Hari itu dibuka tirai dengan pagi yang sungguh indah dan
nyaman. Cuacanya sejuk, tapi tak keterlaluan. Just nice orang kata. Dengan
burung- burung menyanyi syok sendiri, ditambah dengan angin yang mendayu- dayu,
insan mana yang masih mampu mengukir wajah kedukaan melihat nikmat dan rezeki
Allah yang sangat dahsyat ini..kan? Lebih- lebih lagi di tengah- tengah
kemegahan bangunan pencakar awan dan langit. Mungkin inilah antara keberkatan
waktu dhuha.
Pagi itu tak sibuk macam hari- hari biasa, kerana hari itu
majoriti manusia cuti hujung minggu. Maka ramai lah yang mengambil peluang ini
untuk berehat sahaja di rumah, meluangkan masa bersama keluarga tercinta
setelah 5 hari menghabiskan masa mengalirkan peluh mencari rezeki.
Dan di tengah- tengah kota Shah Alam itu, kelihatan sosok
tubuh bapa dan anak sedang berjalan keluar dari halaman sebuah rumah teres.
Encik Azhar berjalan kaki bersama Saifuddin membawa sebotol air dan naskhah
Al-Quran.
Mereka alhamdulillah telah sampai ke rumah Pak Uda, seorang
lagi pak saudara Saifuddin kurang lebih jam 9.00 malam semalam. Sesampai sahaja
di rumah, mereka dihidangkan makanan ringan oleh Pak Uda ditambah dengan air
Teh . Dan setelah sembang- sembang
sedikit tanya khabar, bincang isu politik, tanya pasal pelajaran, isu semasa,
mereka pun terus tidur. Penat kot bertravel berjam- jam. Dan Pak Uda faham
sahaja.
Dan pagi ini, seperti yang dirancang, mereka menuju ke Tanah
perkuburan Islam untuk menziarahi kubur Pak Ngah. Mereka berdua sahaja,
berjalan kaki melintasi jalan raya yang agak tidak sibuk.
“Ayah seriouslah nampak arwah Pan Ngah semalam?” Saifuddin
memulakan pertanyaan. Kalau diikutkan mahu sahaja dia tanya ayahnya malam
semalam ketika berehat di Genting Sempah ataupun ketika sedang on the way ke
rumah Pak Uda. Tapi dia tahu akan kondisi ayahnya yang mungkin penat drive itu
semua. Jadi dia tak berbuat demikian. Dan pada pagi ini, melihatkan keadaan
ayahnya yang kelihatan lebih segar setelah semalaman berehat, maka dia
lontarkan persoalan yang ganggu fikirannya itu. Akhirnya.
“Haah, nampak gayanya macam itulah. Tapi ayah tak rasa dia
tu pak ngah kamu. Mungkin ayah kepenatan semalam, tak boleh nak sedar sangat.
Tambah lagi dia tu rapat dengan ayah, mungkin rasa rindu tu semakin menebal.
Mungkin sebab tu lah nampak bayangan wajah dia tuh” Encik Azhar explain satu
per satu. Dia tahu sai pun pelik akan peristiwa semalam itu.
“Kamu nak tahu, dulu perangai arwah pak ngah baya- baya kamu
waktu ni tak tumpah seperti kamu...” Encik Azhar, ala- ala mengimau kenangan
gituh.
***
Halim buat hal lagi, kali ini dia terkantoi oleh Pak Samad
sebab ambil ayam Pak Jaafar tanpa izin. Pak Jaafar tu memang dikenali seluruh
isi kampung sebagai tauke besar ayam kat situ. Jadi memang selalu lah reban
ayam mega miliknya menjadi sasaran budak- budak di situ untuk dicuri ayam buat
ayam panggang ala- ala kenny rodgers pergh sedap wuuu.
Dan kali ini, entah silap kat mana, boleh pulak Halim
terkantoi oleh Pak Samad yang nampak dia senyap2 masuk kawasan reban ayam
membawa alatan berkaitan. Walhal si Halim ni dah plan baik punya. Itulah orang
kata, kita mentadbir, Allah mentakdir. Aiwah
Nak2 pulak Pak Jaafar, Pak Samad dan Pak Aziz(ayah Halim)
merupakan bestfren forever yang selalu pergi surau, lepak kat kedai kopi
sembang isu politik sama- sama. Jadi memang ibarat mencetuskan perang dunia
ketiga bak gunung berapi jogja yang meletuskan bara membaralah apabila berita
itu sampai pada telinga Pak Aziz. Ini soal kehormatan bro. Maruah. Gituuh
Kemudian seperti yang sudah dijangka, Halim hanya menunggu
masa sahaja untuk kena libas sebatan menggugah kesakitan yang amat. Dia sangat
takut, sehinggakan terpaksa pulang pada lewat malam sambil mengharapkan ayahnya
akan memaafkan kesalahan dia. Tapi dia tahu ayahnya bukan jenis yang cepat
melupakan kesalahan anak- anaknya, maka tidak boleh tidak, dia pasti sahaja
akan kena. Adoilaa.
