Pages

Saturday, 22 February 2014

Rindu Tak Perlu Kata Apa-apa

[kredit]


-BISMILLAH-

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju


Tajuk Lagu: Aku Merinduimu
Kumpulan: Devotees

***

Saban hari pasti sahaja saya akan memainkan lagu ini waktu on the way pulang ke rumah selepas solat subuh. Nyata lagu ini sangat memberi makna yang sangat besar dalam hidup saya. Entah kenapa, tak pernah pun rasa bosan bila dengar lagu ni. Bukanlah kerana alunan irama muziknya yang bagi saya agak ‘feels’ itu, tetapi kerana mesej dan intipati yang ada dalamnya. 

Berada jauh dari keluarga memang merupakan satu cabaran bagi saya. Disini, di tanah arab ini, tiada lagi insan yang akan sediakan sarapan untuk saya. Dinner dan lunch. Yang akan hantar kita ke stesen bas. Yang akan sentiasa pastikan perut kita terisi dengan makanan, Jiwa kita terisi dengan ruh islam. Yang akan sentiasa mengingatkan kita untuk segera bersiap untuk ke masjid. Juga yang akan sentiasa 24 jam ambil berat pasal kita.

Disini kita bebas melakukan apa sahaja. Namun apa erti kebebasan tanpa ada sentuhan kasih sayang kan?

Sebab itu, tatkala saya rasa berseorangan, saya akan cuba menghubungi mereka melalui skype dan sebagainya. Di dalam doa saya, saya akan membayangkan wajah mereka, berharap agar Allah memberikan yang terbaik buat mereka. Dikala saya sedang belajar, saya akan menyuruh mereka mendoakan saya. Tatkala saya memasak saya akan upload gambar mknn dlm watsep nk tunjuk poyo saya pun boleh masak cucur mcm ummi. Tehee. Cucur je pon.

Begitulah, terkadang kita terlalu sibuk dengan pelajaran kita, sehinggakan kita lupa yang mereka merupakan guru pertama kita. Mengajar kita membaca mengira. Dimana kita letak mereka sehingga kita boleh melupakan mereka.

Terkadang kita sibuk ber’dakwah’ sehingga kita lupa yang mereka adalah murabbi kita yang pertama. Mendidik kita mengenal tuhan yang maha Esa, membezakan antara dosa pahala dan mengajar kepentingan menunaikan solat di masjid. Kesemuanya.

Terkadang kita terlalu sibuk ber’ukhuwah’ sehingga kita lupa yang merekalah sebenarnya insan yang pertama mengajar kita apa erti kasih sayang, erti tanggungjawab, pengorbanan, kesusahan dan kegigihan demi memastikan keperluan kita tercukup. Kita lupa mereka sanggup bersusah payah demi kesenangan kita. Ithar.

Dan lebih pedih, kita terlalu sibuk dengan dunia kita, menonton movies hingga lewat malam, main game sehingga lebam anak mata, bergelak huha sini sana, tak ingat dunia. Kita lupa yang mereka tiada masa untuk menghabiskan masa dengan perkara sia-sia. Tiada masa untuk movies, games. Bahkan mata mereka lebam kerana tidur lewat demi sesuap nasi untuk kita. Nyata hendonisme memberi kesan yang amat mendalam dalam diri kita.

Tidak salah untuk belajar. Bahkan itulah antara hadaf kenapa kita disini. Tapi jangan sampai kita lupakan mereka.

Tidak salah untuk berdakwah. Bahkan itulah kewajipan dan matlamat kita. Tapi jangan sampai kita mengabaikan tanggungjawab kita pada mereka.

Tidak salah untuk berukhuwwah. Bahkan itulah antara cara kita mengecapi kemanisan iman. Kehebatan taqwa. Tapi pastikan kita letakkan pada prioritinya sehingga mereka tidak merasai kehilangan kita.

Dan tidak salah untuk bermain games, movies. Asalkan kena pada tempatnya, tidak berlebih- lebihan.

Kerana mereka telah berkorban segala untuk kita.

Kerana mereka sentiasa inginkan yang terbaik untuk kita

Juga kerana mereka, kita ada untuk Dia.



Mood: Rindu. Lama x skype ummi, asyik x dpt je. Haha kecoh.



5 comments:

Anonymous said...

Rindu ke??

Unknown said...

EHEEEEEEEM!

Macam kenal jee post yang ada iras iras macam ni.

Heh tapi okay saja. Semuanya milik Allah kan *tetiba*

Jangan nangis nangis, Ammar :P

Ammar Hanapiah said...

Haaaaruslah rindu :D

Ammar Hanapiah said...

Ehem. XD .terbatuk plak.

Inspector Saahab said...

:')