Aminah mengangkat beg, membawanya ke belakang pintu. Turut
ada di tangannya adalah sehelai kemeja beserta seluar yang kemas digosok
digantung bersama hanger, lalu dia letakkan beg dan sangkutkan hanger pada
tombol pintu, perlahan sahaja.
Aisyah, anak kecil Aminah turut mengekori ibunya menuju ke pintu
sambil memeluk teddy bear yang besar gedabak, melitupi separuh badannya! Biasa,
lumrah ana kecil lah kan. Satu lagi tangannya memegang botol susu yang dalamnya
masih lagi berbaki suku sahaja air susu.
Pada masa yang sama kedengaran derapan tapak kaki turun
tangga daripada dua susuk tubuh, kedua- duanya menuju ke pintu juga, bersedia
untuk keluar rumah. Kemas, wangi lagi.
“Abang konfem ke ni?” Aminah bertanya lemah, seakan
mengharapkan untuk jawapan tidak daripada mulut suaminya.
“Eh? Huhu dah angkat barang semua ni, konfem la kot.
Kenapa?”
“Hmm, takdelah, mana tau abang tukar fikiran ke” Jawapan
yang agak tidak logik sebenarnya, haha. Tapi itulah lumrah hati manusia kan,
sentiasa berharap.
“Haha, InshaAllah kejap je abang pergi nya. 3 hari je pun,
macam tak biasa je kan” Encik Azhar kenyit mata, riang sungguh mukanya.
“Okaay, janji ya” Aminah masih sempat main janji2 lol,
sambil mengangkat tangan menunjukkan jari kelingking. Itulah mereka, walaupun
kedua2nya hampir mencecah separuh abad, tapi hubungan tak tumpah seperti
pasangan yang baru berkahwin. Erat.
“Err kamu ni main janji2 pulak, bwat malu kat Sai je” Jawab Encik
Azhar sambil menggaru2 kepalanya yang semestinya tak gatal itu, sambil
mengerling anak mata pada anak sulung mereka Saifuddin yang kelihatannya
tersenyum sipu2 sahaja melihat gelagat ibu bapa mereka itu. Tangan tutup mulut.
“Err jomlah kita” Cepat sahaja Saifuddin tukar tajuk,
memecah suasana yang agak sweet itu. Eh, yeke sweet.
“Eh haah, jom2” Encik Azhar buat2 kelam kabut mengambil beg
dan kemejanya dari tombol pintu, cover malu. Merah muka kot.
Mereka pun bersalam- salaman. Di situ hanya ada mereka
berempat. Anak- anak mereka yang lain semuanya sedang sekolah, ada yang tinggal
di asrama penuh dan ada yang sekolah dekat- dekat sahaja dari rumah mereka.
Tinggal sahaja Saifuddin dan Aisyah.
Dan peliknya, biasanya si Aisyah akan menangis bilamana
ayahnya keluar bekerja ataupun keluar masjid atau keluar pergi mana- mana, tapi
kali ini dia tak menangis. Selamba sahaja bersalaman dengan ayahnya. Buat muka.
Mungkin sebab dah kenyang lah kot minum air susu comot sampai ke hidung telinga
semua. Eh
Selepas dah salam semua, maka berangkatlah Encik Azhar dan
Saifuddin berdua menuju ke destinasi yang ingin dituju mereka. Aiwah.
***
“Kenapa tiba2 ayah nak hantar sai ke kolej ni?” Saifuddin
bertanya di tengah2 perbualan mereka.
“Haaa, kenapa?” Saja Encik Azhar bertanya, ingin mengetahui
apa yang difikirkan anaknya itu. Senyum sahaja dia.
“Takdelah, pelik lah tiba2 je ayah nak hantar. Jauh kot dari
Pahang ke Perlis. Lagipun sai bukan tak tahu ayah ni bukannya orang biasa-
biasa, sibuk kerja urusan sini sana. Boleh juga ada masa untuk hantar sai ni,
huhu” Panjang Saifuddin terangkan. Semangat.