Kreeeekkkkkkkk. Bunyi kuakan pintu. Dengan muka penuh
berdebar, Halim memasuki rumah tanpa memberi salam. Risau2 ayahnya akan
perasanlah kelibat dia. Namun, belum pun sempat dia menutup pintu rumah,
“Seronok makan ayam panggang?” Satu suara garau yang paling
seram di dunia menjengah telinga Halim.
Alamakkk. Nak buat macam mana ni. Dia dah cuak, peluh di
dahi menjadi saksi akan itu.
“Meh datang sini” Pak Aziz tenang sahaja memanggil anaknya
yang bertuah itu. Tenang yang bernada kemarahan.
Halim dengan muka yang masih cuak hanya berdiri di tempat
tadi, tak berganjak walaupun sedikit. Tak sangguplah dia nak hadapi sebatan
mega dari ayahnya itu. Dan sekarang baru dia menyesal melakukan perbuatan itu.
Ini semua salah yahudi! Tibe
“Aku cakap mari datang sini..” Kali ini nada sedikit tinggi,
lebih menggerunkan, lebih menakutkan. Tapi itulah, Halim sangat takut untuk
berdepan dengan ayahnya, lalu mengambil keputusan untuk masih berdiri di tempat
sama.
Dan tahu apa yang terjadi? Dek kerana lama sangat tunggu,
Pak Aziz dengan kebengisan muka terus mencapai rotan dan berjalan menuju Halim.
Dan mengikut perkiraan logik matematik, kurang daripada 4 saat sahaja badan
halim akan disergah libasan rotan yang sangat dahsyat itu.
4
3
2..Pak Aziz semakin mendekat. Hanya beberapa meter
memisahkan mereka berdua.
1
“Tunggu dulu!!” *Teng teneeeng lagu epic kemenangan ala- ala
superman datang menyelamatkan mangsa jatuh dari bangunan dimainkan*
Dengan tercungap- cungap Azhar menyuruh ayahnya berhenti
daripada memukul adiknya itu.
“Angah tak bersalah dalam hal ini!” Pulak dah.
Kedua- dua anak beranak memandang Azhar serentak. Pergh
datang tepat pada masanya. Lewat satu saat = kepedihan kepaduan maksimum.
“Along yang suruh angah ambilkan ayam dari reban Pak Jaafar
untuk kegunaan jamuan kitorang hujung minggu ni
”
Azhar tipu, tipu sunat. Eh. Walhal dia baru sahaja pulang
dari membayar sejumlah wang pada Pak Jaafar, memohon maaf atas keterlanjuran
adiknya mengambil ayamnya tanpa izin. Dan Pak Jaafar menerima maaf itu dan
menganggapnya sebagai jualan biasa .
Namun perkara yang ingin dihighlight kan bagaimana Azhar
sanggup mem’back up’ adiknya yang terang- terang bersalah dalam hal ini. Dan
lanjutan dari itu, ayahnya melepaskan Halim setelah mendengar penerangan
daripada Azhar.
Setelah semuanya setel campur tolak adegan nangis2 itu
semua, Halim ngan Azhar pon naiklah ke bilik.
“Kenapa along backup angah?” Halim bertanya kepelikan.
“Dah..dah..tak yah tanya soklan tuh. Patut ko tanya diri ko
kenapa still bwat mende salah walaupun dah tahu terang- terang salah” Azhar
membalas.
Belum sempat Halim mengeluarkan kata- kata,
“Aku buat camtu sebab aku tahu, suatu masa nanti kau akan
berubah. Kau tak akan dicop lagi sebagai budak nakal, kau tidak akan dikenali
sebagai budak jahat lagi, bahkan semua orang akan respect kau. Kau akan jadi
lagi baik dari yang kau tengok ada pada aku” Azhar sambung lagi, padu. Penuh
makna
Halim ternganga. Terharu. Like seriously?
***
No comments:
Post a Comment