[kredit] |
-BISMILLAH-
Pernah tak dalam hidup kita memiliki kawan yang sangat rapat
dengan kita. Pergi ke sini dengan dia. Pergi ke sana pon dengan dia. Kalau
boleh pergi kemana- mana pon nak dengan dia. Tu tak cerita lagi pasal dia tolong kita
ajarkan Addmath, kita tolong sidaikan baju kat ampaian untuk dia, dia belanja
burger zinger double cheese KFC dan sebagainya. Sampaikan orang boleh gelarkan
kita dengan dia sebagai kembar. Juga kalau orang lain tengok kita takde sekali
dengan dia,pasti sahaja mereka akan berasa hairan.
Namun, pom pam pom pam, tak lama kemudian, mungkin selepas
beberapa ketika tidak berjumpa dan bertegur sapa, hubungan kita tidak lagi
seerat dulu. Seolah-olah kenangan manis antara kita dan dia tidak pernah wujud.
Bukanlah bermakna hubungan kita ada masalah ke ape ke tapi cumanya entah, dia
seolah- seolah hanyalah seorang kawan yang biasa pada pandangan kita, tidak
seperti dahulu yang jauh lebih mesra. Nampak facebook akaun dia online pon
malas nak bertegur sapa.
Ataupun pernah atau tidak kita punya kawan yang pada awal
perkenalan itu sangat lah tidak best. Masing- masing saling bersu’uzhon(buruk
sangka) antara satu sama lain. Bila terserempak je dia bukan main berkerut
dahi, tak suka lah dia duk rapat kita. Padahal bukannya ada salah ape pon. Kalau
main bola sekali tuh pasti sahaja kita akan mengelak untuk bertembung dengan
dia. Senang cerita tak bestlah. Hambar gituuuh.
Pastu tup tap tup tap tetiba kita diaturkan untuk
berkerjasama ataupun join satu program yang sama dengan dia. Kita menjadi
semakin rapat. Semakin hari semakin banyak perkara yang kita kongsikan bersama
dengannya. Seolah-olah kita memang mesra dengannya semenjak awal lagi. Kita
bergelak tawa, main bola sama- sama dengan dia, saling kejut untuk bangun qiam dan
sebagainya. Dan magiknya sampai sekarang kita masih berhubung dengan dia,
walaupun jarak antara benua memisahkan antara kita dengan dia. Waahh.
Pernah bukaan? Haaa.
Inilah yang dinamakan sebagai asam garam dalam erti
persahabatan. Siapa kita untuk menentukan pengakhiran atau permulaan bagi hubungan
persahabatan kita. Kan
“… dan (Allah
Ta’ala) Dia-lah Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang
beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya
kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah
mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
[Al-Anfal
: 63]
Begitulah. Setiap dari kita sesekali tidak akan pernah mampu
untuk membawa hubungan persahabatan kita mencapai kebahagiaan yang hakiki
walaupun kita memberi dia PS4, Henpon Sony XPeria Z1 Compact, kamera DSLR Canon
5D Mark III dan sebagainya sekalipun, melainkan hanya pabila Allah mengizinkan.
Apabila Allah menyatukan hati kita dengan hati dia.
Lantaran itu, abang murabbi saya selalu sebut:
“Kita tidak akan pernah mampu memberi jaminan bahwa hubungan
kita akan terus kekal happy go lucky sebegini, tapi apa yang kita mampu adalah
kita berdoa agar Allah sentiasa membuatkan hubungan yang dijalin ini hanya
kernaNYA, hanya demi meraih redha Allah.”
Mungkin kita ada tertanya- tanya kenapa begitu ek? Padahal
kalau ikut logik akal, bilamana kita dapat hadiah befday gempak giler dari
kawan kita pasti sahaja memadai untuk kita hidup bahagia dengan dia bukan?
Takpun jalan- jalan round Europe, lawat Disneyland, tengok match bola sama-sama
kat Stamford Bridge, pasti sahaja mampu bikin kebahagiaan dalam hati jugak kan?
Europe uuu~
Inilah namanya ujian dari Allah. Allah hendak menguji sejauh
mana kita meletakkan Allah sebagai asas dalam erti persahabatan. Sejauh mana
kita meyakini bahawa hubungan kita bakal berakhir di Syurga agar kita bisa
menziarahinya lagi di syurga kelak.
Kerna hubungan yang tidak berlandaskan keimanan itu, lebih-
lebih lagi yang menjurumuskan kearah kemaksiatan (nauzubillahiminzalik) itu
pasti langsung tidak akan membawa kebahagiaan hakiki. Kalaupun dia berasa
bahagia dengan itu, dia masih punya akhirat untuk menderita sederita-ritanya.
“Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh
bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” [Az-Zukhruf : 67]
Allahuakbar. Tidak dapat bayang macam mana kita bisa menjadi
musuh di akhirat nanti. Kawan yang happy dan ceria wajahnya di muka bumi ini
bertukar mukanya menjadi bengis dan menjeling kita dengan jelingan yang paling
tajam. Elok- elok selangkah je lagi nak masuk syurga ni tetiba dia panggil kita
untuk masuk neraka bersama- sama dengan dia. Nauzubillah, nauzubillah. Moga
Allah jauhkan dari itu.
Sebab itulah kita berdoa agar Allah sentiasa memelihara hubungan persahabatan kita, memastikan hubungan kita tetap dan kekal matlamatnya iaitu meraih redha Allah. Sungguh, erti doa itu amatlah besar sekiranya kita benar- benar tunduk dan patuh meraih memohon daripada Allah Taala.
Kerna, nikmat ukhuwwah adalah antara nikmat terbesar.
Kerna, ukhuwwah kita hingga ke syurga.
Juga kerana Ukhuwwah itu teras kegemilangan. ttibe
***
Post ini didedikasikan buat sahabat seperjuangan yang saya kasihi kerna Allah, Abdul Aziz sempena dengan hari ulangtahun kelahirannya yang ke 19. Semoga, semoga dan semoga terus melaju bergerak menyentuh hati manusia dengan sentuhan tarbiyah inshaAllah!
ok bajet giler nak ade dedikasi bagai. koff2
5 comments:
:3
ok inspector Saahab dah komen. segan wehh.
masalah -,-"
Jazakallahu khair Ammar.
ana selamanya xkan lupakan post ni
(Abdul Aziz,2016)
Jazakallahu khair Ammar.
ana selamanya xkan lupakan post ni
(Abdul Aziz,2016)
Post a Comment