Malam itu, mereka mulai bergerak dari Shah Alam menuju ke
destinasi sebenar mereka untuk menghantar Saifuddin ke kolejnya di Perlis.
Kenapa malam, bukan pagi esoknya sahaja? Haa, sebab Encik Azhar hendak pulang
terus ke Pahang sejurus selepas menghantar Saifuddin ke kolej nanti
memandangkan hari isnin dia sudah mulai bekerja.
Siang tadinya, mereka berdua banyak menghabiskan masa
bersama. Setelah habis menziarahi kubur Pak Ngah, mereka pergi pula ke rumah
sepupu Saifuddin. Banyak lah perkara dikongsi oleh mereka, mengimbau kenangan
zaman kecil- kecil dahulu. Kemudian mereka pergi ke rumah rakan- rakan
lama Encik Azhar. Tak cukup dengan itu,
ditengah kehangatan cahaya matahari sempat mereka menghabiskan masa di i-city
untuk main salji. Tak lama pun, dalam 45 minit sahaja mereka disana, tak tahan
kot!
“Sai masa kecil- kecil dulu mesti ingat syurga sejuk gila-
gila macam ini kan? heh”
“Haah, macam mane ayah tahu?” Terketar- ketar Saifuddin
bertanya, sambil gosok kedua- dua belah tangannya.
“Heh, lumrah budak lah kan ingat syurga sejuk macam ni sebab
malaysia ni panas. Hakikatnya syurga itu jauh lebih baik daripada ini. Cuaca
dan suhunya sangat- sangat nyaman sehinggakan tak dapat digambarkan bagaimana”
Senyum sahaja Encik Azhar terang.
Saifuddin mengangguk setuju.
“InshaAllah kalau Allah izinkan, kita akan masuk syurga
sama- sama” Tiba- tiba Encik Azhar menambah. Perlahan sahaja tanpa didengari
Saifuddin. Seolah wujud satu perasaan pada Encik Azhar yang meyakinkan untuk
dia berkata demikian. Banyak kali juga dia berdoa sedemikian.
Sweetnya mashaAllah.
Kemudian petang itu mereka bergerak menuju ke kompleks beli
belah sekejap untuk beli apa yang patut untuk bekalan Saifuddin di kolej nanti. Setelah itu, agak-
agak bila dah setel semua benda puas berjalan sini – sana, mereka bergerak menuju
destinasi asal mereka.
Kali ini, mereka tidak lagi krik- krik ketika berada dalam
kereta. Entah mengapa ada sahaja modal untuk mereka berbual walaupun waktu
menghampiri lewat malam. Nyata jauh sekali kondisinya seperti awal- awal
perjalanan mereka dua hari yang lalu. Mungkin kerana hubungan mereka yang
nampaknya semakin rapat, mereka lebih selesa untuk berkongsi apa sahaja.
Sebenarnya Encik Azhar tiada masalah pun untuk berbuat semua
itu, cuma Saifuddin sahajalah yang pada mulanya berasa awkward untuk sembang
panjang lebar dengan ayahnya. Tapi setelah apa yang ayahnya telah lakukan
padanya belakangan hari ni, dia berasa sangat gembira untuk berada dekat dengan
ayahnya.
“Kenapa semenjak dua ni ayah macam pelik eh?” Amboi kau
soalan. Tak boleh nak tiba- tiba lagi ke ahaha.
“Eh? hahaha” Encik Azhar gelak sahaja mendengar persoalan
itu. Apa ke tiba- tiba boleh tanya soalan tu
“Iya lah, tak pernah pon sai nampak ayah bahagia dan ceria
macam ini. Biasanya kalau kat rumah bukan ke ayah suka berdiam diri je duduk
depan laptop buat kerja ke?”
“Hmm, entahlah. Ayah pun macam rasa ada sesuatu yang
menyebabkan ayah buat macam ini kat kamu. Mungkin sebab lama dah ayah tunggu
waktu- waktu macam ini tiba kot”
“Maksudnya?”
“Tahu? Ayah dari dulu mengimpikan untuk melihat anak- anak
ayah berjaya menjadi manusia yang benar- benar bermanfaat untuk orang lain.
