[kredit] |
-BISMILLAH-
Cuba kita tanya sesiapa sahaja manusia kat dunia ni samada
mereka pernah berkorban atau tak, makanya kita akan dapati kesemuanya akan
jawab jawapan yang sama,
‘Ya, pernah’
Tak kiralah orang itu tua ke muda ke kaya ke miskin ke
melayu ke arab ke, semuanya punya kisah ‘pengorbanan’ yang tersendiri. Tak
kisahlah pengorbanan yang bagaimana rupa bentuknya. Kerna hakikat manusia itu
mempunyai latar belakang kisah hidup yang berbeza, dan masing2 punya dugaan dan
style musibah yang tersendiri.
Intro.
Ada jugak orang yang mampu memberi sedeqah kepada pak cik
tua di tepi supermarket dalam keadaan dirinya sendiri agak kesempitan wang
sebenarnya. Itu juga dinamakan pengorbanan, pengorbanan wang.
Juga tak kurang manusia yang sanggup tak tidur lewat malam
semata- mata mahu menolong rakannya untuk menyiapkan satu tugasan dalam keadaan
dirinya yang tersangatlah letih dek terlalu penat menghabiskan waktu siang
harinya dengan kerja di pejabat dan sebagainya, pengorbanan ini dinamakan pengorbanan
jiwa.
Pon ada orang yang terpaksa berpisah dengan ibu bapa dan
keluarga demi menuntut ilmu jauh di oversea sana dalam keadaan keluarganya
sendiri memerlukan dirinya untuk membantu meringankan beban keluarga. Tapi atas
dasar perjuangan ilmu, dia sanggup berkorban.
Dan begitulah seterusnya dan seterusnya.
Marcapada ini, saya secara jujurnya mengalami satu fasa yang
benar2 membutuhkan pengorbanan. Pengorbanan masa. Tak tahulah kot2 apamende
yang saya buat lately ni tak boleh dikira sebagai pengorbanan, tapi saya rasa
macam betullah la kot, pengorbanan. Rasa macam dikorbankan gituh. Poyo
Jadi bila dah asyik kena ‘korban’ ni, makanya segala benda
yang ada pada kita akan menjadi serba tak kena, emosi akan mendadak turun dan
naik, kejap ketawa bagai tak ingat dunia, kejap murung bagai dunia tak ingat
kita, kejap tidur lama giler, kejap tidur macam tak tidur, kejap makan pergh
kenyang, kejap makan macam tak makan, lapar dan lain- lain lagi lah ye.
Sehinggalah sampai satu tahap saya tertanya- tanya ape ke
betul segala apa yang dibuat ini boleh dikira sebagai satu pengorbanan? Itu
satu persoalan. Satu lagi persoalan sejauh mana saya boleh pastikan bahawa
segala ‘pengorbanan’ yang dibuat ini benar2 kena dan selari dengan apa yang
dituntut islam, atau sekadar penat lelah tanpa membawa pulangan saham akhirat
walau secubis Cuma? Hmm.
Hakikatnya, realiti masyarakat manusia ini(saya cuba
bercakap dalam skop kehidupan seorang pelajar la kot) begitu bersungguh pabila
diminta berkorban untuk perkara yang melibatkan kebajikan dan persatuan dan
sebagainya.
Lihat lah sahaja,
Ramai student yang sanggup berkorban untuk datang meeting
sampai ke lewat malam melebihi jangkauan waktu tidur yang normal walhal pada
keesokan harinya ada exam. Mantap memang mantap.
Jugak ramai yang tak punya masa untuk membuat perkara yang
tak berfaedah kerana badan dan persatuan asyik panggil sini sana. Jugak satu
perkara yang mantap.
Senang cerita memang laju cekap pantas dan efisen bila ada
orang panggil untuk buat kerja itu dan ini, bak superman yang datang terbang
laju sahaja menyelamatkan pakcik tua yang lagi 5 inci nak jejak tanah jatuh
dari bangunan 100 tingkat perghhh. Gile mantop.
Tapi kan.
