-BISMILLAH-
Tarikh 19-29 Januari 2014 saya kira merupakan antara tarikh
yang paling bermakna dalam hidup saya. Walaupun hanya sepuluh hari namun ianya
cukup memberi kesan yang besar dalam kehidupan seharian saya. Itulah tarikh
dimana saya telah menjejakkan kaki ke haramain(baca: mekah madinah). Saya pergi
ke sana menaiki bas bersama rakan- rakan dari Irbid dan Mafraq. Perjalanan kami
mengambil masa yang sangat lama untuk sampai ke Madinah iaitu lebih kurang 27
jam, namun tempoh yang lama itu seakan hilang bak habuk yang berterbangan
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa apabila kami alhamdulillah sampai ke
perkarangan hotel di Madinah.
First impression yang saya dapati apabila first time masuk masjid nabawi adalah saya tengok suasana disitu tidak tumpah seperti bayangan ketika
zaman islam mencapai Ustaziatul ‘Alam. Semua manusia berlumba- lumba untuk
berbuat kebaikan. Ada yang buat solat sunat, baca quran, zikir, buat bulatan
kecil bersama anak-anak kecil. Juga tidak kurang yang menghadiri majlis ilmu
yang dah macam beribu orang itu! Ramai kot. Naik bulu roma, siyes.
Kemudian tatkala menziarahi makam nabi buat pertama kali,
terasa sejuk air mata mengalir ke pipi. Sedih, sayu, hiba, terharu. Semuanya.
Terasa bagaikan lemah benar untuk berdepan dengan kekasih Allah apatah lagi mendapatkan
syafaat baginda kelak di akhirat. Berapa banyak je amal yang aku buat untuk
dapatkan syafaat. Dan yang lebih penting, berapa banyak je masa aku korbankan
untuk islam, berbanding duk mengadap facebook yang kekal istiqamah setiap hari
tak pernah miss? Sayu, cukup sayu.
Suasana malam yang pertama aku di madinah itu walaupun sudah
pukul 2 pagi sangatlah terang dengan cahaya. Terang dengan amal ibadat dan Nur
hidayah dari Allah. Seolah- olah mereka lupa bahawa sekarang adalah waktu tidur
untuk mereka. Tidak pernah dan tidak akan pernah Masjid Nabawi sunyi daripada
bunyi suara orang mengaji dan beramal ibadat, sungguh.
Kemudian, dalam keadaan sayu 3 hari kemudian kami berangkat
menuju ke mekah. Di mekah keadaannya sedikit berbeza dengan Madinah dimana keadaannya
sangatlah crowded dan agak kurang sunyi dan tenang berbanding madinah. Mungkin
disebabkan Masjidil Haram masih lagi dalam pembinaan maka ruang untuk solat
menjadi agak terhad.
Namun, itu langsung tidak mengurangkan keexcitedan umat
islam disitu untuk berfastbiqul khairat, berlumba- lumba untuk mengerjakan amal
kebaikan. Ruang- ruang di masjid sentiasa penuh dengan manusia yang beribadat. Berlari-lari
mengejar redha ilahi. Bayangkan, dihadapan anda ada sebuah batu besar dilitupi
kain hitam yang bernama kaabah, dan anda sedang solat disitu, jarak anda dengan
kaabah itu hanya beberapa meter sahaja. Allahu Allah! Feeling kot.
Hari demi hari yang berlalu dirasakan begitu sekejap
sepanjang menunaikan ibadah umrah dan ibadah-ibadah lain, terasa seakan perasaan
aneh menyusup masuk dalam jiwa saya. Susah benar untuk mendapatkan perasaan
setenang itu, seolah- olah istilah penat atau letih tidak wujud waktu itu. Itu
tak termasuk cerita lawat Jabal Uhud, Gua thur, Gua hira’, Jabal Rahmah,
Masy’aril Haram dan lain- lain lagi. Sumpah banyak gila kenangan manis yang
terukir di bumi yang penuuuuuuuuuuuuh dengan barakah itu.
Lantas setelah melalui satu pengalaman yang luar biasa
disana, terlintas satu perkara yang bermain di benak fikiran saya:
“Kan best kalau dapat duk sini lama lagi, sebulan kerr”
“Kat Jordan tu serabut, dah la bunyi hon kereta coaster x
henti2, sampah berselerak pulak tuh ”
“Sini pahala ibadah 100 ribu kali ganda kot. Banyaaaaak
giler ”
Dan sebagainya.