Hidupnya tidak terpengaruh dengan agenda dan fitnah barat. Wawasan hidupnya
jelas.. Sebab ayah percaya, anak- anak ini adalah antara modal terbesar untuk
ayah bahagia di dunia dan alam akhirat nanti.. ”
“Tapi, pada awal- awal dahulu apabila ayah melihat kamu tak
menjadi seperti yang ayah harapkan, ayah banyak belajar benda daripada kamu.
Bayangkan betapa berharapnya ayah untuk melihat kamu berjaya tapi kamu lihatlah
hasilnya macam mana.”
Okay saifuddin dah tertunduk ke bawah, mata dah nak berair.
Rasa bersalah gila kot.
“Oiy, sabar dulu. Tunggu ayah cerita laa” ok sempat lagi.
“Ayah belajar bahwa untuk mendidik dan mentarbiyah hati
manusia ini bukanlah sesuatu yang mudah. Hatta kalau kita ingin mendidik rakan
baik, ibu bapa, sepupu, anak beranak, mahupun insan yang paling rapat dengan
kita pun kita masih tak boleh menjamin mereka boleh menerima apa yang kita
ingin sampaikan”
“Kamu tahu? Setiap kali waktu solat ayah tak pernah lupa
untuk mendoakan kamu. Doa agar kamu dan adik- adik kamu berjaya menjadi anak
yang terbaik buat kami. Tapi apa hasilnya? Allah uji kami dengan bermacam
masalah yang kamu timbulkan itu semua. Lepas satu masalah, ada lagi masalah.
Sehinggalah harapan ayah semakin hari semakin berkurang. Ayah seakan tak
sanggup lagi untuk memohon berdoa itu semua. Ayah hanya menyerahkan segala-
galanya pada Allah, itu sahaja ikhtiar terakhir”
“Sehinggalah pada suatu hari itu kamu buat hal, hari itu
ayah tak lagi mengharapkan untuk kamu berubah. Kamu nak jadi apa lantaklah,
macam itu lah ayah punya perasaan waktu itu. Dan tiba- tiba sahaja ayah buat
perkara yang tak pernah ayah fikirkan untuk buat, ayah backup kamu. Itu memang
suatu yang gila sebab kalau ikutkan mahu saja ayah lempang kamu bergolek- golek
waktu itu. Halau terus dari rumah pun takpe. ”
Meleleh dah air mata Saifuddin.
“Tapi entah macam mana Allah ilhamkan jugak ayah untuk buat
itu. Pertahankan kamu. Semenjak itu, perangai kamu tiba- tiba berubah. Macam
yang kamu lihat sendirilah kan. Banyak benda kamu perbaiki. Pergi subuh kat
masjid tak pernah miss, quran kalau sehari tak baca tak sah, rajin tolong mak
kamu, dan lain- lain lagilah kan. Alhamdulillah, nyata Allah telah buka hati
kamu untuk berubah kearah kebaikan” Ujar Encik Azhar dengan nada yang agak
perlahan. Terharu mungkin.
Tiba- tiba Encik Azhar terdiam. Wajahnya berubah riak
sedikit. Pada dahinya jelas kelihatan kerutan menandakan ada sesuatu yang menganggunya
waktu itu.
“Ayah..ayah ok ke?” Saifuddin memandang ayahnya kehairanan.
Elok- elok bercerita meluahkan segala, tiba- tiba sahaja bertukar riyak wajah.
Encik Azhar tak menjawab pertanyaan itu. Entah dengar atau
tidak, kali ini jelas kelihatan ayahnya itu seakan- akan kesakitan menahan
pening kepala atau macam biasa dilihat pada mereka yang mempunyai penyakit
migrain. Encik Azhar satu tangannya memegang steering kereta dan satu tangannya
lagi memegang kepalanya mengurut- urut dahinya bagi mengurangkan kesakitan.
“Ayah kalau tak ok elok berhentikan sahaja kereta kita rehat
kat tepi jalan dahulu” Saifuddin memberi cadangan, risau jugak dia tengok
keadaan ayahnya yang begitu, letih mungkin.