“Laa, kamu pun tahu kan ayah tak pernah hantar kamu ke kolej
sana hah, kecuali masa first day tu je lah kan? Lagipun kita kan nak pergi
ziarah kubur pak saudara kamu yang kita tak sempat datang urusan pengebumian
dia minggu lepas, jadi alang- alang on the way hantar kamu, kita ziarah lah
sekali kubur dia”
“Ooo..ok2 faham2” Saifuddin mengangguk sahaja. Faham. Namun
jauh di lubuk hatinya dia merasakan ada sesuatu yang tersimpan dalam benak hati
ayahnya, masakan mengapa tiba- tiba sahaja ayahnya mengambil keputusan untuk
menghantarnya ke kolej walhal biasanya dia akan mengambil bas sahaja untuk
pulang. Musykil ni, Saifuddin musykil. Tapi dia pendam dahulu ketidaktahuan
itu, dia sematkan dahulu persoalannya untuk merungkai tujuan sebenar ayahnya
membawa dia bermusafir jauh merentasi ratusan kilometer itu. Perjalanan kan
masih jauh, cewwah.
Dan perjalanan terus bergerak seiring dengan bergeraknya
masa. Mereka berdua tak banyak bersembang pun. Hanya radio ikim pilihan utama
anda sahaja yang menemani mereka memecah keheningan kesunyian di tengah2
highway. Memang dari dahulu lagi mereka memang manusia yang berasal daripada
spesis yang pendiam dan kurang bercakap. Orang kata apa, like father like son.
Gituuh. Sesekali sahaja mereka akan berbual dan diam dan berbual dan diam dan
begitulah seterusnya. Kiranya bagus jugaklah, hanya bercakap perkara yang
dirasakan berfaedah sahaja. Memang sangat jauh berbeza keadaannya bila Aminah
ada sekali, 24 jam non-stop pot pet pot pet, dan tika itu radio ikim tidak lagi
mendominasi. Koff2
Dalam pada itu, tika kedua- dua mereka asyik melayan lagu2
yang diputarkan dan disiarkan di udara itu, tiba- tiba sahaja Encik Azhar
memperlahankan kenderaan, dan memberhentikannya ke tepi jalan. Mukanya bertukar
sedikit riak, menjadi sedikit pucat. Dia memandang ke arah tingkap kanan,
kemudian memaling kepalanya ke belakang. Dengan mulut yang sedikit menganga,
jelas terpacar raut keanehan pada wajah Encik Azhar. Dia mengangkat sedikit
keningnya dan membuka matanya dengan agak besar. Ternyata ada satu perkara
ganjil yang baru dilihatnya sebentar sahaja tadi.
“Pel..Pelik..” Itu perkataan yang terpancar pada mulut Encik
Azhar.
Saifuddin memerhati sahaja gelagat ayahnya. Cuak pun cuak
sebab waktu itu pun sudah pun pukul 7.30 malam, takut ada makhlus apa ke yang
kacau ayahnya. Eh, banyak sangat tengok cerita hantu nii.
“Ke..kenapa ayah?” Saifuddin bertanya concern. Iya lah dalam
keganjilan peristiwa itu ditambah lagi dengan datang secara tiba- tiba,
pelbagai persoalan pasti sahaja menjengah dalam otak Saifuddin.
“Err, takd..takde pape” Encik Azhar cuba menipu walaupun
pada mukanya masih tidak hilang lagi riak wajah terkejutnya tadi. Nyata
peristiwa tadi itu benar- benar memberi kesan padanya.
“Hmm, kalau takde apa- apa takkanlah sampai berhenti ni?”
“Hmm, takpelah, alang- alang dah nak sampai genting sempah
ni kita rehat dulu lah. Risau jugak ayah.”
“Kena..kenapa?”
“Ayah nampak..ayah nampak lelaki mirip pak saudara kamu
tadi, bertembung kat highway. Kereta pun sebijik sama ”
“Err..pak saudara mana ni, jangan cakap Pak ngah”
“Iya..iya ..Pak ngah lah..” Naik turun sahaja nafas Encik
Azhar memberitahu anaknya Saifuddin akan perisitwa itu, mungkin sedikit
terkejut.
“MashaAllah!”
Pak Ngah, yang baru meninggal minggu lepas.
1 comment:
wow...suspen gile citer..thumbs uppp..:)
Post a Comment