Pages

Sunday, 15 June 2014

Cuti- Cuti Jordaniaa

[kredit]


Cuti. Siapa manusia di alam semesta ini yang tak sukakan percutian? Hakikatnya memang menjadi fitrah seorang manusia untuk menikmati nikmat cuti, walau sesiapapun manusia itu, merentasi semua peringkat umur. Agak tak kena dengan psikologi manusia sekiranya ada manusia yang membenci cuti (faktor- faktor luaran dikecualikan la kan)


Kita pasti tidak boleh lupa bagaimana kisah kita diwaktu masih kecil, pabila waktu cuti tiba keterujaan kita menjadi membuak- buak, kita benar- benar sukakan percutiaaan! Tak kisah lah cuti hujung minggu sekalipun, kita masih berasa girang gembira untuk menyambutnya. Kerana padanya kita bebas dari disipilin hari persekolahan, kita tak perlu terketar- ketar mandi seawal jam 6 pagi, kita boleh meluangkan masa bersama mak ayah yang turut bercuti, juga kita boleh meluangkan seberapa banyak masa untuk marathon menonton television berjam- jam cerita kartun bersiri yang sememangnya dinanti- nanti dari hari isnin sampai jumaat, hoyeaaaahhh!

Dan pabila umur kita semakin meningkat naik, kita semakin belajar erti kehidupan. Betapa kehidupan bukan sekadar menonton tv dan bermain- main girang gembira bersama rakan- rakan sahaja, tetapi ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Yang menjadikan zaman kita sewaktu kecil dan besar nyata jauh sekali berbeza.

Hal ini menjadikan kita lebih busy. Sibuk urusan sini sana, sehinggakan waktu cuti sangat terhad. Ini menjadikan kita semakin teruja untuk bertemu dengan cuti, rasa tak sabar semakin menjadi- jadi. Kita ingin bebas, kita ingin rehat, kita ingin bersenang lenang sepanjang hari tanpa ada keserabutan mengganggu fikiran kita, tanpa timbunan kerja membeban bahu kita.

Dan begitulah apa yang dirasakan oleh seorang pemuda bernama Abdullah. Seorang penuntut universiti di oversea. Ataupun lebih tepatnya di negara sham, Jordan.

Sehari –hari terkadang dia merasakan bahawa kehidupannya di universiti terlalu dan terlampau menyempitkan(sehinggakan pernah sekali nafasnya tercungap2 dibuatnya eh). Mana tidaknya, sebagai seorang pelajar yang mengambil jurusan kedoktoran, komitmen dan tumpuan terhadap akademik haruslah dikerah seratus peratus. Dengan kadar kesusahan yang sangat dahsyat ditetapkan oleh pihak universiti terhadap pelajar jurusan kedoktoran untuk lulus, dia tak boleh tidak kena struggle habis- habisan memerah keringat membanting tulang bagi memastikan cita- citanya tercapai .

Maka hidupnya setiap hari sangatlah padat. Seawal jam 7 pagi lagi dia sudah bersiap untuk bertolak menuju ke universiti. Dahla kena tidur lambat nak kena buat revision study balik apa yang lecturer ajar, dia kena bangun awal pula untuk pergi ke universiti. Dalam kelas, dia tak boleh nak pejamkan mata untuk tidur kerana silibus yang diajar oleh lecturer itu sangat dahsyat kelajuannya. Sangat padu.

Itu belum cerita masa musim exam lagi, jadual sehariannya menjadi lebih padat yang amat dahsyat. Untuk persediaan menghadapi peperiksaan, dia perlulah study sekurang- kurangnya 3 minggu sebelum exam tiba. Sila baca, “sekurang- kurangnya”. Kalau terlewat sedikit, padah bencana alam lah jawabnya. Memang sukar untuk menghabiskan silibus dalam waktu yang agak singkat. Kerana exam medic itu hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dahsyatnya examnya.

Maka dia pun seperti rakan- rakannya yang lain pun berkerja keras membuat pelbagai perancangan dan strategi untuk menghadapi exam. Pada waktu exam week, mereka gigih membuat kelas tambahan, pergi berjumpa lecturer untuk bertanyakan itu dan ini, bagi2 link tenet yg ada kaitan dengan bab2, sebar2 slides through bluetooth ke tab kawan- kawan dan sebagainya lah. Seolah- olahnya dunia mereka waktu itu hanya fikirkan exam sahaja. Makan exam, tidur exam, sembang exam. Dan lain- lain. Nak cerita betapa sibuknya mereka dalam usaha menghadapi peperiksaan yang sentiasa menjadi satu penungguan yang menyeramkan sehingga bisa mengalirkan peluh di dahi mahupun pipi.

Hari bertukar hari, detik berdetik- detik, akhirnya setelah menempuh dan mengharungi penuh onak badai dan duri, merentasi segenap aspek kepayahan dan ketahanan emosi menghadapi exam, akhirnya dia pun dapatlah cuti. Yeargh, akhirnya.

Menariknya, pada cuti sem kali ini, dia pulang ke Malaysia. Iya, walaupun hanya dapat cuti 2 minggu sahaja, akan tetapi itulah yang ditunggu- tunggu olehnya selama ini. Bebas dari segala bebanan keserabutan yang melampau. Disamping dapat bertemu dengan ibu bapa dan adik beradiknya yang semestinya dirindui lama.

