Pages

Tuesday, 27 May 2014

Ayah, Seriouslah? - Bahagian III

“So, apa kaitannya cerita yang ayah cerita pasal Pak ngah tu dengan sai?” Saifuddin terkebil2, semangat untuk mendengar penjelasan.

“Haa, kamu ingat tak dulu..”

 ***

Saifuddin bukanlah jenis manusia yang baik sangat. Atau dengan istilah lain, dia boleh dipanggil budak nakal camtu lah. Untuk certain- certain masa, ada je masalah yang dia buat. Memang sifat semulajadi dia tak boleh duduk diam.

Nak kata terpengaruh dengan environment keluarga tak jugak sebenarnya sebab dia ana sulung. Macam mana anak sulung boleh terpengaruh dengan adik2 yang lain. Eh. Tambahan ayahnya, Encik Azhar pula adalah seorang yang sangat mementingkan tarbiyah anak- anak mereka. Jadinya amat mustahil lah kalau nak dikatakan sifat dia yang nakal itu berpunca daripada masalah parents ke apa ke.

Nak kata terpengaruh ngan kawan- kawan pun tak boleh jugak. Ok mungkin lah boleh, tapi memang dia dari kecik punyai masalah buat hal itu semua. Silap- silap, dia yang pengaruh kawan- kawannya yang lain. Bapak gangster

Ingat lagi waktu dia darjah 3, waktu itu baru habis sesi persekolahan. Dalam kesibukan budak- budak lain bergegas keluar dari pintu sekolah untuk pulang ke rumah masing- masing, tiba-tiba terdengar riuh dari satu sudut, sayup- sayup sahaja dari jauh.

“Bertuah punya budak! Mari sini..” Jerit Cikgu Kassim, sambil berlari termengah- mengah.

Ahah! Cuba teka apa yang terjadi.

Cikgu Kassim mengejar Saifuddin sebab dia ternampak Saifuddin petik bunga kat taman sekolah. Bukan setakat satu dua, sampai penuh satu beg plastik. Entah dia nak buat apa dengan puluhan kuntum bunga itu(ada riwayat mengatakan ratusan) sampai habis licin pokok- pokok bunga, menghilangkan keserian bunga yang tampak sangat indah pada mata yang memandang. Kalau setakat bunga biasa takpe, ini bunga kemain rare. Dah lah CIkgu Kassim cukup pantang dengan pelajar yang sesaja mengada- ngada merosakkan pemandangan taman sekolah itu, inikan pula merembat sampai licin bunga disitu.

Tapi yang menariknya, walaupun Saifuddin gigih dikejar oleh Cikgu Kassim dan beberapa cikgu yang lain plus pak guard dengan budak sama batch dengan dia yang bajet boleh jadi hero, dia mampu untuk mengelakkan diri daripada ditangkap oleh mereka semua dan terus berlari menuju ke rumahnya yang tak berapa nak jauh itu. Nampak tak betapa licik dan ciliknya budak yang bernama Saifuddin ini.

Itu okay lagi, petik bunga.

Masa tingkatan 1, bila dah besar sikit, semakin menjadi- jadi sikap Saifuddin. Penangan semakin menghampiri usia remaja menjadikannya lebih agresif untuk cuba buat semua benda. Kalau benda yang baik takpe, ini benda buruk. Iya lah, budak nakal kaan.

Perisitiwa itu berlaku pada waktu malam bulan ramadhan, dikala orang lain sibuk mengejar pahala dan berlumba- lumba untuk membuat amal kebaikan tambahan diwaktu sepuluh malam akhir begini, boleh pulak dia dan beberapa kawan- kawannya yang lain sibuk berlumba motor dan mengejar antara satu sama lain di atas trek jalan raya merempit memekakkan telinga bagi sesiapa yang mendengarnya.

Waktu itu, seperti biasalah, anak- anak muda nak mencecah usia remaja ni memang excited sikit bawa motor. Jadi dia bagitahulah ayahnya yang dia hendak solat terawih di masjid lain yang agak jauh sedikit dengan harapan dapat meloloskan diri dari dikesan oleh ayahnya tentang perancangan yang dibuat oleh mereka. Dan tanpa mengesyaki apa- apa, ayahnya pun membenarkan sahaja.

Tiba waktu sejurus selepas imam memberi salam usai habis solat isya, terus pecut mereka berlari mendapatkan motor dan merempit huha huha dengan girang gembira tak ingat dunia. Walaupun baru sahaja belajar dari kawan- kawannya menunggang motor, namun itu bukanlah sesuatu yang bermasalah bagi Saifuddin kerana dia memang lah seorang yang cepat belajar dan pantang dicabar sekiranya dicabar untuk melakukan sesuatu perkara.

Dari hulu ke hilir kampung mereka merempit. Berbagai aksi cuba untuk dilakukan oleh mereka. Nyata semangat mereka begitu membuak- buak lebih- lebih lagi pada waktu itu ramai orang berada di masjid, jadi keberangkalian orang ramai untuk mengesan mereka agak tipis lah sebenarnya.

Namun orang kata sepandai- pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, secara tiba- tiba entah datang dari celah mana, mereka bertembung dengan roadblock polis. Pada awalnya sangka mereka penghadang itu hanyalah penghadang biasa, namun semakin mereka mendekat, mereka dapati penghadang itu dijaga oleh sekumpulan polis yang bertugas.