Perasan tak bila ada ‘panggilan’ tuhan yang seharusnya lebih
utama dan paling paling penting datang seru kat kita, apa reaksi kita ek?
Adakah sama sebagaimana reaksi ‘pengorbanan’kita terhadap kerja persatuan itu
semua benda tu?
Nak datang meeting tapi tertidur kejap. Sedar2 lagi 5 minit
meeting nak start. Haaaaaaa, ape lagi kemaen gelabah nak bersiap, tenaga yang
tadinya hanya 10% tetiba boost sampai 99%. Luar biasa tahap reaksi nya. Macam
the hulk pon ade. Eh . Tapi bila time subuh, ‘alarm’ kejut 20 minit lepas waktu
subuh, sempat lagi wat lek wat peace,
“Ahah, baru 20 minit. Waktu subuh sejam kannnnn” Pergh.
Sekali miss subuh free2 kaw2 je. Kalau sekali dalam sebulan takpe, ni sekali
dalam sehari. Pengsan . Tak mampu nak korban sedikit nikmat best tidur atas
katil empuk.
Pon ada yang bila persatuan mintak sumbangan untuk program
ke aktiviti ke, laju je hulur. Tapi bila mintak disumbangkan untuk badan dakwah
ataupun untuk ummah yang memang benar2 memerlukan wang, errr macam krik2 sikit
lah kot.
“Aku dah sumbang untuk persatuan cukuplah rasanya, ye dak?”
headshot from troll tarbawi heh |
Dan macam macam contoh lagi lah yang anda boleh reka
sendiri. Betapa banyaknya manusia sekarang ini tersilap membahagikan ‘ruang’
untuk pengorbanan.
“eh eh mamat ni, jadi hang nak kata apa yang dorang
berkorban sini sana untuk persatuan tu salah lah ye. Selama ni dorang jugak
uruskan hidup kau kan kat sini? Adoillaaa. Berat nanang”
Eh Bukan. Tidak sama sekali. Malahan saya begitu respek
tabik spring buat mereka yang bertungkus lumus bagi memastikan kebajikan
manusia terpelihara. Segala apa yang mereka lakukan saya kira sangat tinggi
nilai budinya, sehinggakan sukar untuk kita membalasnya.
Cumanya kadang2 saya terfikir, kalau kita mampu berkorban
pagi petang siang malam untuk manusia, mengapa tidak kita berkorban jugak untuk
tuhan?
Mengapa begitu sukar untuk kita ke masjid.
Mengapa begitu sukar untuk stop bergosip pasal orang lain.
Mengapa begitu sukar lidah kita untuk basah mengingati
Allah.
Mengapa begitu sukar untuk kita memaafkan orang lain.
Mengapa begitu sukar untuk kita menjaga hubungan
kekeluargaan kita sebaik mungkin.
Dan mengapa begitu sukar untuk kita berkorban demi tuhan,
yang menciptakan kita?
Begitulah. Ambillah persoalan2 sebagai muhasabah, hakikatnya
saya sendiri berasa sangat terbeban untuk menulis ini kerana banyak kena pada
bahu saya dulu.
Lihatlah kisah sahabat yang setiap detik dan waktu dalam
kehidupan mereka dikorbankan untuk Allah, jugak kisah para nabi2 terdahulu yang
sangat mega dahsyat erti pengorbanan yang harus mereka tempuhi, serta kisah 683
ahli ikhwanul muslimin yang benar2 menyaksikan tahap pengorbanan mereka. Dan
banyak lagi lah kisah2 yang mungkin tidak cukup untuk dimuatkan pada ruangan
ini.
Makanya, hayatilah erti pengorbanan itu. Mungkin kita dah
selalu dengar perkataan “pengorbanan pengorbanan” sini sana sehinggakan kita
terkadang terasa kecil sahaja nilainya. Hakikatnya ia ada suatu makna yang
sangat2 besar sehingga digariskan oleh Imam Hasan Albanna sebagai rukun kelima
dalam rukun bai’ah selepas faham, ikhlas amal dan jihad.
So, selamat hidup lagi kat dunia, banyak2 kan berkorban,
terutamanya untuk tuhan
No comments:
Post a Comment