Pages

Tuesday, 29 April 2014

Amal Elastic Bukan Plastic

[kredit]


-BISMILLAH-

Perasan atau tak, ada banyak perkara dalam dunia ini yang berubah ataupun bertukar dengan kadar yang kecil sahaja, tapi impak yang diberikan sangatlah besar. Ya, sepertinya kena sahaja dengan tajuk, elasticity. Kalau kita belajar ekonomi, elasticity ni tak boleh terpisah sebenarnya konsep dan aplikasi yang diterapkan dalam ilmu ekonomi secara umumnya.

Ha, apekemende elasticity tu ya.
 
Entahlah. Eh. Jap belek buku.

Begini. Katakan ada barang yang sifatnya elastic, bila turun sahaja harga barang tu, maka secara automatik ramai orang berlumba- lumba untuk membelinya, bahkan sanggup menghabiskan duit yang banyak dek kerana begitu teruja dengan kadar penurunan harga barang itu. Tak banyak pun turun harganya, tapi kerana daya ‘elasticity’nya yang begitu dahsyat, ianya menyebabkan orang tak senang duduk dan berlumba- lumba untuk membelinya.

Ok sikit lagi nak faham kan?

Contohnya lah kan, ada 2 syarikat penerbangan (A dan B) yang menawarkan tiket pulang dari UK ke Kuala Lumpur. 2-2 syarikat ni sangat gempak, servisnya tersangatlah mantap. Dan harga yang ditawarkan lebih kurang sama sahaja. Hal ini menyebabkan para pelajar yang menuntut ilmu disana yang ingin pulang ke Malaysia ber’pecah’ kepada dua pilihan samada syarikat A ataupun syarikat B.

Tiba2, syarikat B membuat promosi penurunan harga tiket sebanyak 20 Euro. Haa, apa lagi, kesemua pelajar terus sahaja tanpa berfikir panjang beralih ke syarikat B tanpa tengok pon kat syarikat A tadi, kerana apa? Kerana harga yang lebih murah, iya walaupun hanya murah 20 euro.

Haa, macam mana? Faham ke.

“Err, faham je kot. Gua bukan tak belajar mende ni semua. So, ape kaitannya, nk cerita apa ni?”

Aha, sebenarnya dalam kehidupan seharian kita, banyak benda berlaku yang pada pandangan kita kecil dan remeh sahaja tetapi memberi makna yang begitu besar dan mendalam sekali.

Pernah tak kita tengok ada orang terasa gila2 dengan kata2 kita sehingga dia merajok dah macam apa, padahal bagi kita takdelah tajam dan pedas sangat kata- kata kita tuh. Macam cakap, “Weih tak pergi solat subuh kat masjid ke pagi tadi?” Eh tak2.

Ataupun pernah tak kita berpuasa pada suatu hari tu tapi perasaannya seolah-olah tak berpuasa lantaran segar bugar seperti hari2 yang biasa, walhal kita sahur makan kurma 2 biji je.

Atau tika kita main futsal, kita menendang bola dengan daya kekuatan yang sedikit sahaja tetapi mampu mencetuskan kepaduan pergerakan bola umpama sepakan freekick Roberto Carlos sehingga bola itu menerjah jaring gol lawan dengan bergaya sekali.

Atau masa kita tolong orang, pastu orang itu begitu bersungguh mengucapkan terima kasih kat kita sehingga sanggup jemput kita masuk rumah dan sediakan sirap bandung ais nak2 lagi waktu tu tengah terik cahaya matahari perghh, padahal bagi kita biasa2 je pun ‘pertolongan’ kita tu.

Dan sebagainyalah. Bagaimana? Pernah bukan

Ha begitulah jugak sebenarnya dalam konteks kita sebagai manusia yang mengabdikan diri sepenuhnya pada Allah. Betapa kadang2 amal kita yang sedikit mampu meningkatkan darjat kita jauh tinggi biznillah. Juga tak kurang dosa kita yang kita rasakan ‘kecil’ itu mampu membuatkan kita jauh dari mendapat rahmat dan kasih sayang Allah nauzubillah.

Tika artikel ini ditulis, saya teringat dan terngiang2 kisah popular 2 orang pemuda yang sorang itu kaki maksiat dan seorang lagi ahli ibadah. Bagaimana sedikit sahaja ‘twist’ perubahan yang dibuat oleh mereka telah menyebabkan perubahan drastik dalam penghabisan riwayat kisah hidup mereka.

Pada suatu malam si ahli ibadah yang sepanjang masa siang dan malam berzikir dan mengingati Allah itu tiba2 terdetik untuk membuat maksiat, nak try lah kot camne rasanya nak buat maksiat dengan harapan kononnya boleh bertaubat balik lah, dan at the same time seorang lagi pemuda yang saban hari sebelumnya hidupnya bergelumang dengan maksiat dan dosa tiba2 terdetik untuk bertaubat, memohon ampun dari Allah akan dosa- dosanya yang sebelum ini. Kemudian mereka pergilah ke tempat yang sepatutnya mereka pergi, sorang ke masjid dan sorang lagi ke pusat maksiat.

Kemudian nak dijadikan cerita, pada malam itu jugak berlaku satu bencana alam yang sangat dahsyat sehingga meroboh dan menghancurkan bangunan2 yang ada di kota itu, termasuklah masjid dan pusat maksiat itu tadi. Dan banyaklah manusia yang bergelimpangan meninggal dunia dek ‘bencana’ itu.

Dan mereka2 yang masih hidup alhamdulillah ini dapat jangka lah kan siapa yang mati di pusat maksiat dan siapa yang meninggal di masjid. Namun, alangkah terkejut nye dorang bila tengok lelaki yang selalu bergelumang dengan maksiat ini mati dalam keadaan yang sangat mulia dalam masjid dan pada masa yang sama si ahli ibadah pulak mati dalam keadaan yang sangat hina di pusat maksiat, Allahuakbar.

Begitulah. Dalam kehidupan seharian kita, usah kita menjadi manusia yang sombong dengan memandang remeh segenap aspek perkara.

Boleh jadi amal kita yang kutip plastik eskem itulah yang menjadi asbab kita ke syurga.

Boleh jadi duit seposen yang kita sedekahkan buat orang miskin di pasar itulah yang menyebabkan kita bahagia menikmati kehidupan di akhirat sana.

Juga boleh jadi sedikit perasaan riya’ sedikit sahaja (macam rasa wow hebat gak aku dpt full mark) menyebabkan kita merana dengan azab neraka, nauzubulillah2. Moga Allah jauhkan.

Kerna kita tak tahu amal mana yang benar2 ‘elastic’. Kaitan







2 comments:

S said...

Kiranya elastic tu macam memberi kesan laa eh. kan kan ?

Ammar Hanapiah said...

ye la kot huhu..