, jaga kesihatan, pergi gym, diet, dan macam- macam. Segalanya- galanya dengan harapan untuk layak join piala dunia. Dan akhirnya, waktu peringkat kelayakan, mereka telah membuktikan bahawa usaha selama 4 tahun tidak sia- sia apabila berjaya kembali menempatkan diri dalam tournament piala dunia edisi 2014. Maka menjerit dan bersorak kesukaanlah mereka bersama- sama jutaan penduduk negara Costa Rica meraikan kejayaan mereka layak menyertai piala dunia. Yuhhuuu~

Namun orang kata, langit tak selalunya cerah, hidup tak selalunya indah, kerana ujian hidup tak pernah mengalah, ewahh.

Costa Rica terpaksa mendepani ujian yang sangat- sangat getir. Dalam edisi piala dunia kali ini, mereka ditempatkan dalam ‘kumpulan maut’ menampilkan 3 lagi team yang sangat dahsyat kehebatannya iaitu England (ranking 10), Uruguay (ranking 7) dan jugak italy (ranking 9). Kesemua ketiga- tiga team yang bakal ditempuh Costa Rica adalah merupakan antara top 10 dunia! Sudah. Penat2 mereka habis- habisan menggembleng tenaga untuk layak ke Piala Dunia, cenggini pulak mereka terpaksa tempuh. Habislah, masak la mereka kena bantai. Ramailah yang membuat spekulasi bahawa Costa Rica memang tak mampu lah nak bernafas dalam edisi kali ni. Pergi balik je lah. *emoticon jelir lidah

Nak tak nak, mereka kena jugak berdepan dengan kumpulan maut tersebut. Fuh.

Dengan muka yang penuh berkerut menandakan azam yang tinggi dan semangat juang yang berkobar- kobar, mereka memulakan tirai pembukaan perlawanan menentang Uruguay, team yang tak asing lagi yang dibarisi oleh bintang2 dunia seperti Luis Suarez, Diego Forlan dan Cavani. Struggle punya struggle punya struggle, akhirnya 90 minit yang mereka tempuhi itu menjadi menjadi milik mereka, mereka berjaya mengatasi Uruguay 3-1, setelah bangkit mengganas mejaringkan 3 gol apabila tersentak dibolosi 1 gol oleh Uruguay. Tahniah.

Tika itu, satu dunia terkejut melihat performance mereka. Sangat memukau dan menakjubkan. Tumpuan sedikit terarah kepada mereka. Pengkritik2 yang sebelum ini giat memperlekeh team Costa Rica mulai tersentak melihat kehebatan mereka mendominasi perlawanan. Haa tau pon.

Kemudian pada perlawanan kedua, mereka berdepan pula dengan italy, team yang memenangi piala dunia edisi 2006 yang memang sangat sukar untuk ditewaskan. Dengan berbekalkan moral yang agak tinggi setelah mengambil semangat kemenangan menentang Uruguay tempoh hari, mereka sekali lagi berhempas pulas mengatur strategi demi strategi dalam tempoh 90 minit itu. Dan nyata, mereka sekali lagi mendominasi perlawanan dengan kemenangan 1-0! Tika itu, satu dunia macam, “Like Seriously?!” terkejut dengan kemampuan mereka untuk menang. Iya, menang menentang italy!

Dengan kemenangan itu, Costa Rica mendahului carta kumpulan maut dengan gah berdiri diatas ketiga2 team top 10 dunia itu. Dan sekiranya mereka tewas dalam perlawanan ketiga nanti sekalipun, mereka still layak untuk mara ke peringkat seterusnya. Dalam persaingan yang penuh mencabar mengharungi kumpulan maut ini,  mereka berjaya membuktikan selemah- lemah mana pun satu team itu, andai disertai dengan azam yang tinggi dan semangat juang yang kental, tidak mustahil untuk menang menentang mana- mana pasukan hebat sekalipun. Seolah- olah mereka ingin membuktikan bahawa FIFA world cup merupakan medan untuk mereka tunjukkan prestasi dan performance mereka kepada seluruh warga dunia. Tak gitu? Kasi senyap gitu pengkritik sembang kencang yang pada awalnya begitu merendah2 kan team Costa Rica. Eh

***

Dan begitulah juga kisahnya dengan ramadhan. Andai kita lihat dari satu sudut, apa yang dilalui oleh pasukan Costa Rica dalam misi menghadapi piala dunia tidak ubah seperti kita dalam persediaan menghadapi ramadhan.

Haa, bagaimana kaitannya? Begini.

Sebagai manusia, dosa kita seringkali bertambah hari demi hari. Tak cukup setel dengan dosa ini, dosa itu pula kita buat. Sehinggakan kita rasakan bahawa keampunan tuhan itu sudah terlalu jauh.

Tapi Allah itu baik. Maha dan terlalu baik. Melalui hadith nabi ini Dia titipkan kasih sayang kepada kita :


“Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan dengan mengharapkan redha-Nya, maka diampunilah dosa-dosa yang dilakukannya di masa lalu.”
[HR. Bukhari, an-Nasai, Ibnu Majah, Ahmad, dan Ibnu Hibban]


Nah, bagaimana?

Selemah- lemah mana pun kita, sekerdil- kerdil mana pun kita, setinggi- tinggi mana pun dosa kita, andai sebulan ramadhan kita tempuh dengan penuh rasa kehambaan, dengan penuh keimanan dan taqwa, dengan mengharapkan redhaNya semata, inshaAllah darjat kita akan dinaikkan oleh Allah Taala dengan diampuni dosa2 kita yang telah lalu. Allahu, semoga!

Macam pasukan Costa Rica lah, masa sebelum FIFA, semua org tak kenal pun, tapi dengan kesungguhan mereka, kini semua makhluk dunia menititpkan pujian buat mereka.

Cam ye ye.


Sekian slamatt menyambut ramadhan. Yuhuu~

5 comments:

Inspector Saahab said...

Hmmmp

costa rica lagi panjang dri ibrah. eheh

Ammar Hanapiah said...

ok soriii. hilang thiqah.

Eheh

Unknown said...

Ammar! Haha.

Betul ke costa rica bersungguh-sungguh? atau team lain yang tak bersungguh-sungguh?

Macam germany tuh. Haha.

hamba berdosa said...

bijok33....well said... nice ammar..;)

Ammar Hanapiah said...

Afiq: ok fine costa rica ngan germany 2-2 bersungguh. semua bersungguh lah senang cerita. kita ni ha bersungguh ke tak dakwah T.T