Sekali lagi Encik Azhar tak memberi respon. Saifuddin
seolah- olah bercakap seorang diri. Pada wajah ayahnya masih lagi menunjukkan
kerutan dahi menahan kesakitan. Seolah- olah kesakitan yang amat. Dan peluh
mulai keluar membasahi di bahagian tepi kepala.
Saifuddin menjadi sedikit cemas. Dia cuba menenangkan
ayahnya dengan mengurut apa yang patut, tetapi nyata tak langsung memberi
kesan. Bahkan semakin lama Encik Azhar semakin kelihatan kusut menahan
kesakitan. Nyata Encik Azhar berada dalam situasi yang benar- benar
membimbangkan!
Dalam pada itu, keadaan menjadi lebih dahsyat apabila tiba-
tiba Encik Azhar tidak sedarkan diri. Dupp. Bunyi kepalanya menghentak steering
kereta menandakan dia sudah seratus peratus hilang kawalan. Nafasnya menjadi
tak stabil. Seolah –olah berlaku satu kesumbatan pada saluran pernafasnnya. Sejurus
itu, keluar buih putih dari mulut Encik Azhar, sedikit demi sedikit. Sangat
seram melihat situasi itu berlaku dalam sekelip mata sahaja.
“Allahuakbar!” Saifuddin pada tika itu cemasnya sudah capai
tahap klimaks, tak tahu nak berbuat apa lagi. Dengan kereta yang masih laju
bergerak di atas highway di tengah malam- malam buta itu, dia kini benar- benar
berdepan masalah yang serious!
Dua saat kemudian, entah dari mana, datang sebuah lori dari
arah bertentangan menuju kereta Encik Azhar. Dengan kelajuan 100 km/j, satu
rempuhan dahsyat bisa menghancurkan segalanya menjadi kecai. Terbungkam mata
Saifuddin melihatkan itu, peristiwa itu benar- benar begitu pantas berlaku!
“Allah!!!!!!!!!!!!!!!”
Dummmmmmmmmm. Satu rempuhan dahsyat berlaku. Dari jarak
lebih satu kilometer, jelas sahaja kedengaran rempuhan itu.
“Ayy...yah” Lemah sahaja Saifuddin memanggil. Dia memandang
ayahnya disebelah yang jelas kelihatannya ak sedarkan diri. Mungkin sudahpun
pergi menghadap ilahi.
“Ay..yyah” Sekali lagi, kali ini nafasnya sudah benar- benar
di hujung nyawa. Tersedu –sedu dia menahan nafasnya. Dia tak dapat menahan
lagi. Jelas Sakratul maut bakal tiba tak lama lagi. Darah dan daging berkecai
sudahpun menuhi raut wajah mulia ayahnya, begitu juga akan perihal dirinya.
Dari dalam remukan kereta itu, penuh darah keserata tempat.
“Ayah, bangun yah. Jom qiam”
“Hah!! Astaghfirullah!! ” Encik Azhar terkejut. Bulat
matanya. Lorh mimpi rupanya. Peluh habis bajunya menandakan kedahsyatan mimpi
yang baru dia alami tadi
“Kenapa ayah?” Saifuddin sangat terkejut melihat reaksi
ayahnya yang begitu.
“Oh. Ayah mimpi tadi, kamu okay?” Encik Azhar dengan
kepucatan wajahnya memegang-megang muka anaknya Saifuddin.
“Sai ok je, ayahlah yang nampak tak ok ni, kenapa?”
Saifuddin tanya.
Belumpun sempat ayahnya menjawab,
“Sekejap. Ayah, seriouslah?” Tiba- tiba Saifuddin bertanya.
Kali ini wajahnya benar- benar menunjukkan wajah yang sangat- sangat cemas.
“Serious apa?”
“Jangan cakap ayah pun mimpi perkara yang sama jugak?!” Kali
ini kedua- dua anak beranak memandang antara satu sama lain dengan wajah yang
penuh terkejut.
***
Awal pagi itu, dalam waktu lebih kurang jam 4 pagi di RnR
tapah itu mereka berdua mendirikan solat dengan penuh kekhusyukan memohon ampun
dari tuhan, memohon rahmat dengan sebenar- benar pengharapan.
***
No comments:
Post a Comment