Saya ingin untuk terus tinggal disitu. Sepuluh hari nyata
tidak cukup untuk saya terus beribadat. Melarikan diri dari segala masalah
dunia, masalah ummat, masalah Palestin Syria Mesir, masalah melabel orang ni
liberal ataupun tidak. Masalah kesemuanya! Dengan itu saya boleh fokus meraih
redha Allah dengan amalan- amalan tahajjud, tilawah segala bagai. Hanya saya
dengan Allah, seorang diri InshaAllah.
Namun ternyata saya silap, saya khilaf. Saya terlupa bahawa
hidup ini bukan sekadar berlomba-lomba mengumpul pahala seorang diri. Saya lupa
saya punya matlamat hidup yang kedua iaitu untuk menjadi Khalifah Allah di muka
bumi, menyeru manusia untuk tunduk patuh pada perintah Allah. Juga menyentuh
hati- hati manusia dengan kefahaman Islam yang sebenar.
Nah, lantas bagaimana saya mampu melakukan itu sekiranya
saya hanya beramal ibadat seorang diri tanpa memikirkan masalah orang lain.
Bagaimana mungkin Islam akan mencapai tahap kegemilangan seandainya masing-
masing sibuk dengan amalan masing- masing tanpa mengajak orang lain mengikut
serta sama. Masing- masing sibuk bergaduh mengenai isu yang remeh temeh
sedangkan banyak hati yang masih belum disentuh disebabkan kecuaian dan
pengabaian kita. Sebab itulah, murabbi saya selalu pesan:
“Syurga itu terlalu besar untuk kita masuk sorang- sorang. Tu
pun kalau masuklah.” Adoii.
Habuk masuk mata tak kuar- kuar.
Pernah tak kita bayang kenapa sahabat sanggup berpergian
seorang diri sejauh beribu batu merentas padang pasir demi untuk menghantar
risalah islam kepada raja- raja di semenanjung arab? Diceritakan bahawa Harith
bin Umair Al-Azdi ketika diutus Rasulullah untuk menyeru Islam kepada Raja
Busra, beliau terserempak dengan Syurahbil Bin Amru. Mengetahui bahawa Harith
datang untuk membawa risalah islam, Syurahbil segera mengoyak watikahnya lantas
dibunuhnya disitu juga. Allahuakbar.
Juga mengapa kubur sahabat masing- masing terletak di serata
Negara- Negara arab dan bukannya hanya di madinah ataupun mekah seperti yang
kita semua maklum kisah Abu Ayyub Al-Ansari?
Ini semua kerana mereka rasa akan tanggungjawab pada bahu
mereka untuk menyebar luaskan islam. Dan juga kerna mereka tahu bahawa dengan
berda’wah adalah jalan shortcut bagi seseorang untuk menuju ke syurga.
Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam Syu’ab Iman dari
Sayyidina Umar bin Khattab RA: “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan
keimanan seluruh umat, maka akan lebih berat keimanan Abu Bakar.”
Nah, kalau ikut logik bagaimana mungkin Saidina Abu Bakar
As-Siddiq mampu memperoleh keimanan sebegitu tinggi sedangkan beliau hanya
hidup cuma selama lebih kurang 60 tahun sahaja. Itulah yang dinamakan pahala yang
berterusan. Selagimana Islam tertegak diatas muka bumi ini selagi itulah
beliau akan memperoleh pahala kerana beliau
Antara yang pertama dari kalangan sahabat yang menyertai gerabak Da’wah nabi.
Dan sirah telahpun menjadi saksi betapa beliau sangat-sangatlah bersungguh
dalam menyebarluaskan islam.
Akhir tapi bukan yang paling sedikit, hidup kita bukan sekadar
sembahyang, puasa, mengaji, buat haji buat umrah. Tapi kita punya misi yang
lebih besar dari itu. Teruskanlah bergerak, menyentuh hati- hati manusia dengan
sentuhan kasih- sayang. Kerana kita ingin menjadi saksi atas kebenaran risalah
Islam yang dibawa di hari pengadilan Allah nanti. InshaAllah
6 comments:
Alhamdulillah...
BarakaAllah akhi..moga terus hebbak!
Syukran Adam!
Tahniah akhi ! Semoga nta terus melaju dalam dakwah & tarbiyah (^_^)
Ammar! Boleh bagi ana tour lah lepas nih. Haha.
Haikal: InshaAllah, doakan
Afiq: Jom lah!
Post a Comment