Ahh, sudah. Nak berpatah balik polis telahpun mengesan mereka. Nak teruskan perjalanan lesen pulak takde. Waduh- waduh, dah la mereka buat bising hingar bingar sepanjang tadi, pastu boleh pulak terserempak  dengan polis. Wahaa padan muka. Natijahnya, ratusan ringgit hilang begitu sahaja pada malam itu. Kalau guna duit dorang takpe, ini gune duit parents. Alahai manusia, manusia.

Begitulah ragamnya sikap manusia yang bernama Saifuddin ini. Tapi jap, itu baru masa tingkatan 1, di tingkatan- tingkatan yang lain sikapnya semakin extreme dan buas. Nyata, dia tak mengambil masa lalu sebagai pengajaran untuk dia memperbaiki diri ke arah kebaikan.

Hari- harinya di sekolah menengah semakin hari semakin dahsyat. Ada sahaja kes yang dibuatnya. Boleh kata hidupnya tak pernah sunyi daripada membuat masalah terhadap orang lain. Rakan- rakan ramai yang semakin menjauhkan diri darinya. Begitu juga para guru, jiran tetangga, hatta adik beradiknya pun berasa kurang selesa dengan sikap abang sulungnya itu.

Mungkin hal inilah yang menyebabkan dia semakin berani dan semangat untuk berbuat perkara keburukan lantaran merasakan tiada lagi gunanya lagi dia buat baik pada orang lain dalam keadaan orang lain tak boleh menerima keadaan dirinya yang begitu.

Sampailah satu tahap itu dia merasakan hidupnya tak berguna lagi. Bukan tiada rakannya yang cuba untuk membantunya, bukan tiada guru yang concern akan perkembangannya, bukan tiada pakcik surau yang sentiasa bersedia untuk mendengar keluhan dirinya, dan bukanlah ayahnya tidak mentarbiyah dirinya dengan sentuhan yang terbaik, bahkan ayahnya tidak pernah tak sabar melayan karenah anaknya itu. Tapi itulah, tak tahu kat mana silapnya sehingga dirinya boleh menjadi begitu.

Hinggalah satu masa, pada kemuncak keserabutan, dia bertekad untuk buat masalah yang tidak pernah terfikir dek orang. Waktu itu merupakan waktu cuti selepas peperiksaan SPM. Rancang punya rancang akhirnya berjayalah dia buat masalah itu. Akibatnya, habis marah ibunya, Puan Aminah. Eh bukan marah yang biasa, bahkan marah yang gila- gila luar biasa. Habis ditengkingnya anak itu sehingga bergegar satu rumah. Jiran –jiran pun pelik sampai keluar rumah duk intai- intai dari luar. Hajatnya mereka ingin menelefon polis untuk melaporkan kedahsyatan yang berlaku dalam rumah itu. Ok tipu.

Namun, sampai pada kemuncak kemarahan, dengan secara tiba- tiba takde angin takde ribut apatah lagi hujan lebat, Encik Azhar datang menyelamatkan Saifuddin daripada terus dibebel dan ditengking yang maha dahsyat itu. Entah kata- kata apa yang digunakan sehinggakan hati ibunya menjadi kembali tenang. Encik Azhar menerangkan satu persatu kononnya perkara yang berlaku. Saifuddin yang sudahpun merah mata menangis dek tak tertahan menahan daripada mendengar kemarahan ibunya menajdi terkedu. Matanya sedikit terbuka. Mulutnya sedikit ternganga. Dia benar- benar tak memahami mengapa ayahnya sanggup membackup dirinya walhal sudah terang tang tang dia bersalah dalam hal ini.

Gila, tapi sangat besar maknanya.

Dan apabila ditanya pada ayahnya mengapa dia sanggup berbuat demikian,

***

“Ayah buat camtu sebab ayah tahu, suatu masa nanti sai akan berubah. Sai tak akan dicop lagi sebagai budak nakal, sai tidak akan dikenali sebagai budak jahat lagi, bahkan semua orang akan respect sai. Sai akan jadi lagi baik dari yang sai tengok ada pada ayah”

“Dan sekarang bukankah itu benar- benar terjadi??”

Saifuddin tak tertahan lagi daripada menahan air matanya dari tumpah. Benarlah apa yang dikatakan ayahnya. Sekarang dia sangat merasakan hal itu. Bahkan dia sangat bersyukur untuk menjadi anak kepada ayahnya. Semenjak dari peristiwa itu dia mulai memikirkan kata- kata ayahnya itu dan cuba berubah dari hari ke hari. Kesan yang dilihat sangat positif, ramai orang mulai menerima dirinya, walaupun tak semua.

“Ayah, terima kasih” Saifuddin meluahkan sambil mengesat air mata menggunakan tangannya

“Eh kamu ni, nak nangis jangan kat sini. Hilang macho haha” Encik Azhar cool sahaja.

“Dah dah, jom kita pergi cari kubur arwah pak ngah kamu itu. Banyak jugak kubur yang baru siap dikambus ni”

Dan mereka pergilah mencari kubur bersama, mengeratkan lagi hubungan antara anak dan ayah tanpa menyedari ada sepasang mata yang mengintai mereka semenjak dari awal perjalanan mereka menuju ke tanah perkuburan itu lagi..Gigih mata itu mengekori mereka berdua.

Ok tipu takde pon sebenarnya =P




No comments: