Pages

Sunday, 9 February 2014

Harga Setitis Air Mata

[kredit]


-BISMILLAH-

Pernah atau tidak suatu ketika kita mengalami satu perasaan yang serba tidak kena. Fikiran kita bercelaru. Jumpa orang ni, rasa serabut. Jumpa orang tu rasa hambar. Hambar giler, seolah-olah luput segala kenangan manis sepanjang perkenalan antara kita dengan dia.

Pagi itu, kita mulakan hari dengan penuh duka. Turun sahaja tangga, kita terjatuh. Lebam kot! Kemudian kita separa menjerit. Dan macam biasalah, cover seolah-olah tiada apa yg berlaku. Selang sahaja beberapa ketika, kita baru tersedar yang kita terlupa untuk membawa buku ke universiti sebab tertinggal diatas meja. Study until late night punya pasal. Terpaksalah patah balik ke rumah untuk ambil balik buku. Sudahlah jalan ke rumah berbukit-bukau! Habis basah baju, mandi peluh punya pasal.

Tidak cukup dengan itu, dalam kelas kita dimarahi oleh lecturer sebab terlupa silentkan phone. Boleh pulak masa tu kawan call, habis bising satu kelas dengan bunyi ringtone phone kita. Ringtone rare plak tuh. Kita berasa sangat malu dengan insiden itu. Semua orang dari setiap sudut memerhatikan kita, tak tahu dah nak menyorok kat mana muka kita yang tak berapa nak hensem ini.

Dan hari itu masa terus berlalu dengan datangnya masalah yang bertubi – tubi. Kita menjadi tertekan, tertekan dan tertekan. Sehingga sampai tahap kita mengharapkan agar segala masalah yang dihadapi itu adalah mimpi semata-mata. Jesteru itu, kita mencubit lengan sekuat hati. Arghhhhh! Kita menjerit sakit. Bukan mimpi. Hadoii, satu lagi masalah tambah kau.

Begitulah, semua orang pernah merasainya bukan? Ya ya, memanglah bukan exactly the same tapi lebih kurang lah kan? Semua orang punya kisah hitam, kelabu dan hijau masing- masing. Hakikatnya kita tahu tentang diri kita. Kenyit mata.

Tahukah anda, disebalik semua itu, ianya adalah satu tanda rahmat dan kasih sayang dari Allah?

Sebab Allah rindu dengan kita dia hadirkan perasaan bercelaru supaya kita bisa pohon ketenangan hanya dari Dia.

Sebab Allah sayang dengan kitalah dia timbulkan pelbagai masalah yang x jemu-jemu mendatangi kita supaya dengan itu kita boleh merintih padaNYA, menyerahkan segala-galanya padaNya.

Dan sebab Allah caring kat kitalah dia wujudkan perasaan hambar dalam persahabatan kita supaya kita dapat refresh dan perbaiki balik cara kita berukhuwwah, meletakkan redha Allah sebagai asas dalam erti persahabatan.

Ok cakap mudahlah kan? Nak buat…ha. Susah giler kot.
Ya, ianya akan menjadi susah giler selagimana kita tidak mencubanya. Juga selagimana kita tidak meruntuhkan ego kita untuk merintih, mengadu, memuhasabah, mengalirkan air mata kita dikala orang lain sedang lena dalam tidur mereka.

"Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang" 
[Ar-Ra'd : 28]

Okay banyak kali kita sudah kita dengar ayat ini bukan? Apa guna dengar beribu kali sekiranya ayat ini tidak mendatangkan kesan pada kehidupan seharian kita. Kan? Ayat- ayat chentaNYA yang dimuatkan dalam Al-quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk kita gunakan sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kita kepadaNya.

Menangis, menangis dan menangislah, dan kita akan dapati segalanya akan menjadi pulih inshaAllah.
Saya ada pernah menanyakan soalan kepada murabbi saya,
“Macam mana nak nangis ek?”

Dia menjawab, air mata itu datangnya dari hati. Kita perlu merasainya dari lubuk yang paling dalam. Kehidupan kita ini terlalu banyak kita peruntukkan untuk dunia. Pagi- pagi pergi ke kelas. Lepas tu balik rehat sekejap. Petang bermain bola. Kemudian malam kita study. Tu pun kalau study lah, tapi standard nya layan movie, game. kan.

Jesteru, bila je masa kita peruntukkan untuk Allah? Hanya di masjid, dalam solat sahaja bukan? Sebab itulah adalah menjadi satu keperluan bagi kita untuk mencuba sedaya mungkin untuk berbicara dengan Allah. Kita cuba mengadu segala-galanya pada Allah, mengungkit dosa- dosa kita supaya dia bisa mengampuni dosa kita.

 Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:

1. Pemimpin yang adil.
2. Pemuda yang tumbuh di atas kebiasaan ‘ibadah kepada Rabbnya.
3. Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid.
4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, sehingga mereka tidak bertemu dan tidak juga berpisah kecuali kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik lalu dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah’.
6. Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
7. Orang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan sendiri hingga kedua matanya basah kerana menangis.”
(HR Al-Bukhari no. 620 dan Muslim no. 1712)

Lihatlah betapa tingginya darjat orang yang menggugurkan air mata kerana takut dan mengharap pada Allah. Ianya bukannya soal biasa-biasa. Ianya soal tempat kita di padang mahsyar nanti, apakah kita bisa memperoleh seat vip tatkala dihisab nanti, ataupun turut sama menjerit melolong meraih simpati entah dari siapa dek tak tahan dengan teriknya api matahari (na’uzubulillahiminzaalik)

Sebab itulah ade orang kata, ‘Air mata itu bisa memandamkan api neraka’ Kerana waktu kita menangis itulah puncak kepada penyerahan diri kita kepada Allah. Dan waktu itulah Allah akan mendengar segala luahan kita inshaAllah.

Jadiknya, bersyukurlah apabila Allah hadirkan perasaan down, berkecamuk dalam perasaan kita kerana disebalik itu terdapat 1001 kenikmatan. Sekiranya kita faham. Berapa ramai orang yang Allah biarkan mereka terus ayik dengan kekayaan dunia sehingga mereka menjadi lalai dan leka lalu mengakibatkan mereka ditimpakan azab yang pedih di akhirat nanti.
Semoga. Kita tidak termasuk dalam golongan itu.






3 comments:

Anonymous said...

Teruskan akh.

Moga Allah redha.

Ammar Hanapiah said...

(y) inshaAllah. =DD

si kacak said...

Masha Allah

Diam diam berbisi