Sesampai sahaja di rumah, apa lagi, terus sahaja dia jadikan katilnya sebagai kolam untuk di dive gaya seorang Michael Phelps. Abdullah penat, dia ingin melepaskan segala bebanan kepenatannya pada katil, kononnya lah. Seolah- olah wujud magnet pada katil yang menariknya sebegitu dahsyat.

Namun, lama kelamaan, magnet itu seakan tidak- tidak juga hilang. Ibu bapanya sangka, lepas sehari dua, hilang lah kesan magnet katil itu dan dia boleh la keluar dari biliknya bersosial bersama adik beradik menonton tv, makan, pergi masjid, ngaji bersama- sama. Ini tidak, walaupun sudahpun 4 hari berlalu, jasadnya masih lagi di katil. Tidak lah 24 jam di katil, waktu solat dia akan solat, waktu makan dia akan makan, tapi setelah itu, terus sahaja terbungkam menerjun ke arah katil itu. Adoi

Puan Iffah, ibu kepada Abdullah menggeleng sahaja setiap kali dia melihat anaknya itu berada di katil. Mana tidaknya, dia nyata kurang senang dengan sikap anaknya itu. Kemonlah kata rindu, tapi bila balik bukannya nak luahkan rindu pun. Kalau setakat nak tidur baik tak payah balik malaysia. heh tetiba emosi

Lantas Puan Iffah pun buat satu keputusan yang tak disangka-sangka. Satu keputusan yang benar- benar susah untuk diduga.

Tika itu abdullah sedang makan tengah hari bersamanya. Turut berada disitu adalah Encik Muhammad, suaminya.

“Ibu dah tukar tiket kamu” tiba2 sahaja. Dia keluarkan kata- kata itu sambil mencedokkan nasi buat suaminya.

Tanpa apa2 prasangka, Abdullah bertanya, “Tiket apa?”

“Tiket ke jordan. Kamu balik besok, malam ni siap2 packing barang” Masih selamba.

“Hahhhh???!!!” Terkejut bukan main dia waktu itu. Mukanya yang tadi monyok mengantuk, terus sahaja menjadi segar bugar dek kerana terkejut mendengar berita itu. Sungguh tanpa angin tanpa ribut berita itu benar- benar hadir secara tiba- tiba, tak disangka- sangka!

“Tapi bukan ke angah ada lagi seminggu ke cuti kat malaysia ni? Kenapa belikan tiket awal sangat, kenapa tukar tarikh...? ” Nyata dia benar2 kurang senang dengan tindakan ibunya itu. Iyalah, cuti lagi lama kot.

“Hmmmmhh. Kamu duduk kat sini, bukannya buat apa- apa pun. Tidur sepanjang masa, keluar bilik pun tak. Ibu rasa baik lah kamu pergi balik jordan sana, stay kat sana buat aktiviti dengan kawan2, at least ada jugak faedah. Kat sini nak buat semua tu, hmmm harapan.” Pedas mencucuk Puan Iffah menerangkan.

Abdullah hampir mengalirkan air mata, nyata kata2 ibunya benar2 menyentapkan. Sentap sehingga ke dasar lubuk hatinya! Dia menjadi insaf, arakian terus sahaja teringat pesanan murabbinya suatu ketika dahulu,

“Kita kalau nak tengok personaliti seorang daie yang sebenar, lihatlah waktu dia di rumah, bercuti. Tika itu kita dapat tengok sejauh mana tarbiyah telah mendidik dia, sejauh mana dia benar2 amalkan apa yang dipelajarinya di dalam liqa dan sebagainya. ”

Dan itulah yang dihadapinya sekarang. Ketika bersama rakan- rakannya bolehlah dia pom pam sini sana sembang kencang soal kebaikan, tapi bila dah cuti balik kampung, haa, terus berubah sekelip mata.

“Ibu, ayah, maafkan angah..kalau dah tiket pun dah beli, nk buat macam mana lagi kan? Memang patut pun angah dihukum sebegini rupa” Luah Abdullah sambil mukanya tunduk ke bawah, penuh keinsafan. pergh ayat tak boleh nak touching lagi.

Encik Muhammad dan Puan Iffah saling berpandangan. Senyum sahaja mereka berdua.

“Dah2 kamu tak payah nak sedih2 toucing sangat. Ibu kamu tu bergurau je, saja je nak test kamu” Encik Muhammad cool.

“Siyeslaah??!” terpacar air mata kegembiraan pada mata Abdullah.

Dan semenjak itu, cuti berbaki seminggu dimanfaatkan semaksimum mungkin. Abdullah menjadi benar2 produktif dan segar sepanjang hari ringan tulang menolong ibu ayahnya sehabis mampu sehingga Puan  Iffah seringkali memegang perutnya sambil berkata,

“Patutlah aku rasa sejuk je bila ngandungkan kamu” Tetibe.

Tamat.







3 comments:

hew hew said...

-,-

balik mesia dak ? :p

susah nk predict citer benar ke dak

Ammar Hanapiah said...

balik inshaAllah =P

xyah predict, relatekan dgn khidupan seharian kita. gituuuhh

S said...

Deep