Pages

Wednesday 2 April 2014

Busy Body

Dunia oh Dunia


Al-Hasan al-basri didatangi seorang lelaki dan berkata;

"Aku selalu melakukan maksiat; aku selalu melakukan dosa kepada tuhan, namun aku dapati Allah tetap memberikan kesenangan hidup dunia kepadaku, tanpa ada yang diharamkan kepadaku"

Al-Hasan al-basri bertanya, "Apakah kamu selalu bangun malam?"

Dia menjawab, "Tidak"

"Memadai bagi kamu bahawa Allah haramkan kamu bermunajat kepadaNya" Jawab al-Hasan al-Basri ringkas.

Kepaduan maksimum.
***

Minggu ini saya kira merupakan minggu yang paling busy sepanjang keberadaan saya di jordan. Ya, lama sudah tak merasa ke busy an tahap maksimum macam ni disebabkan Jordan tidak lah terkenal dengan sistem pembelajaran yang menekan seperti yang ada di Malaysia. Sehinggakan nak update blog pun terpaksa amek masa lewat malam, semangat boh.

Jujurnya, di jordan ini saya mampu untuk tidur pada pukul 9.30 atau 10 lebih sikit pada majoriti hari. Sangat awal lah tu kalau nak banding dengan life kat kolej persediaan tahun lepas, yang memang kalau boleh tak nak kasi kita tidur, penuh dengan kerja dengan assignment. Padahal kolej persediaan je pun, yg mana majoriti harinya tidur pukul 12 lebih
Ada satu hari tu tidur pukul 3 pagi, dan esok paginya kena datang dewan utk satu program pada pukul 7 pagi. Pergh dahsyat, sangat dahsyat.

Saya sebenarnya bukanlah jenis orang yang tidur lambat mcm kebiasaan orang, tak tahu kenapa. Kalau memang tak ada apa2 kerja tu, memang saya akan tidur secepat mungkin. Dan di jordan ini agak banyak jugaklah masa yang terluang yg menyebabkan tidur awal itu adalah satu kebiasaan bagi saya.

Eh apa ke pelik tiba2 cerita pasal tidur pukul berapa ni? Ahah!

Namun, lately banyak sungguh kerja dan perkara yang nak di settle kan, serious banyak. Sehinggakan saya tak yakin mampu melepasi minggu ni dalam keadaan semua perkara dapat dibereskan. Tapi apa2 pun segalanya serah kat Allah lah kan, Dia tahu mana yang terbaik.

Perkara ini menjadikan kepala begitu sibuk dan ligat memikirkan perkara itu, perkara ini. Nyata kesibukan ini sangat menjejaskan flow kehidupan seharian. Ngantuk dalam kelas, tilawah pon kurang, qiam ada miss, dan sebagainya. Yelah, sibuk kan?

Allahuakbar. Astaghfirullah2.

Sehinggalah saya ternampak ada org post pasal yg kat atas mula2 tadi,

“Memadai bagi kamu bahawa Allah haramkan kamu bermunajat kepadaNya

Allah haramkan kamu bermunajat kepadaNya
Allah haramkan kamu bermunajat kepadaNya

haramkan kamu bermunajat

haramkan kamu bermunajat”


Paanng, kan. Padan muka.

Allahuakbar, sebelum ini saya sering menjadikan alasan sibuk itu untuk ‘lari’ dari tanggungjawab sebenar dengan merasakan kononnya apa yg disibukkan itu juga merupakan tanggungjawab. Jadinya, macam itulah jadinya, amal fardi berkurang dan sebagainya. Saya silap, serious silap.

Walhal seharusnya kesibukan inilah mengajar kita untuk lebih fokus merapatkan hubungan kita dengan Allah, membina kembali zuq yang mungkin sebelum ini sudah hilang.

“Kerna takutnya kita dengan kesibukan dunia sampai bisa buatkan kita lupa siapa sebenarnya kita dan bagaimana sepatutnya kita bergerak menyebarkan cinta. Jangan ikut arus dunia. Kelak hati akan mati selamanya.”

Abang naqib menghantar pesanan ringkas. Ringkas yang menembak tepat.

“Sebab sibuk kita berbeza kan, yang penting niatnya. Atas jalan DnT ini, anta akan belajar banyak lagi benda. Jadi anta kena sedia. Ana tak nak cerita, nak nta sendiri rasa. Yang penting, hati- hati dengan hati kerna dengan hati, bisa ada penyakitnya yang bisa tembus segala khilaf dan dosa.”

Ok dah nak tumpah dah.

“Jaga diri baik baik ya, kenapa? Kerna tanpa berharganya diri tak tertaklifnya khalifah kat kita.”

Nanges, meleleh.

Benarlah, hati yang kering itu Allah akan lalaikan dengan dunia, dan sentiasa akan disibukkan dengan perkara yang menjauhkan diri dengan tuhan.

Adapun orang yang hatinya sentiasa basah dengan mengingati Allah akan memandang kesibukan ini sebagai satu peluang untuk merapatkan lagi, memperbaiki apa yang patut diperbaiki hubungannya dengan Allah.

Akhir kata,

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka, dan sungguh kampung akhirat iti lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kalian memahaminya?”

[ Al An’am : 32]

P/s : Moga Allah kuatkan hati, dan permudahkan segala